CEPAT MASA BERLALU
26 hb Septenber 2013
Pukul 5 pagi radio clock berbunyi dengan spontan dengan syarahan ugama dikuti bacaan quran radio Jakim. Secara otomatis saya bangan dari tidur. Biasanya saya nyenyak tidor mulai pukul 10 malam. Terkejut sekali dipertengahan malam untuk buang air, ini biasa bagi orang2 dalam lingkongan umor saya. Ramai yang mengidap diabetes dan kerap kencing malam memang satu gejala. Alhamdulillah saya diberi nikmat kesihatan.
Selepas membersihkan diri dan berwuduk saya solat tahajud dan witir . Tidak lama kemudian kedengaran suara azan dari masjid terdekat. Saya dan isteri menuju kemasjid menunaikan solat subuh berjemaah.
Selesai solat subuh dan wirid pada pukul 6.30 pagi kita terus balik kerumah untuk sarapan. Kita balik kepada asal hanya berdua sahaja anak2 telah mempunyai keluarga sendiri dan masing2 tinggal dirumah sendiri. Saya bantu masak air dan buat 2 cawan kopi sedang isteri saya menyediakan sarapan. Saya makan 2 biji telor rebus setengah masak dan dua keping roti whole meal disapu dengan cream cheese.
Ketika sarapan saya juga memakan beberapa pil supplement - multivitamin, NuRev, Lipocarn, fish oil dan Nufocus. Sarapan yang sempurna berserta vitamin dan supplement membekalkan saya dengan tenaga dan kekuatan untuk menempuhi tugas2 harian yang sibuk dan padat.
Sebelum mula kerja diklinik atau hospital Pantai, saya berkebun sebentar setakat menyiram pokok2 pada setiap pagi isnin dan khamis kerana saya perlu mulakan pembedahan pada pukul 8 pagi. Pada hari lain saya ada lebih masa kerana mula kerja pada pukul 9 pagi dan saya berkebun lebih lama menanam sayur2 ulam2 dan herba untuk kegunaan sendiri. Disamping itu saya mencangkul tanah dan cabut rumput serta membaja pokok2 tanaman, Saya gunakan lebih banyak baja organik dari sampah daun dan lebihan makanan dan sedikit baja kimia.
Pagi ini saya kena mula pembedahan awal iaitu jam 8 pagi dihospital Pantai Bangsar KL dan ini menjadi tutin saya selama 24 tahun. Saya ada 2 sessi pembedahan dihospital tersebut iaitu hari isnin dan khamis. Sekarang ini saya perlu tambah satu lagi sessi pada hari sabtu untuk mengurangkan tempoh mennggu bagi pesakit2 yang perlu bedah. Pagi ini saya ada 4 pesakit untuk dibedah, 3 kes biasa bedah laparoscopy dan satu pesakiit bedah buang rahim sebab tumbuhan besar dalam rahim dan cyst ovary yang juga besar dikilang ovary kanan. Pembedahan buang rahim atau hysterectomy memang sering saya lakukan dan biasanya tiada kesulitan atau kerumitan tetapi hari ini munkin saya tidak begitu bernasib baik kerana timbul suatu masalah pada pesakit ini.
Setelah siap pembedahan pada pukul 12.30 tengah hari saya pergi wad bersalin untuk periksa seorang pesakit yang sedang sakit , saya pecahkan air toban untuk percepat peroses labour
Pukul 1.00 hingga 2 00 pentang balik kerumah untuk makan ringan dan solat zohor. Antara rumah dengan hospital dan klinik jarak dekat sahaja bolih sampai antara 10 - 15 minit sahaja waktu memadu kereta saya tidak biarkan terbuang dengan sia2 , saya banyak berzikir dan berselawat. Kadang2 dapat juga lelapkan mata untuk 'cat nap' selama 10 minit selepas solat zohor.
Sessi klinik bermula pukul 2.30 petang . Antara 15 hingga 20 pesakit sedang menunggu untuk pemeriksaan dan consultation. Ada pesakit2 baru kali pertama, setengah perlu rawatan follow up , ada pula yang perlu periksa luka lepas bedah dan ada juga yang perlu rawatan IUI dan lain2.
Pukul 5.30 petang baru selesai tugas2 klinik dan pulang runah untuk solat asar. Baru sahaja masuk pintu bilek air untuk ambil wuduk dapat panggilan talipon dari hospital meminta saya datang cepat untuk menyambut kelahiran bayi ( ini munkin diantara pesakit2 yang terakhir saya sambut kelahiran). Bayi perlu dilahirkan secara vakum kerana kepala bayi tersengit kedudukannys dan tidak bolih keluar secara spontan. Alhamdulillah semua selamat ibu dan anak.
Pukul 6.30 saya terus solat asar disurau hospital dan kemudian menuju kerumah dimana isteri saya sudah siapkan makan malam sebelum magrib. Selesai makan bantu sikit isteri berkemas dan masuk bilek untuk mandi dan seterunya solat magrib bersama isteri.
Sementara menunggu isha sempat untuk baca beberapa muka surat Alquran dan berbual dengan isteri tentang keluarga. Masuk isha kita solat berjemaah. Pukul sembilan hingg 10 sambil berbual kita tonto tv program ugama alhijrah. Saperti biasa saya tidur pukul 10 malam.
Pada pukuk 11.30 malam dapat talipon dari hospital untuk datang cepat ada kecemasan iaitu pesakit yang saya bedah hysterectomy mengalami perdarahan dalam dan perlu diulang bedah secepat munkin. Banyak juga darah perlu ditransfusi . Kita selesai hampir pukul 2 pagi dan alhamdulillah pesaki selamat. Lepas itu dapatlah saya tidur 2-3 jam dan kesokkan pagi sessi kinik perlu dimulakan saperti biasa. Pagi itu juga saya terlambat kemasjid untuk solat subuh sempat ikut imam dalam rakaat kedua.
Semoga Allah beri kesihatan berpanjangan pd dr. untuk beramal dan berbakti
ReplyDeletePadatnya jadual harian Datuk. Didoakan semoga Datuk diberikan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
ReplyDeleteBarulah sy faham apa yg prof lalui bila mmbaca catatan prof ini. Sy sbnrnya agak trkilan bila prof beritau tak dapat sambut bayi kedua saya pd disember ini krn prof kata tak kuat n tak mampu lg. Tapi suami sy selalu ingatkn yg prof pasti ada sbb yg kukuh bila prof beritau kami begitu. Skrg st dh faham. Smoga allah sntiasa melindungi dan merahmati prof serta dicatat pahala amal kebajikan yg besar atas semua khidmat dan pengorbanan yg dilakukan..
ReplyDeleteSemoga Allah memanjangkan usia doc dalam keberkatanNya...
ReplyDeleteBesar sungguh jasa Prof. kepada semua, umat Islam di M'sia khasnya. Terima kasih, saya doakan supaya Prof. dikurniakan Allah dgn keberkatan & pahala yg besar.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan Prof, Amin.
ReplyDelete