Posts

Showing posts from October, 2011

Dr Imtiaz Hamid - Pakar Bedah Hospital Pantai Cheras

Image
Anak sulong saya Dr Imtiaz Hamid - doktor Pakar Bedah. Bidang pengkhususan - Endoscopic dan Colorectal Surgery.  Beliau akan memulakan 'private practice' diHospital Pantai Cheras pada 1hb Nov akan datang setelah bertugas sebagai doktor selama 16 tahun sebahagian besarnya diHospital UKM, Ceras. Beliau sedia memberi perhidmatan pakar  klinikal, pembedahan umum, serta perut dan usus. Sesiapa yang mengidap penyakit2 Buasir, Appendix, Gastric, Segala jenis sakit, tumbuhan atau kanser perut dan usus, Batu karang dalam kilang hempedu atau pundi kencing, Segala jenis tumbuhan pada kulit, kilang tairod/leher. dan lain2 penyakit yang memerlukan pembedahan. Hospital Pantai Cheras  03 9132 2022 Klik untuk map Hospital Pantai Cheras Gambar Imtiaz , Suzy dan Natasha depan rumah kita diPerth Insyaallah bulan Disember tahun 2010, genaplah umornya 40 tahun. Alhamdulillah anaknya pun sudah 3 orang, yang tua Naufal sudah darjah 4, Natasha darjah 3 dan yang kecil sekali, Norlisa berumor

Jumpa saudara islam di Viet Nam

Image
Masjid Jame' dipusat bandar Saigon dekat Hotel Sherraton. Gambar isteri saya (tengah), dikiri Arfah (dari Singapore) dan kanan emak Asraf/Arafah Saya dan isteri sengaja pergi Vietnam untuk tengok dan jejak kaki disana, tak ada tujuan tertentu, kita belum pernah kesana. Tapi kita dengar ramai orang malaysia suka pergi kesana dan ada yang beli belah kerana pakaian dll murah harganya, malah ada yang berniaga. Dimana2 saya pergi pemandu pelancung dibanyak negara berkata orang malaysia suka 'shopping'. Kita ni sudah diambang senja, bila melawat sesuatu negara bukan bertujuan membeli belah , tapi hendak kenal penduduk dan budayanya termasuk ugama. Kita pergi sendiri tanpa guna ejen pelancungan, booking flight dan hotel sendiri. Jadi bila sampai kehotel kena tanya kpd tour agency dan dapatkan maklumat. Tapi kita tidak ikut mereka, pada hari esoknya kita sewa satu kereta dengan pemandunya untuk 'city tour' selama 8 jam dengan harga USD 60, ok lah kita bolih gun