Posts

Showing posts from 2013

LAWATAN NEGARA2 BALKAN

Image
Bandar Skopia, Macedonia Masjid Abu Bakar, Skoder, Albania Montenegro Budva, Montenegro Dubrovnik, Croatia Mostar, Bosnia Buna river, Bosnia Sarajevo, Bosnia Mosque Sarajevo Lawatan kelima negara Balkan iaitu Macedonia, Albania, Montenegro, Croatia dan Bosnia anjuran Poto Travel mulai 5hb Oct hingga 16 hb Oct 2013. Tujuan utama saya hendak tinjau sendiri status islam dinegara2 tersebut yang ketika dulu diperintah olih kerajaan islam Osmaniah selama 500 tahun. Rumusan2 1. Keluruhan aturcara lawatan sangat baik. Penerbangan dengan Turkish  airlines dari KL - Istanbul - Skopia, Macedonia. Seterusnya naik bas  melalui jalan darat naik dan turun bukit, dengan menikmati pemandang2 yang sangat indah. Walau pun jalan sempit pemandu bas dari Bosnia sangat cekap dan berhati2. Disepanjang perjalanan menempuhi 5 negara kita tidak bertemu langsung kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor. Pemandu2 sabar dan berhati2 tid...

Berat beban berhutang

Image
Ramai orang suka berhutang atau terpaksa berhutang sebab hendak biayai beli rumah , kereta atau tanah. Dalam hidup saya memang saya juga perlu berhutang untuk beli rumah dan rumah kedai. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dilepaskan dari beban hutang. Rasa berat sungguh jika kita berhutang walaupun hutang itu dicagarkan dengan aset rumah kedai. Memang mudah hendak berhutang sekarang ini, ambillah banyak2 kad credit. Ramai orang terjerat dalam perangkap hutang kad credit dan banyak yang jadi bankrupt. Bila berbelanja menggunakan kad credit, kita macam tidak sedar serta tidak dapat mengawal kerana tidak nampak dan tidak merasai kita berpisah dengan wang ringgit dalam saku kita. Penggunaan kad kredit bolih timbulkan satu situasi hutang yang seolah2 menjerat leher kita sendiri. Keadaan ini berlaku bila  kita hilang kawalan saperti memberi supplementary kad kepada anak2 dan isteri. Jika caragara hidup mereka suka bermewah2 dan bergaya nescaya kita akan terjerumu...

CEPAT MASA BERLALU

Image
26 hb Septenber 2013 Pukul 5 pagi radio clock berbunyi dengan spontan dengan syarahan ugama dikuti bacaan quran radio Jakim. Secara otomatis saya bangan dari tidur. Biasanya saya nyenyak tidor mulai pukul 10 malam. Terkejut sekali dipertengahan malam untuk buang air, ini biasa bagi orang2 dalam lingkongan umor saya. Ramai yang mengidap diabetes dan kerap kencing malam memang satu gejala. Alhamdulillah saya diberi nikmat kesihatan. Selepas membersihkan diri dan berwuduk saya solat tahajud dan witir . Tidak lama kemudian kedengaran suara azan dari masjid terdekat. Saya dan isteri menuju kemasjid menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh dan wirid pada pukul 6.30 pagi kita terus balik kerumah untuk sarapan. Kita balik kepada asal hanya berdua sahaja anak2 telah mempunyai keluarga sendiri dan masing2 tinggal dirumah sendiri. Saya bantu masak air dan buat 2 cawan kopi sedang isteri saya menyediakan sarapan. Saya makan 2 biji telor rebus setengah masak dan dua keping r...

IBADAH HAJI

Image
7 Setiap muslim difardukan untuk mengerjakan ibadah haji sekali dalam seumor hidup mereka. Alhamdulillah kita telah menerima jemputan Allah serta seruan nabi Ibrahim untuk menyempurnakan tuntutan ugama islam. Haji fardu yang pertama kita lakukan pada tahun 1983. Selepas haji pertama terasa pula macam tidak sempurna lalu teringin pergi lagi untuk tampal kekurangan. Jestru kita pergi buat kali kedua pada tahun 1993. Haji pertama kita ilkut Tabung Haji dan yang kedua dengan Triways. Entah macam mana Baitullah diMakkah ada tarikkan untuk kita pergi lagi buat kali ketiga pada tahun 2003 dibawah anjuran Cantumas dan terakhir iaitu kali ke4 haji pada tahun 2010 dibawah anjuran Zahafiz Travel. Saya suka mengingatkan anak2 dan menantu2 saya serta semua mulimin dan muslimah sekalian untuk tunaikan fardu haji secepat munkin , ketika badan masih sihat dan kuat. Saya lihat mereka mampu melancung kesini dan kesana, tentulan mereka juga berkemampuan untuk belanja pergi haji. Kalau tun...

Pak Bidan dapat anak sulong.

Image
Walaupun saban hari mengendalikan dan menyambut kelahiran bayi orang lain, bila kena isteri sendiri yang melahirkan gentar juga perasaan. Ketika itu 22 hb disember 1971 saya bertugas sebagai perubatan dihospital daerah Muar. Saya ditugaskan diunit perbidanan dan sakitpuan dibawah pengawasan pakar Dr Yong Wee Chin. Malam itu saya bertugas 'on call' tiba2 isteri saya panggil mengatatakan disakit perut , kandungannya sudah cukup bulan dan bolih lahir bila2 masa.  Saya pun balik rumah, ketika itu kita belum mampu beli rumah sendiri. Bandar Muar kecil , tidak banyak kereta dijalan raya; dari hospital kerumah mertua dijalan Abdul Rahman tidak sampai 10 minit. Sampai rumah isteri sudah mengadu sakit setiap 2 hingga 3 minit sekali dan kuat sakitnya dan saya lihat darah campor lendir pun sudah keluar (show). Terus saya bawa kehospital dan masuk wad bersalin. Dr Yong sempat datang untuk menyambut kelahiran anak sulong saya. Alhamdulillah anak sulong saya dilahirkan de...

Umrah cara 'Free and Easy'

Image
. Jiwa tenang adalah satu nikmat Allah yang saya anggap sangat penting, khusus dalam umor saya ' diambang senja'. Kita memang dapat capai jiwa sakinah bila kita dimasjidil haram atatu dimasjid nabawi. Alhamdulillah dua kali akhir ramadan dan hari raya eidilfitri tahun lepas dan tahun ini, kita dapat puasa dua hari dan menyambut hari raya di Medinah dan selepas itu pergi Makkah untuk buat umrah. Terkilan juga tidak dapat buat umrah dalam bulan puasa ramadan kerana dikatakan amalan demikian sama saperti buat haji bersama Rasulullah. Munkin tahun depan kita cuba capai cita2 demikian. Dulu waktu kita masih muda , alhamdulillah Allah telah  banyak kali jemput kita ke masjidil haram pada 10  hari terakhir ramadan dan  dapat nikmat solat teraweh  serta tahjud. Sekarang ini hati hendak buat tetapi badan macam tidak larat. Semoga Allah terus menerus beri kita nikmat iman dan kesihatan sehingga  akhir hayat kita. Semasa disana saya berpeluang  mengulang ...

Memantapkan hala tujuan

Image
Bila sudah hampir menjangkau umur 69 tahun dan keperluan diri untuk dunia telah hampir selaesai, saya cuba tumpakan lebih masa untuk persiapan kehidupan akhirat. Namun masih terpikir  untuk membantu anak2 memantapkan kerjaya serta perniagaan mereka. Justeru saya telah mengambil langkah memilih bidang kesihatan dan pergigian sebagai teras.perniagaan. Inilah bidang yang kita mengetahui dengan dekat serta faham  selok belok perniagaan. Saya telah sediakan untuk mereka tapak atau foundation untuk mereka mengembangkan apa yang telah mulakan. Dari zero pengalaman niaga sekurang2nya saya telah berjaya mempunyai bangunan untuk perkhimatan pakar. Saya dapati sukar untuk anak saya mengikuti jejak langkah saya walaupun dua orang anak lelaki saya telah berjaya jadi doktor pakar tetapi dalam bidang lain iaitu surgery bukan bidang saya iaitu obstetrik dan ginekologi. Jadi sukar juga untuk saya ' pass the baton ' kepada anak saya kerana berlainan bidang kepakaran. Sekarang mereka a...

Umor 68 tahun

Pada 4 hb january 2013 genaplah umor saya 68 tahun. Saya sangat2 bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnian rahmat berkat dan nikmat hidup selama ini. Semoga ditahun2 akan datang Allah akan terus memberi saya kesihatan dan tenaga, keimanan ketqwaan serta rezekai yang halal. Ameen. Perjuangan hidup belum selesai, masih banyak isyu belum dibereskan, masih banyak cita2belum tercapai. Insyaallah saya akan terus berusaha untuk mencapai cita2 murni saya.Saya perlu lebih pintar mengurus masa dan segala sumber yang saya ada untuk lebih produktif dan efektif. Saya sedang belajar menggunakan alat dan media elektronik secara optima dan sejak saya gunakan samsung note atas nasihat seorang pesakit saya , kesannya memang sangat baik.Walau pun telah berumor saya tidaklah ketinggalan zaman sangat, hampir2 upto date. Anak2 saya yang amat savy dalam hal2 elekronik banyak membantu saya. Satu cita2 besar yang masih belum tercapai ialah menerbitkan buku2 tentang ilmu kepakaran saya. Seorang Penulis ...