Posts

Showing posts from August, 2013

Umrah cara 'Free and Easy'

Image
.
Jiwa tenang adalah satu nikmat Allah yang saya anggap sangat penting, khusus dalam umor saya ' diambang senja'. Kita memang dapat capai jiwa sakinah bila kita dimasjidil haram atatu dimasjid nabawi.
Alhamdulillah dua kali akhir ramadan dan hari raya eidilfitri tahun lepas dan tahun ini, kita dapat puasa dua hari dan menyambut hari raya di Medinah dan selepas itu pergi Makkah untuk buat umrah. Terkilan juga tidak dapat buat umrah dalam bulan puasa ramadan kerana dikatakan amalan demikian sama saperti buat haji bersama Rasulullah. Munkin tahun depan kita cuba capai cita2 demikian.
Dulu waktu kita masih muda , alhamdulillah Allah telah  banyak kali jemput kita ke masjidil haram pada 10  hari terakhir ramadan dan  dapat nikmat solat teraweh  serta tahjud. Sekarang ini hati hendak buat tetapi badan macam tidak larat. Semoga Allah terus menerus beri kita nikmat iman dan kesihatan sehingga  akhir hayat kita.
Semasa disana saya berpeluang  mengulang kaji bacaan alquran dan memperba…