IBADAH HAJI
7
Entah macam mana Baitullah diMakkah ada tarikkan untuk kita pergi lagi buat kali ketiga pada tahun 2003 dibawah anjuran Cantumas dan terakhir iaitu kali ke4 haji pada tahun 2010 dibawah anjuran Zahafiz Travel.
Saya suka mengingatkan anak2 dan menantu2 saya serta semua mulimin dan muslimah sekalian untuk tunaikan fardu haji secepat munkin , ketika badan masih sihat dan kuat. Saya lihat mereka mampu melancung kesini dan kesana, tentulan mereka juga berkemampuan untuk belanja pergi haji.
Kalau tunggu sehingga keumor tua munkin kita terlepas peluang, maklumlah kita tidak tahu nasib kita dimasa hadapan. Saya percaya ramai diantara kita yang tergulong dalam situasi demikian atas sebab2 kesihatan atau kewangan atau lain2. Saya juga sedar ada diantara kita yang sihat, mampu dan ada kelapangan pun tidak pergi haji sebab takut akan balasan Allah SWT ditanah suci atas kemunkaran2 yang telah dilakukan dimasa lepas.
Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang telah berjanji ketika wuquf di Arafat pada musim haji untuk mengampunkan segala dosa kita sebesar mana pun jika kita mengerjakan haji dengan ikhlas dan kerana Allah. Bila kita selesai haji diibaratkan kita saperti bayi yang baru lahir, bersih dan suci.
Untuk ibu bapa kita atau saudara mara kita yang telah meninggal tanpa menunaikan fardu haji, elokklah anak2 buatkan haji untuk mereka dengan syarat anak2 telah tunaikan haji untuk dirinya sendiri. Tetapi jika perlu diupahkan ada banyak pihak yang bolih berbuat demikian diantaranya:
Upah Haji musim tahun ini untuk ibu bapa, saudara mara yang telah meninggal atau uzor dan belum menunaikan fardu haji. Harga Pakej RM 1,300 untuk haji sahaja hingga RM 2,500 untuk haji termasuk umrah ramadan, rejab dan shaaban. Sila hubungi Hajjah Siti Rafiah , talian 0193338284, 0126388284 dan 0133802168
salam doc..arwah ibu saya ada bercerita semasa beliau mengerjakan ibadat haji pada thn 1993 pernah doc n wife menyinggah ke rumah/markas utk minum ptg..time tu arwah ibu saya sediakan jemput-jemput bilis dan beliau pergi ke Makah dibawah seliaan arwah abg doc..hj mahfuz..
ReplyDelete