Posts

Showing posts from September, 2013

Berat beban berhutang

Image
Ramai orang suka berhutang atau terpaksa berhutang sebab hendak biayai beli rumah , kereta atau tanah. Dalam hidup saya memang saya juga perlu berhutang untuk beli rumah dan rumah kedai. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dilepaskan dari beban hutang. Rasa berat sungguh jika kita berhutang walaupun hutang itu dicagarkan dengan aset rumah kedai. Memang mudah hendak berhutang sekarang ini, ambillah banyak2 kad credit. Ramai orang terjerat dalam perangkap hutang kad credit dan banyak yang jadi bankrupt. Bila berbelanja menggunakan kad credit, kita macam tidak sedar serta tidak dapat mengawal kerana tidak nampak dan tidak merasai kita berpisah dengan wang ringgit dalam saku kita. Penggunaan kad kredit bolih timbulkan satu situasi hutang yang seolah2 menjerat leher kita sendiri. Keadaan ini berlaku bila  kita hilang kawalan saperti memberi supplementary kad kepada anak2 dan isteri. Jika caragara hidup mereka suka bermewah2 dan bergaya nescaya kita akan terjerumus ke

CEPAT MASA BERLALU

Image
26 hb Septenber 2013 Pukul 5 pagi radio clock berbunyi dengan spontan dengan syarahan ugama dikuti bacaan quran radio Jakim. Secara otomatis saya bangan dari tidur. Biasanya saya nyenyak tidor mulai pukul 10 malam. Terkejut sekali dipertengahan malam untuk buang air, ini biasa bagi orang2 dalam lingkongan umor saya. Ramai yang mengidap diabetes dan kerap kencing malam memang satu gejala. Alhamdulillah saya diberi nikmat kesihatan. Selepas membersihkan diri dan berwuduk saya solat tahajud dan witir . Tidak lama kemudian kedengaran suara azan dari masjid terdekat. Saya dan isteri menuju kemasjid menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai solat subuh dan wirid pada pukul 6.30 pagi kita terus balik kerumah untuk sarapan. Kita balik kepada asal hanya berdua sahaja anak2 telah mempunyai keluarga sendiri dan masing2 tinggal dirumah sendiri. Saya bantu masak air dan buat 2 cawan kopi sedang isteri saya menyediakan sarapan. Saya makan 2 biji telor rebus setengah masak dan dua keping r

IBADAH HAJI

Image
7 Setiap muslim difardukan untuk mengerjakan ibadah haji sekali dalam seumor hidup mereka. Alhamdulillah kita telah menerima jemputan Allah serta seruan nabi Ibrahim untuk menyempurnakan tuntutan ugama islam. Haji fardu yang pertama kita lakukan pada tahun 1983. Selepas haji pertama terasa pula macam tidak sempurna lalu teringin pergi lagi untuk tampal kekurangan. Jestru kita pergi buat kali kedua pada tahun 1993. Haji pertama kita ilkut Tabung Haji dan yang kedua dengan Triways. Entah macam mana Baitullah diMakkah ada tarikkan untuk kita pergi lagi buat kali ketiga pada tahun 2003 dibawah anjuran Cantumas dan terakhir iaitu kali ke4 haji pada tahun 2010 dibawah anjuran Zahafiz Travel. Saya suka mengingatkan anak2 dan menantu2 saya serta semua mulimin dan muslimah sekalian untuk tunaikan fardu haji secepat munkin , ketika badan masih sihat dan kuat. Saya lihat mereka mampu melancung kesini dan kesana, tentulan mereka juga berkemampuan untuk belanja pergi haji. Kalau tun

Pak Bidan dapat anak sulong.

Image
Walaupun saban hari mengendalikan dan menyambut kelahiran bayi orang lain, bila kena isteri sendiri yang melahirkan gentar juga perasaan. Ketika itu 22 hb disember 1971 saya bertugas sebagai perubatan dihospital daerah Muar. Saya ditugaskan diunit perbidanan dan sakitpuan dibawah pengawasan pakar Dr Yong Wee Chin. Malam itu saya bertugas 'on call' tiba2 isteri saya panggil mengatatakan disakit perut , kandungannya sudah cukup bulan dan bolih lahir bila2 masa.  Saya pun balik rumah, ketika itu kita belum mampu beli rumah sendiri. Bandar Muar kecil , tidak banyak kereta dijalan raya; dari hospital kerumah mertua dijalan Abdul Rahman tidak sampai 10 minit. Sampai rumah isteri sudah mengadu sakit setiap 2 hingga 3 minit sekali dan kuat sakitnya dan saya lihat darah campor lendir pun sudah keluar (show). Terus saya bawa kehospital dan masuk wad bersalin. Dr Yong sempat datang untuk menyambut kelahiran anak sulong saya. Alhamdulillah anak sulong saya dilahirkan de