LAWATAN NEGARA2 BALKAN


Bandar Skopia, Macedonia


Masjid Abu Bakar, Skoder, Albania

Montenegro

Budva, Montenegro



Dubrovnik, Croatia

Mostar, Bosnia
Buna river, Bosnia
Sarajevo, Bosnia


Mosque Sarajevo


Lawatan kelima negara Balkan iaitu Macedonia, Albania, Montenegro, Croatia dan Bosnia anjuran Poto Travel mulai 5hb Oct hingga 16 hb Oct 2013.

Tujuan utama saya hendak tinjau sendiri status islam dinegara2 tersebut yang ketika dulu diperintah olih kerajaan islam Osmaniah selama 500 tahun.

Rumusan2

1. Keluruhan aturcara lawatan sangat baik. Penerbangan dengan Turkish  airlines dari KL - Istanbul - Skopia, Macedonia.
Seterusnya naik bas  melalui jalan darat naik dan turun bukit, dengan menikmati pemandang2 yang sangat indah.

Walau pun jalan sempit pemandu bas dari Bosnia sangat cekap dan berhati2. Disepanjang perjalanan menempuhi 5 negara kita tidak bertemu langsung kemalangan yang melibatkan kenderaan bermotor. Pemandu2 sabar dan berhati2 tidak saperti dimalaysia.

2. Kesan sejarah. Albania, macedonia dan Bosnia suatu ketika dulu diperintah olih kerajaan Osmaniah selama 500 tahun lamanya.
Dikatakan penduduk islam macedonia 30% Albania70% dan bosnia 50%. Tetapi diantara 3 negara tersebut hanya dibosnia sahaja yang kita berasa adanya umat islam yang beramal.
Beberapa pemerintah kerajaan selepas osmaniah khususnya komunis telah berjaya melumpuh dan menghakis akidah umat islam khususnya pemerintah komunis albania yang kejam membunuh ulama2 dan merobohkan masjid2.
Walau demikian ada tanda2 kebangkitan semula islam khususnya dibosnia , munkin peperangan tahun 1991 dimana serbia dan croatia berjaya bunuh ramai umat islam bosnia dan cuba hapuskan negara islam bosnia dibenua europah.
Kerajaan saudi dan lain2 negara islam termasuk malaysia, indonesia dan brunei banyak bantu bina semula masjid2, mengambil pelajar2 musuk universiti di madinah dan memberi ribuan naskah2 quran.

3. Ekonomi negara2 balkan jauh lebih rendah dari negara2 europah lain walaupun setengah dari mereka telah berjaya masuk eurozone.
Kadar penganggoran masih tinggi iaitu melebihi 20 %. Ekonomi banyak bergantung kepada pelscungan.

4. Saya lihat ramai pelancung2 dari negara turkey dan arab. Malah ada syarikat2 timur tengah yang telah melabur dalam bidang hartanah.

5. Pekej lawatan ke negara2 balkan anjuran Poto Travel amat memuaskan . Pengurusannya, pengangkutan tempat tinggal dan makan keseluruhannya baik walaupun ada ruang untuk dibaikki lagi.

6. Saya bercadang pergi lagi kebosnia bila masa ada kelapangan dan cuba tubuhkan suatu kerjasama yang bolih menguatkan ukhwah muslimin.






























Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.