Saturday, June 25, 2016

Masa depan doktor2 lebih mencabar


Alhamdulillah sudah 46 tahun saya bertugas sebagai doktor. Pada bulan april 1970 saya lulus peperiksaan akhir untuk ijazah kedoktoran MBBS dari universiti malaya. Dalam kelas saya 80 orang siswa tapi hanya 4 saya melayu. Saya dalam batch kedua dan yang pertama lebih kurang 65 siswa terdiri 8 melayu.
1. Situasi kekurangan doktor dinegara kita ketika itu amat runcing dan ramai doktor2 kontrak diambil bertugas dihospital2 dimerata pelusok tanah air.
Peluang pekerjaan amat banyak dan sentiasa menanti doktor2 tempatan. Saya terus bertugas sebagai doktor pelatih atau houseman sejurus lulus periksa dan belum resmi terima ijazah. Posting pertama pada tahun 1970 ialah dihospital besar melaka. Kita perlu kerja bertungkus lumus kerana setiap jabatan hanya punyai 2 houseman sahaja ( ada tiga jabatan iaitu perubatan , bedah dan perbidanan ). Ada kala saya perlu kerja berteusan selama 72 jam.
Pada masakini dihospital2 besar satu jabatan ada 30 doktor2 pelatih (houseman). Saya fikir ini situasi yang terlalu mewah tapi tidak menguntungkan semua pihak.
2. Puluhan ribu siswazah keluar dari universiti2 tempatan dan luar negara. Bilangan jawatan2 sebagai doktor pelatih dan pegawai perubatan terhad dan tidak bolih menampung keperluan siswazah2 baru. Ada yang sudah menanti lebih 6 bulan, malah ada lebih setahun menunggu posting. Munkin jika sanggup berkhidmat diluar bandar khususnya disabah dan sarawak tempuh menunggu dapat dipendekan.
3. Akibat menunggu terlalu lama ada yang hilang minat jadi doktor dan cari bidang lain untuk kerjaya dan pekerjaan. Ada yang menukar kepada bindang2 akedemik, perniagaan,  keusahawanan , penternakkan dan lain2.
4. Setakat mempunyai ijazah kedoktoran asas tidak mencukupi. Jika ingin berjaya dan mencapai kecemerlangan seorang doktor perlu dari pakar dalam sesuau bidang.

Tuesday, June 21, 2016

Khasiat keroma atar tamar




Saya amat merindui berbuka puasa dimasjid nabawi Medinah. Keroma jenis rutob rasanya sungguh lazat menjadi hidangan utama. Disamping itu ada yogart yang dicampur dengan rempah khas dan sungguh enak dimakan dengan roti. Sering saya juga campurkan beberapa biji keroma rutob.
Memang banyak khasiat kesihatan buah keroma.

1. Satu sumber tenaga dari kandungan gula dan karbohaidret. Gula jenis polysacharide mengeluarkan glukos secara perlahan2 dan ini sangat berguna bagi orang yang berpuasa.
Dinasihatkan berbuka denga keroma lembut jenis rutob atau sukar  atau keroma madu. Cepat dihazam dan pantas memulihkan tenaga untuk kita solat terawih.
Ketika sahur makan keroma atau tamar jenis keras sebagai sumber tenaga berterusan dengan slow release gula glukos.

2. Sumber vitamin dan logam untuk kesihatan.
Keroma mengandungi berbagai vitamin A, B1, B3 B5 dan vitamin C. Juga logam sodium, calcium, potassium, magnesium dan iron.
Penting bagi pertumbuhan sel2 baru dan menyokong keutuhan tisyu2 dan organ2 tubuh badan.

3. Kesan baik untuk kulit dan rambut. 
Mencegah kedutan, stretch marks dan timbunan bintek hitam melanin. Kulit jadi halus regang dan sihat. Pertumbuhan rambut berterusan dan cegah gugur rambut.

4. Kesihatan perut dan usus. 
Kandungan serat atau fibers melawaskan pergerakkan usus dan dengan itu mencegah dari sembelit dan buasir iaitu satu masalah yang kita hadapi ketika puasa ramadan akitbat kekeringan atau dehydration.
Serat dalam keroma juga membantu penghazaman makanan.
Jadikan keroma sebagai makanan tambahan dalam rawatan kanser usus.

5. Sumber perotin.
Keroma mengandungi perotin untuk keperluan membina sel2 dan tisyu2 dan seterusnya pertubuhan organ2 terpenting termasuk otak dan jantung.

6. Membina darah merah dan cegah anemia.
Kandungan logam iron membantu bina sel2 darah merah. Ini penting bagi wanita yang kehilangan darah setiap bulan dari haid.

7. Bina gigi dan tulang yang kukuh.
Kandungan logam calcium dalam keroma bantu membina tulang dan gigi yang kukuh. Cegah osteoporosis dan dental caries.

8. Mencegah darah tinggi dan stroke.
Kandungan logam2 potassium dan magnesium bolih bantu mengawal dan mecegah peningkatan cholesterol, penyakit darah tinggi dan stroke.

9. Menguatkan stamina seksual.
Dikatakan keroma yang direndam dalam susu kambing semalaman dan dimakan dan minum esok harinya ada kesan menguatkan tenaga batin. Wallahu aalam.

Friday, May 27, 2016

Tingkatkan minda dan daya ingatan


1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.

2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.
Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.

3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat2 quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.
Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.

4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit2 kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.

5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya - berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.

6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan talipon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.

7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.

8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.
Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.
Satu kajian keatas kanak2 yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.
Buku coretan saya

9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur2 dan buah2 sangat penting bagi pertumbuhan sel2 otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast dan junk foods kerana meracuni sel2 otak.
9.1 Kunyit dan kari  dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yg menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel2 neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel2 neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel2 otak.
9.5 Pisang, sayur2 hijau dan beans mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2 otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan se2 otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi2 otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.

10. Permainan otak  / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites  saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.

11. Cegah stress dan rawat penyakit2.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.
Stress meracuni sel2 otak dan merosakkan jalur2 maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.
Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan



Tuesday, February 9, 2016

Hikmah umrah 2016

Syukur alhamdulillah selesai umrah 2016 dan selamat pulang kerumah jam 2.30 pm hari selasa 9 hb feb. 2016.


Saya memang selesa dengan umrah yang saya atur sendiri secara ' free and easy '. Alhamdulillah semua berjalan dengan teratur dan dipermudahkan Allah SWT.

1.Semoga dikurnia umrah mabrur. 
Segala amalan dengan niat kerana Allah ( lillahitaala ) dan  dengan hati ikhlas serta tawaduk, insha Allah akan diterima dan diberi ganjaran setumpal.
Saya redha apa yang Allah kurniakan. Semoga yang terbaik dan dikurnia syurga jannatun naim.

2. Bertemu kawan2 baru dan lama.
Umrah kali ini telah menghasilkan penemuan rakan2 baru dan lama. Alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahim.


              Mawi dan isteri

          Dr Rozman, orthopedics at DSH.


      Abu Talib dan keluarga.


       Kusman Yandi dari Jakarta.


                  Ibrahim dan Yati.

3. Amalan Umrah. 
Biasanya kita masuk Saudi melalui Medina. Setelah bermalam selama 3 malam kita bertolak keMakkah selepas zohor dengan menyewa teksi. Harganya 600 rial untuk satu perjalanan selama 4 jam lebih. Selesa untuk kita berdua. Mudah kerana teksi ambil dari hotel dan hantar kepintu hotel di Makkah.
Kita sampai hotel Movenpick diMakkah hampir waktu isha dan sempat solat berjemaah diluar masjid.




Saturday, February 6, 2016

Sempena 46 tahun pernikahan.

Alhamdulillah hari ini 6 hb. feb 2016 genaplah 46 tahun saya dan isteri, Maimunah Ismail bernikah.
Saya masih ingat hari itu hari cuti raya cina. Setiap kali hari raya cina kunjung tiba, kenangan kami terus menuju kearah pernikahan kita berdua.
Ketika itu belum berkerja lagi, kenalah pinjam duit dari bapak untuk beli cincin, rantai, dan bayar mas kahwin. Alhamdulillah diberkati Allah.


Gambar ini kita ambil pada 6 hb. february tahun 1970 selepas upacara akad nikah dimuar, johor.
Upcara majlis perkahwinan mengikut adat dilangsungkan pada bulan december 1970.


Gambar persandingan . Pengapit2 Mayah dan Alon.


Arwah abah dan emak mertua pun seronok bersanding.

Saya belum habis pengajian kursus kedoktoran bagi ijazah MBBS. Saya ditahun akhir dan saya dapat ijazah pada bulan april tahun1970.

Isteri saya sudah graduate pada tahun 1968 dengan ijazah BA honours. Selepas berkerja setahun beliau ambil kursus Diploma of Education.
Gambar diatas bersama2 bapak dan emak saya serta ayah dan ibu isteri saya.


Bulan april 1970 saya dapat ijazah MBBS dan isteri BA hons. dan Dip. Ed.

Kelahiran anak pertama Imtiaz pada 22 hb december 1971 dihospital. Muar. Johor dimana saya bertugas sebagai pegawai perubatan pada tahun 1971 - 1972.

Gambar saya dan bayi baru lahir Imtiaz yang sekarang jadi doktor pakar bedah dihospital pantai. Ceras. KL.

Hasil perkongsian hidup bersama telah dikurniakan Allah SWT 5 orang anak ; 2 lelaki, Imtiaz dan Arief dan 3 perempuan , Lily Suraya, Ayesha dan Safia serta 11 orang cucu. Alhamdulillah.

Gambar pada hari raya 2014 bersama2 anak2, menantu2 dan cucu2.

Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.
Buangkan yang keruh ambil yang jernih. 


Lihat sungguh simple taste. Beli stokin kaki dari penjaja sebelah masjid Quba, Medinah.



Saya sangat bersyukur dapat isteri yang;

Setia dan taat kepada suami.

Sentiasa kasih sayang kepada suami, anak2, keluarga dan saudara mara.

Sanggup berkorban dengan kerjaya, berkerja sebagai guru, sambil jadi isteri dan ibu.

Bertanggung jawab.
Tidak boros dan sering menyimpan.

Caragaya hidup mudah ; pakaian sederhana, tidak pentingkan perhiasan emas dan berlian yang mahal2. Makan sederhana tapi berzat dan berkhasiat.

Mendidek anak2 - satu kelebihan sebagai guru.

Sanggup memasak, basuh kain baju dan mengemas rumah.

Menyediakan makanan saya.

Patuh kepada ajaran dan syariat islam. Sering mengingati saya dan anak2 tentang tanggung jawab kita kepada Allah. Tidak berhenti2 menuntut ilmu ugama dan menyebarkan kepada anak2 dan cucu2.

Semoga perkongsian hidup kami kekal sehingga akhir hayat. Aameen.


Sedikit nasihat kepada yang lebih muda.

Perkongsian hidup yang aman, damai dan berjaya sehingga akhir hayat memerlukan beberapa ramuan serta pengobanan.

1. Semangat ' give and take ' antara suami isteri.
2. Menghargai pasangan dengan kata2 pujian, senyuman dan hadiah.
3. Mengucap salam bila pergi dan kembali kerumah, pelukan dan belaian.
4. Percakapan yang meriangkan hati. Jauhkan cakap2 yang menyakiti hati dan yang negatif. Jangan mengungkit perkara2 negatif atau peristiwa buruk yang sudah lepas.
5. Ikhlas dan terus terang dalam hal2 berkaitan rumah tangga
6. Bawa balik berita2 baik yang sedap didengar. Simpan dulu berita buruk atau sedih sehingga satu waktu yang sesuai.
7. Jangan telalu cepat marah. Kawal kemarahan. Bila timbul sesuatu provokasi elok lari keluar atau berdiam dengan tenang.
8. Ingatan kepada suami , jangan terlalu mengongkong, berdendam dan mengancam.
9. Ingatan kepada isteri jangan suka berleter, nanti suami cepat mati. Fakta ini memang sudah diboktikan olih beberapa kajian perubatan.

Thursday, February 4, 2016

Cermin dan muhasabah diri


(Saya tulis diMakkah diantara waktu solat 30 jan hingga 5 feb 2016 )

Saya suka bercuti diluar negara bagi tujuan menziarahi anak2 dan cucu2, mengerjakan umrah atau melacung ketempat2 bersejarah dan berunsur islam.
Saya berpeluang bermuhasabah diri dan menilai isyu2 diri, keluarga, saudara mara, rakan2, pekerjaan, ekonomi dan negara saperti pandangan burung (bird's eye view).

1.Muhasabah diri.  
Bila dirumah dengan kesibukan kerja dan urusan rumah tangga pemikiran saya macam buntu.
Ketika cuti saya dapat melihat dengan lebih jelas kedalam diri saya. 
Adakah cukup bekalan saya untuk hidup berkekalan diakhirat? Saya sedar telah banyak buat dosa dimasa lepas ; saya banyakkan istigfar. Dosa kita kepada Allah walau macam mana besar, berat dan bertimbun2 banyaknya , Allah maha pengampun dan penyayang. 

Yang saya sangat takut ialah dosa kita kepada manusia lain dan ada diantara mereka kita tidak kenali. Munkin kita telah mengumpat, memfitnah, menipu, berhutang dan melakukan berbagai2 kesalahan dan kemunkaran tanpa saya sedari.
Kepada siapa saya nak mohon maaf. Takut dipadang mahsyar nanti pahala2 kita akan diberikan kepada mereka dan kita jadi muflis. Nauzubillah...

2. Maksimakan amal ibadah

Saya cuba tambah dan maksimakan amal ibadah.
Sempurnakan solatku , perlu solat fardhu berjamaah dimsajid ; sekarang hanya solat isha dan subuh sahaja. Perlu lebih lagi solat2 sunat tahajud dan duha.

Puasaku, banyak juga tertinggal puasa ramadan; perlu ganti/qodo' serta tambah puasa sunat setakat yang saya mampu.


Zakat dan sedekahku, 

Saya rasa belum sempurna pembayaran zakat pendapatan dan perniagaan saya. Insha Allah saya akan tingkatkan bidang ini.

Haji dan umrah, Alhamdulillah rukun islam yang ini telah saya sempurnakan. Semoga diterima sebagai haji dan umrah mabrur dan mohon dikurniakan Allah al jannatun naim. 

Saya akan teruskan ibadah umrah bila ada peluang secara 'free and easy' yang saya dapati amat sesuai bagi kami berdua.

Amal jariah, Saya akan terus menyumbangkan harta, tenaga, ilmu dan kepakaran kepada masjid, madarasah, pusat2 ank yatim dan orang tua.

Saya juga ada mewakafkan tanah untuk masjid. Munkin strateji ini akan saya cuba perluaskan.

Buat dan menyeru kebaikkan.

Menyeru dengan menujukkan teladan yang baik. Saya perlu lakukan selaras dengan percakapan saya. Terlalu banyak cara untuk dapat pahala. Senyum dan cakap2 yang meriangkan hati orang lain adalah sedekah. Memberi nasihat kearah kebaikkan. Menolong orang2 sakit, dhaif, cacat dan tua dengan tenaga kita.

3. Menfaatkan ilmu pengetahuan.

Selama 46 tahun saya jadi doktor dan telah mengompol ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran serta hikmah (wisdom) yang bolih saya kongsikan dan sampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Saya cuba menfaatkan ilmu agar jadi bekalan diakhirat kelak. Selain menulis makalah2, buku, siaran radio dan tv, saya banyak menulis dalam website, blog dan facebook. 
Saya masih berusaha untuk sentiasa mengemas kinikan untuk menfaat khususnya kaum wanita.

4. Pekerjaan, kerjaya dan profesyen. 

Saya sudah sampai penghujung kerjaya saya sebagai doktor pakar. Malah sudah 2 tahun saya hentikan tugas sebagai pakar bidan.
Saya sekarang menumpukan dalam bidang kesuburan dan gyne sahaja.
Mencari pengganti agar sukar kerana tiada seorang anak yang sama bidang kepakaran dengan saya. 
Walau demikian tumpuan saya melatih staf yang ada sekarang untuk jadi mahir dan cekap.
Selagi Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan tubuh badan saya akan terus beri khidmat.

Saya cuba jadikan kerja sekarang sebagai ibadah dan untuk sumber rezeki bagi staff.


5. Anak2 , cucu2 dan keluarga

Syukur alhamdulillah dikurniakan Allah 5 orang anak dan 11 orang cucu ( 12 tidak lama lagi).
Mereka masing2 sudah berdikari dan sibuk dengan tanggung jawab masing2. Harapan saya mereka mendidek dan membesarkan anak2 mereka dengan pencapaian yg kebih baik dari saya.
Memberi anak2 terlalu banyak kemewahan membimbangkan saya (comfort zone).
Harapan saya juga mereka sedar akan tanggung jawab keatas kita yang semakin meningkat umor ( saya 71 tahun, isteri 71 tahun bulan april ).
Saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaan mereka dunia akhirat.
Alhamdulillah ahli2 keluarga daripada adik saya dan usteri kelihatan berjaya dalam bidang masing2. 
Tiada keluarga yang perfect, tentulah terdapat sedikit masalah tetapi tidak menggugat silaturrahim sehingga berpecah belah. Kita masih bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain.
Kita berhubung melalui kumpulan watapp dan sentiasa menyebarkan berita sesama kita.

6. Wasiat dan hibah.

Sampai waktunya untuk membuat wasiat dan hibbah khususnya keatas harta waris yang akan kami tinggalkan. 
Kami anggap perkara ini perlu tindakan segera sebelum saya pindah kealam baqa'.
Banyak cerita2 konflik, pergaduhan serta permusuhan antara adik beradik akibat dari pembahagian harta waris.
Dilema jika ditukar nama sekarang , ada ibu bapa yang tua diusir dari rumah sendiri.
Dilema bagi saya anak2 tidak minat hartanah dikampung muar johor.

7. Rakan2 dan teman

Memang ramai rakan2 sekampung, sekolah, maktab tentera diraja, universiti malaya, rakan2 sekerja dihospital2 kerajaan, fakulti perubatan ukm dan sekarang hospital pantai bangsar.
Juga rakan2 baru yang kita temui ketika melancung, umrah dan lain2 lawatan.
Tetapi kebanyakkan jadi kenalan sahaja. Sahabat yang betul2 rapat hanya beberapa orang sahaja, ertinya teman yang sama2 ketawa dan menangis.
Dizaman kemewahan dimana kebanyakkan orang2 punyai 'financial independence' pergantungan kepada kawan semakin berkurangan. Tapi jangan terlalu asingkan diri ' no mam is an island'
Terus berusaha untuk 'reach out' kepada kawan2 khususnya teman2 lama yang sebaya umor dengan kita.
Ambil peluang minum kopi atau sarapan bersama. Ini bolih menghilangkan stress dan beri tenaga baru. 
Berkawan setakat untuk interaksi sosial saja. Jauhkan perojek2 perniagaan khususnya jika melibatkan modal kewangan atau cagaran.

8. Masa depan bangsa dan ugama

Saya akui pendidekan, pengalaman dan pendedahan kemerata dunia telah banyak menyumbangkan kepada kejayaan saya sekarang.
Saya berkerja keras dengan disiplin dan pengurusan masa yang berkesan. 
Tapi saya juga akui banyak kelemahan dalam diri saya.
Saya belajar dan terus belajar tanpa jemu2, tapi sumber utama ialah internet kerana ia sesuai dengan masa dan caragaya hidup saya.
Saya nak pesan kepada bangsaku tingkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang anda sukai dan gembira membuatnya.
Kalau nak ceburi dalam bidang perniagaan biarlah mula dari bawah dan cara kecil2an. Tapi punya cita2 tinggi dan visi yang jauh. Berusaha keras,  simpan wang dan terus simpan untuk besarkan niaga hingga jadi gergasi.

Tiada jalan pintas untuk berjaya dan kaya. Saya bimbang dengan situasi politik dinegara kita sekarang kerana ia bolih beri kesan buruk dan negatif kepada pemikiran, sikap dan budaya generasi akan datang. Kita hanya bolih berdoa saja, kita ada kuasa untuk mengubah kepada yang baik dan diredai Allah.


9. Kemana arah saya seterusnya?

Berkorban tenaga dan harta kejalan yang diredhai Allah SWT.
Membimbing generasi muda.
Terus beri khidmat kepakaran.
Mendidek dalam bidang kesihatan wanita.
Menjadi contoh dan ikutan kepada generasi muda melalui teladan dan akhlak yang baik.
Memberi perangsang dan galakkan kepada generasi muda untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Tuesday, January 19, 2016

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.



Alhamdulillah capai umor 71 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 11 orang cucu ( insha Allah 12 cucu ). Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.
Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

3. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. 
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan  kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil  saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.

Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya  dan  hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. 
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain. 
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.  
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2  negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu. 
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan. 
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. 
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.  
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21.  Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. 
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.  
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri.  
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.  
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.  
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.  
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.  
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.  
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.  
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.  
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.  
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.  
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN  

Untuk capai kejayaan dan kebahagian  hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.