Posts

Showing posts from April, 2014

Dana Pendidekan

Image
6 hb April 2014. Alhamdulillah , Allah SWT telah mengurniakan saya dan isteri dengan 10 orang cucu. Bulan january 4 hb tahun 2015 , insya Allah jika panjang umor saya akan mencapai umor 70 tahun. Bila bertemu rakan2 sebaya salah satu topik penting dalam perbualan ialah tentang cucu2 ( berapa orang , berapa umor dan dimana cucu2 duduk). Budaya kita masih kuat ikatan kekeluargaan, alhamdulillah inilah satu nikmat Allah dan kita harap ia akan berterusan. Ramai datuk dan nenek2 yang terlibat dalam penjagaan cucu2 samaada sepenuh atau sebahagian masa. Datuk dan nenek kerana terlalu sayang cucu sering dikatakan 'spoil' cucu2. Olih kerana 5 orang anak2 kita masing2 hidup dirumah dengan anak2 mereka, kami balik kepada asal tinggal dirumah berdua sahaja. Walau demikian 3 orang anak kami dan cucu2 yang berada diKL sering mengunjungi dan makan bersama kami. Jesteru tidaklah begitu kesunyian. Kami buat kunjungan keamerika setahun sekali dan kePerth australia 2 kali setahun. Alha

CUTI REHAT DI AMERIKA

Image
29 Mac hingga 14 April 2014 Saya perlu merancang cuti jangka panjang sebab kesibukkan kerja dan komitmen kepada pesakit2 saya. Untuk kunjungan keUSA kali ini kita menaikki pesawat Kuwait airlines dengan stopover selama 4 jam dikuwait airport. Ia memberi tambang bisnes class termurah dari KL ke New York. Yang lepas kita menaikki pesawat Cathay Pacific melalui Hong Kong . Tapi masalah makan dan kemudahan solat. Dari KL ke Kuwait pesawat airbus A 300 dan seterusnya ke NY guna pesawat boeing 777- 200. Berlaku kerosakkan mekanikal dan penerbangan kita ditangguh 24 kam. Kita menginap diSafir airport hotel. Alhamdulillah kita sampai New York hari ahad petang. Anak menantu saya Bekim menunggu di JFK airport dan terus ke Oakville Connecticut.             KLIA saudara2 sekampong                 Yusoff dan Salwa                  Kuwait airport                   Oasis Lounge                 Rehat dalam lounge                Rhueme and Ashwini               Dalam pesaw

AMAL JARIAH

Image
YAYASAN JABAL NUR Amal jariah penting untuk akhirat. Bolih saya katakan keperluan hidup didunia hampir kesemuanya tercapai. Saya perlu persediaan yang lebih mantap untuk kehidupan yang kekal diakhirat nanti. Meninggalkan harta pesaka yang banyak bolih jadi satu masalah kerana pewaris2 sering tidak bolih kata sepakat dalam hal pembahgian harta warisan. Baru2 ini saya berpeluang membaca tentang kisah seorang billionaire arab yang terkenal Sulaiman Al Rajhi , pengasaa bank islam saudi arabia. Nilai kekayaannya hampir USD 9 billion. Beliau sudah bahagikan 2/3 dari hartanya .kepada anak2 dan waris dan 1/3 beliau wakafkan. Secara peribadi beliau sudah tidak punya harta sekarang berumor 85 tahun. Namun beliau masih aktif dengan aktibiti2 wakaf . Terbaru saya difahamkan billionaire agong amerika Warren Buffet telah menghadiahkan USD 37 billion kepada Bill Gates Foundation yang mana teras programnya ialah pendidekan dan kesihatan. Saya percaya mereka aktif dalam aktiviti