Berat beban berhutang



Ramai orang suka berhutang atau terpaksa berhutang sebab hendak biayai beli rumah , kereta atau tanah. Dalam hidup saya memang saya juga perlu berhutang untuk beli rumah dan rumah kedai.

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah dilepaskan dari beban hutang. Rasa berat sungguh jika kita berhutang walaupun hutang itu dicagarkan dengan aset rumah kedai.

Memang mudah hendak berhutang sekarang ini, ambillah banyak2 kad credit. Ramai orang terjerat dalam perangkap hutang kad credit dan banyak yang jadi bankrupt. Bila berbelanja menggunakan kad credit, kita macam tidak sedar serta tidak dapat mengawal kerana tidak nampak dan tidak merasai kita berpisah dengan wang ringgit dalam saku kita.

Penggunaan kad kredit bolih timbulkan satu situasi hutang yang seolah2 menjerat leher kita sendiri. Keadaan ini berlaku bila  kita hilang kawalan saperti memberi supplementary kad kepada anak2 dan isteri. Jika caragara hidup mereka suka bermewah2 dan bergaya nescaya kita akan terjerumus kedalam gaung hutang.
Saya pernah dengar seorang doktor pakar yang terjerat dengan hutang kad kredit melebihi RM 600 ribu. Bayangkan berapa banyak $ 10 K sebulan untuk bayar faedah sahaja tanpa mengurangkan pokok hutang. Sisa2  hidupnya hanya berkerja untuk kayakan bank. Ya Allah jauhkan kami , anak2 dan keturunan kami dari bencana  hutang.

Bila telah sampai penyata bulanan , kita rasa terkejut kerana perlu bayar diluar kemampuan. Pihak bank yang mengeluarkan kad credit cadangkan supaya kita bayar beransur2, tapi bila kita teliti kadar faedah bagi bayaran beransur ialah 1.5% sebulan atau 18.5 % setahun. Bukan satu sahaja kad credit, malah ada orang yang guna 4 atau 5 kad.

 Saya tidak bolih bayangkan bagaimana orang yang makan gaji bulanan bolih mampu bayar hutang kad credit yang bertimbun2. Bukan itu sahaja sumber hutang, ada hutang beli rumah dan beli kereta, akhirnya semuanya tergadai dan itu pun tidak bolih selesaikan hutang dan terus diistihar bankrup atau muflis.

Ramai juga yang berhutang dengan saya, tetapi hakikatnya orang berhutang ini memang sering enggan bayar, kadang2 ada wang pun tidak mahu bayar. Bila sudah hutang, mereka langsung tidak mahu berjumpa saya, ada seorang hutang saya $6000 pada tahun 1976, bayangkan nilai wang ketika itu, dengan jumlah terssbut saya bolih bayar deposit untuk beli rumah semiD.
Kalau saya kira hutang2 orang kepada berjumlah ratusan ribu ringgit.

Sipenghutang memang tidak mahu jumpa saya, dalam suatu majlis perkahwinan , bila dia nampak kita sampai, dia pun terus keluar menyuruk. Begitulah perangi orang berhutang, didunia bolih buat begitu tetapi dipadang mashar diakhirat bolihkah lari?

Rasulullah dikatakan enggan solatkan simati yang belum selesai hutangnya. Walaupun seseorang banyak pahala dari amalannya tetapi diakhirat nanti semua pahala ini bolih ditolak kepada orang2 yang dia berhutang dan ia akan dihumbankan kedalam neraka. Jangan ambil remeh jika kita berhutang. Malah dalam quran kita diwajibkan menyelesaikan hutang simati sebelum membahagi harta2 kepada waris mengikut kiraan faraid

Sebaiknya sebelum umor 60 tahun iaitu sebelum bersara semua hutang sudah selesai.
Hutang rumah dan kereta perlu disekesaikan sebelum bersara. Jika guna kad credit selesaikan bayaran sebelum dateline agar tidak dikenakan faedah.

Jangan sangka jika istihar bankrup untuk mengelak bayar hutang kita bolih lepas diakhirat kelak. Tidak sekali. Diakhirat orang memberi hutang akan menuntut dari semua pahalanya hingga ia jadi muflis dan dihumban kedalam neraka jahanam. Naauzubillah hi min zaalik.

Ramai yang masih berhutang dengan saya. Harap selesai hutang sebelum dipanggil Allah.


Comments

  1. moga yang berhutang insaf dan menjelaskannya dengan doc sebelum terlewat

    ReplyDelete
  2. paling malang dosa hutang tak bayar + hutang riba = double dosa.
    tak bagi kesian. dugaan orang berada ramai yg meminta derma atau hutang tp dugaan simiskin duit tak ada... nak minta hutang siapa nak bagi hutang atau malu nak berhutang. mana nak pilih dugaan simiskin atau sikaya.
    Bagi saya saya akan doakan yg berhutang semoga berjaya hidup dilepaskan segala kesusahan. jgn awal 2 lagi kata yg bukan-bukan. takut jadi doa dan dimakbulkan ... confirm hutang kita pun takkan terbayar.
    kalau tak bayar pun anggap shj sedekah walau berat sbb hutang kita kpd Allah pun byk yg tak terbayar... moga ia dapat membantu sedikit sebanyak. Wallahu 'alam

    ReplyDelete
  3. hakikatnya Allah yang membayar hutang tetapi kita yang tak sedar iaitu dgn memberi kita kehidupan yang lebih baik lagi. Mereka miskin bukan kehendaknya tapi itulah kudrat tuhan. Yang mampu tapi liat tak mau bayar tu doakan semoga Allah memberinya hidayah. Kesian dia.

    ReplyDelete
  4. InshaALLAH boleh byar hutang sebelum umur 37 aamiin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

YAYASAN JABAL NUR