Thursday, January 2, 2014

AZAM 2014



Saya percaya ramai diantara kita yang telah membuat azam baru bagi tahun 2014.
Saya juga tidak ketinggalan dan berazam untuk membaikki diri saya.

1. Meningkatkan keikhlasan dalam semua amal ibadah terhadap Allah SWT.
Ikhlas dan telus dalam semua urusan dengan semua gulungan manusia.

2. Membantu kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk nasihat, bimbingan, kewangan dan tenaga sekadar kemampuan saya.

3. Menfaatkan ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman dan hikmah (wisdom) yang ada pada diri saya dengan menyebarkan dan berkongsi dengan orang lain.

4. Membuat amal jariah sebanyak yang saya mampu keatas rezeki yang Allah telah kurniakan kepada saya dan keluarga saya. Semoga mendapat keberkatan.
Berhemah ketika berbelanja tanpa pembaziran. Simpan seberapa banyak yang bolih.

5. Meningkatkan mutu khidmat kepakaran kepada pesakit2 dalam bidang kesuburan dan kesihatan wanita. Saya akan terus menimba ilmu dan tingkatkan kemahiran.
Mengadunkan perubatan moden, islam dan alternatif.

6. Meningkatkan silaturrahim dan merapatkan hubungan serta komunikasi dikalangan keluarga, saudara mara, rakan dan kawan serta semua manusia sejagat.
Akan cuba hubungi kawan2 lama disekolah, kolej RMC, Universiti Malaya dan UKM.

7. Membaikki akhlaq diri saya kearah taqwa, tawaduk, penyabar, dan pengampun. Lebihkan senyuman, bercakap lunak dan sentiasa berusaha memberi keceriaan kepada orang lain. Mudah berkawan tanpa mengira darjat.

8. Membaikki bacaan dan fahaman quran. Menambah surah2 hafalan. Semoga bolih jadi hafiz sebelum menghembuskan nafas terakhir.

9. Memantapkan caragaya hidup yang sederhana dan simple. Tidak menunjuk2 atau angkuh.


9. Mengurus masa dengan cekap tanpa disia2kan. Tidor awal pada pukul 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Guna masa selingan untuk baca quran dan menimba ilmu dari internet, smart phone amat berguna


10. Baikki mutu pemakanan kepada yang berkhasiat dan berzat untuk lebih sihat dan bertenaga. Lebihkan sayur2 ulam salad dan buah2. Kurangkan daging dan lebihkan ikan.
Teruskan supplements - multivitamins, vit E dan C, Nufocus, NuRev, Q10, fish oil, calcium, lipocarn.
Minum green /chinese tea.

11.Teruskan hobby gardening  sebagai exercise utama untuk saya. Waktu pagi sebelum kerja dan sedikit masa waktu petang dan pada hari2 hujung minggu saya berkebun. Banyak tumpukan menanam sayur2 dan herba.

12. Berusaha menubuhkan Yayasan Hj Arshat bertujuan menggalakan serta membimbing keturunan kita mencapai cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan.

13. Menggerakkan program dan aktibiti2 Yayasan Jabalnur agar tercapai tujuan dan visi Yayasan yang telah lama ditubuhkan.  Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah SWT segala yang saya cita2kan.