Posts

Showing posts from 2016

Masa depan doktor2 lebih mencabar

Image
Alhamdulillah sudah 46 tahun saya bertugas sebagai doktor. Pada bulan april 1970 saya lulus peperiksaan akhir untuk ijazah kedoktoran MBBS dari universiti malaya. Dalam kelas saya 80 orang siswa tapi hanya 4 saya melayu. Saya dalam batch kedua dan yang pertama lebih kurang 65 siswa terdiri 8 melayu. 1. Situasi kekurangan doktor dinegara kita ketika itu amat runcing dan ramai doktor2 kontrak diambil bertugas dihospital2 dimerata pelusok tanah air. Peluang pekerjaan amat banyak dan sentiasa menanti doktor2 tempatan. Saya terus bertugas sebagai doktor pelatih atau houseman sejurus lulus periksa dan belum resmi terima ijazah. Posting pertama pada tahun 1970 ialah dihospital besar melaka. Kita perlu kerja bertungkus lumus kerana setiap jabatan hanya punyai 2 houseman sahaja ( ada tiga jabatan iaitu perubatan , bedah dan perbidanan ). Ada kala saya perlu kerja berteusan selama 72 jam. Pada masakini dihospital2 besar satu jabatan ada 30 doktor2 pelatih (houseman). Saya fikir ini situas

Khasiat keroma atar tamar

Image
Saya amat merindui berbuka puasa dimasjid nabawi Medinah. Keroma jenis rutob rasanya sungguh lazat menjadi hidangan utama. Disamping itu ada yogart yang dicampur dengan rempah khas dan sungguh enak dimakan dengan roti. Sering saya juga campurkan beberapa biji keroma rutob. Memang banyak khasiat kesihatan buah keroma. 1. Satu sumber tenaga dari kandungan gula dan karbohaidret. Gula jenis polysacharide mengeluarkan glukos secara perlahan2 dan ini sangat berguna bagi orang yang berpuasa. Dinasihatkan berbuka denga keroma lembut jenis rutob atau sukar  atau keroma madu. Cepat dihazam dan pantas memulihkan tenaga untuk kita solat terawih. Ketika sahur makan keroma atau tamar jenis keras sebagai sumber tenaga berterusan dengan slow release gula glukos. 2. Sumber vitamin dan logam untuk kesihatan. Keroma mengandungi berbagai vitamin A, B1, B3 B5 dan vitamin C. Juga logam sodium, calcium, potassium, magnesium dan iron. Penting bagi pertumbuhan sel2 baru dan menyokong keutuhan ti

Tingkatkan minda dan daya ingatan

Image
1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya. 2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan. Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan. 3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat2 quran kita perlu baca berulang2  tid

Hikmah umrah 2016

Image
Syukur alhamdulillah selesai umrah 2016 dan selamat pulang kerumah jam 2.30 pm hari selasa 9 hb feb. 2016. Saya memang selesa dengan umrah yang saya atur sendiri secara ' free and easy '. Alhamdulillah semua berjalan dengan teratur dan dipermudahkan Allah SWT. 1. Semoga dikurnia umrah mabrur.  Segala amalan dengan niat kerana Allah ( lillahitaala ) dan  dengan hati ikhlas serta tawaduk, insha Allah akan diterima dan diberi ganjaran setumpal. Saya redha apa yang Allah kurniakan. Semoga yang terbaik dan dikurnia syurga jannatun naim. 2. Bertemu kawan2 baru dan lama. Umrah kali ini telah menghasilkan penemuan rakan2 baru dan lama. Alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahim.               Mawi dan isteri           Dr Rozman, orthopedics at DSH.       Abu Talib dan keluarga.        Kusman Yandi dari Jakarta.                   Ibrahim dan Yati. 3. Amalan Umrah.  Biasanya kita masuk Saudi melalui Medina. Setelah bermalam selama 3 malam kita be

Sempena 46 tahun pernikahan.

Image
Alhamdulillah hari ini 6 hb. feb 2016 genaplah 46 tahun saya dan isteri, Maimunah Ismail bernikah. Saya masih ingat hari itu hari cuti raya cina. Setiap kali hari raya cina kunjung tiba, kenangan kami terus menuju kearah pernikahan kita berdua. Ketika itu belum berkerja lagi, kenalah pinjam duit dari bapak untuk beli cincin, rantai, dan bayar mas kahwin. Alhamdulillah diberkati Allah. Gambar ini kita ambil pada 6 hb. february tahun 1970 selepas upacara akad nikah dimuar, johor. Upcara majlis perkahwinan mengikut adat dilangsungkan pada bulan december 1970. Gambar persandingan . Pengapit2 Mayah dan Alon. Arwah abah dan emak mertua pun seronok bersanding. Saya belum habis pengajian kursus kedoktoran bagi ijazah MBBS. Saya ditahun akhir dan saya dapat ijazah pada bulan april tahun1970. Isteri saya sudah graduate pada tahun 1968 dengan ijazah BA honours. Selepas berkerja setahun beliau ambil kursus Diploma of Education. Gambar diatas bersama2 bapak dan emak saya s

Cermin dan muhasabah diri

Image
( Saya tulis diMakkah diantara waktu solat 30 jan hingga 5 feb 2016 ) Saya suka bercuti diluar negara bagi tujuan menziarahi anak2 dan cucu2, mengerjakan umrah atau melacung ketempat2 bersejarah dan berunsur islam. Saya berpeluang bermuhasabah diri dan menilai isyu2 diri, keluarga, saudara mara, rakan2, pekerjaan, ekonomi dan negara saperti pandangan burung (bird's eye view). 1.Muhasabah diri.   Bila dirumah dengan kesibukan kerja dan urusan rumah tangga pemikiran saya macam buntu. Ketika cuti saya dapat melihat dengan lebih jelas kedalam diri saya.  Adakah cukup bekalan saya untuk hidup berkekalan diakhirat? Saya sedar telah banyak buat dosa dimasa lepas ; saya banyakkan istigfar . Dosa kita kepada Allah walau macam mana besar, berat dan bertimbun2 banyaknya , Allah maha pengampun dan penyayang.  Yang saya sangat takut ialah dosa kita kepada manusia lain dan ada diantara mereka kita tidak kenali. Munkin kita telah mengumpat, memfitnah, menipu, berhutang dan melakuk

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Image
Alhamdulillah capai umor 71 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 11 orang cucu ( insha Allah 12 cucu ). Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat. Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup. 1. Tidur awal. Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang. 3. Bangun awal. Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi