Umrah cara 'Free and Easy'

.

Jiwa tenang adalah satu nikmat Allah yang saya anggap sangat penting, khusus dalam umor saya ' diambang senja'. Kita memang dapat capai jiwa sakinah bila kita dimasjidil haram atatu dimasjid nabawi.
Alhamdulillah dua kali akhir ramadan dan hari raya eidilfitri tahun lepas dan tahun ini, kita dapat puasa dua hari dan menyambut hari raya di Medinah dan selepas itu pergi Makkah untuk buat umrah. Terkilan juga tidak dapat buat umrah dalam bulan puasa ramadan kerana dikatakan amalan demikian sama saperti buat haji bersama Rasulullah. Munkin tahun depan kita cuba capai cita2 demikian.
Dulu waktu kita masih muda , alhamdulillah Allah telah  banyak kali jemput kita ke masjidil haram pada 10  hari terakhir ramadan dan  dapat nikmat solat teraweh  serta tahjud. Sekarang ini hati hendak buat tetapi badan macam tidak larat. Semoga Allah terus menerus beri kita nikmat iman dan kesihatan sehingga  akhir hayat kita.
Semasa disana saya berpeluang  mengulang kaji bacaan alquran dan memperbaikkinya  serta memahami makna. Inilah oeluang kelapangan masa untuk saya mendalami ilmu pengetahuan saya tentang islam. Masa umor muda, saya abaikan perkara ini dan sekarang tiada helah / excuse bagi saya.

Umrah dengan urusan sendiri.
Satu lagi perkara ialah saya dan usteri pergi umrah dengan pengurusan sendiri , ajen pelancungan bantu kita dapatkan visa umrah dengan sedikit bayaran. Urusan beli tiket penerbangan dan penginapan dihotel2 diMedinah dan Makkah saya buat sendiri melalui internet.

Booking penerbangan. 
Saya naik penerbangan Saudi airlines dari KL keMedinah dan balik kerana urusan check in dan out, serta imegresen dan kastan lebih mudah diairport Medinah berbading airport Jeddah.
Terdapat dua penerbangan terus KL ke Medinah setiap minggu, iaitu pada hari isnin dan rabu. Kalau kita buat booking awal 4-6 bulan sebelum itu harga adalah lebih murah. Buat perancangan awal. Booking bolih dibuat melalui internet. Jika nak selesa dalam penerbangan serta ada kemampuan beli tiket bisnes class , harga setiap passenger RM 6K.
Setelah buat booking untuk flight dengan Saudi airlines, biasanya saya ambil flight hari rabu pukul 3 petang dan sampai Medinah pukul 8 malam waktu tempatan. Berhenti transit 1 jam diRiyad.

Booking hotel.
Kemudian saya buat booking hotel juga melalui internet, satu hingga 3 malam dihotel Medinah, esoknya pergi keMakkah untuk selama 6 malam, book hotel diMakkah untuk 6 malam. Lepas itu balik ke Medinah dan booking lagi hotel untuk 3 malam. Kesemuanya 10 hingga 12 malam.
Banyak agent2 hotel di internet, saya gunakan agoda atau booking.com. Kalau ada kenalan diSaudi bolih juga buat hotel booking melalui kawan atau juga melalui travel agent.

Cara dapat visa umrah.
Bila siap booking penerbangan dan hotel2 kita dapat e tiket dan voucher2 untuk hotel yang perlu dikemukakan kepada travel ejen untuk permohonan visa, berserta paspot2 surat2 nikah dan beranak ( untuk bokti muhrim) dan kad perubatan untuk suntikan meningitis. Biasanya ejen akan mohon visa 2-4 minggu sebelum penebangan. Visa akan ditampal dalam paspot dan nama wakil muasasah ditampal dibelakang paspot.
Saya gunakan TM Travel Tours menerusi Pengurus umrah Puan Haita.

Urusan check in diKLIA.

Kita uruskan sendiri check in diKLIA.  Jika terbang dengan bisnes class urusan ini sangat mudah dan juga bolih masuk Premier Louge ketika menunggu penerbangan.

Diairport Medinah
Sampai diairport Medinah (sekarang airport baru dan moden) setelah selesai urusan imigresen dan sudah dapat beg dan kastam scan beg2 kita.
Urusan tersebut pun lebih cepat dan cekap daripada airport Jeddah.

Diluar nanti , pegawai minta paspot kita untuk discan dan kita ditanya siapa muasasah kita, wakil muasasah datang kepada kita dan akan tanya samada kita hendak naik kenderaan mereka atau pilih naik teksi kehotel dengan bayar sendiri.
Tunjukkan voucher hotel yang kita sudah buat booking. Biasanya tiada apa2 masalah.

Check in hotel Medinah
Dari airport Medinah kehotel naik teksi mengambil masa 20 -30 minit sahaja. Harganya lebih kurang 80 -"100 rial). Solat jama' dan kasar maghrib dan isha dibilek hotel. Esok solat subuh dimasjid nabawi. Biasanya sarapan pagi termasuk dalam kos penginapan. Makan tengah hari dan malam saya uruskan sendiri; terdapat banyak gerai2 makan dan restoran dan sangat mudah dapat makanan.
Masa kita bebas dan tidak terikat dengan program2 ziarah dalam pekej umrah.
Kita hanya pergi ke masjid Quba' untuk solat sunat tahayatul masjid dan dhuha yang dikatakan pahlanya sama saperti satu kali umrah. Kita pergi setiap pagi lepas sarapan. Sewa teksi pergi balik kosnya 60 rial.

Teksi keMakkah.
Lepas zohor pergi Makkah untuk umrah. Book teksi dari Medinah ke Makkah melalui 'bell boy' bolih negotiate harga. Biasa teksi salon muat 4 orang harganya 600 rial tetapi yang besar saperti GMC atau van harga antara 800 hingga 1000 rials bolih muat sehingga 8 orang.
Perjalan dari Medinah ke Makkah dengan teksi mengambil masa 4 jam dan biasanya terus dihantar kehotel kita diMakkah.

Check in hotel Makkah.

Saya gemar duduk dihotel berdekatan masjidil haram saperti hotel Zam2, Hilton, Movenpick atau lain2.
Biasa kita sampai antara waktu magrib dan isha. Kita pergi solat isha berjemaah dan buat solat magrib jama' takhir. Lepas ini kita buat tawaf, saie dan bercukur. Selesailah umrah kita. Olih sebab faktor umur dan kekuatan yang semakin lemah kami hanya buat umrah sekali sahaja. Tapi bagi mereka yang buat umrah banyak kali bolihlah bermiqat di Ta'naim; bolih sewa teksi atau naik bas awam.
Kita fokas kepada solat berjemaah, tawaf sunat 2 kali sehari, lepas subuh dan lepas magrib atau isha. Juga solat sunat jenazah pahlanya amaat besar, jangan lepas peluang.

Kembali keMedinah.
Setelah 6 hari diMakkah kita kembali keMedinah untuk 1 hingga 3 malam mengikut kelapangan masa. Juga naik teksi yang diaturkan olih 'bell boy' dihotel Makkah.
Beginilah cara kita buat umrah secara ' Free and Easy'.
Saya perlu ingatkan mereka yang belum biasa dengan situasi diMakkah dan Medinah, atau kali pertama buat umrah fikir baik2 sebelum nak cuba cari ini. Tapi bagi mereka yang minat adventure kaedah ini sangat sesuai.

Comments

  1. Assalam Dr. Dr guna travel agency mana ya utk urusan apply visa & berapa bayarannya. T.kasih dpt share info. Sayapun nak buat umrah free&easy ni :) 1st time.

    ReplyDelete
  2. As slm doctor....boleh tahu nama hotel doctor tinggal semasa di madinah dan mekah?...saya plan nak booking sendiri online...muasasah tu mcmana nak contact ye...tqvm

    ReplyDelete
  3. Jazakallahu khair untuk perkongsian ini prof!

    ReplyDelete
  4. Jazakallahu khair untuk perkongsian ini prof!

    ReplyDelete
  5. Asalam-O-Alaiakum! How are you all? Well, I must say that the services were really good, but the guidance was not as great as it should be. We had some issue in Makkah, when we were doing Tawaf, due to the misguidance of the staff members, although the other things were really good.
    Umrah Packages

    ReplyDelete
  6. Really make an impression the way Cheapumrahpackage.us . Supportive staff all ways Makkah to Madinah, Nice accommodation during the hajj, although I was not feeling well, terrible fever, but CheapUmrahPackage.US staff cares me a lot, very supportive staff.. Thanks Umrah Packages

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Tingkatkan minda dan daya ingatan