Thursday, December 3, 2015

Tercapaikah cita2 ku?



Munkin mimpiku.
Lama sudah terpendam dalam sanurbari saya satu cita2 untuk membina dan membangun satu sekolah integrasi yang bolih menghasilkan insan kamil, yang pintar, berilmu dan mahir, beriman dan taqwa serta berakhlak mulia.

Terbayang dalam fikiran saya untuk menbangunkan segolongan melayu islam yang terpelajar serta mempunyai pelbagai kemahiran teknikal dan professional, yang bijak berbicara dan berkomunikasi, yang mahir bertutur berbagai bahasa termasuk bahasa2 melayu, inggris, mandarin, arab dan lain2. Iaitu mereka yang berkeyakinan diri (confident) dan minat menarik orang lain (reaching out) untuk beriteraksi serta mengkukuhkan silaturrahim.

Mereka ini mempunyai daya kreatif dan innovasi dan suka berdikari sambil mempunyai minat untuk membantu orang lain. Berminat dalam bisnes dan jadi usahawan.

Adakah ini satu angan2 mat jenin atau satu visi yang akan jadi kenyataan dan kejayaan? Wallahu aalam.

Hari ahad 22 hb nov.2015 saya berserta dua orang rakan dari qariah masjid Saidina Umar al Khattab , Bukit Damansara. KL pergi membuat lawatan tinjau feasibility untuk membantu Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor (PKINJ) bina satu sekolah ugama integrasi bergelar Sekolah al Muhsinin di parit yaani dan yong peng johor.
Dua tapak tanah telah diwakafkan olih dua orang hamba Allah untuk dibina sekolah rendah dan menegah.
1. Dua ekar tanah dikampung bukit ciku , parit yaani untuk tapak sekolah rendah.
2. Empat ekar tanah dikampung temehel, yong peng untuk tapak sekolah menengah.

Pengerusi PKINJ ialah ustaz Ahmad Rosdi. Ikuti laporan lawatan kami.

Bolihkah projek ini berjaya?
Saya dilantik sebagai Penaung PKINJ dan biasanya peranan penaung hanya membantu serta menyokong pihak pengurusan dalam sesuatu perubuhan.
Munkin saya akan cuba bergerak lebih aktif lagi khususnya dalam hal2 mendapatkan dana untuk membiayai projek ini. Saya akan juga cuba membantu dalam perkembangan ilmiah sekolah Al Muhsinin.
Saya sedang menunggu pelan projek yang detail dari pihak pengurus. Insha Allah saya akan menilai dan meneliti dari semua  sudut sebelum bersetuju melancarkannya.

Kesungguhan pengurus2 PKINJ.
Kejayaan sesuatu projek sangat bergantung kepada kecekapan dan ketelusan pihak pengurusan. Dalam lawatan singkat ke tapak2 projek berserta AJK PKINJ saya rumuskan bahawa mereka benar2 mempunyai minat serta keupayaan untuk menjayakan projek ini.
Saya telah banyak kali tertipu dan terpedaya olih beberapa gulungan manusia yang tidak ikhlas dan tidak telus dan akhirnya kerugian beratus2 ribu ringgit.

Saham akhirat.
Tidak lama lagi pada 4 hb january 2016 insha Allah umor saya menjangkau 71 tahun. Entah berapa lama lagi saya bolih hidup Allah sahaja yang tahu.
Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar diakhiri hayatku dengan khusnul khatimah iaitu pengakhir yang baik. Saya juga mohon agar dimudahkan sakaratul maut. Saya mohon dikurnia syurga Allah dan dilindungi dari siksa kubur dan api neraka.
Dipenghujung hayatku  saya cuba laksanakan amal jariah sebanyak yang saya mampu dan terdaya. Berwakaf dengan tanah dan harta akan saya lakukan demi untuk mendapat keredaan Allah.

Berminat untuk menginfak?
Sila hubungi ustaz Ahmad Rosdi. 0137288300
Sumbang terus kedalam bank
RHB Bank 20130360017860





Saturday, May 23, 2015

Saturday, May 16, 2015

My Garden


Optimise GST = Guna Semua Tenaga

My backyard garden. Alhamdulillah with hard work toiling the soil and planting fruit trees, vegetables and herbs, with grace of Allah, i manage to reap good harvest of fruits and vegetables.
I also rear some tilapia fish in a small pond. The fish feed mainly on leaves of mulberry, spinach, kangkong etc.
No matter how small your garden you can plant something , vegetable or herbs. Just need a bit of effort and time. Some people do roof top gardening. Some have planted papaya and other fruits at their house balcony.
Urban farming is the way to go. More so now with escalating cost of foodstuffs. Do no let GST disturb your life . Let interpret GST as ' Guna Semua Tenaga '. 😁😂😂😂

Passion fruits





Pisang raja enak dimakan. Sumber potassium.

Air kelapa muda banyak khasiat kesihatan.

                     Lemon grass
                             Mulberry mengdungi banyak antioksidant.
                             Figs

                    Relax enjoy fresh sugar cane
                     Tujuh jarom anti kanser
                     Buah ajaib jadi pemanis bila makan buah masam.

                     Fried tilapia delicious
                     Tilapia fish


Daun lemuni make good nasi kerabu
  Pisang nipah make delicious goreng pisang


Herbs - ulam raja dan sambung nyawa
Pucuk paku

Bayam

Serai


Kangkung

Rozel