Umor 68 tahun

Pada 4 hb january 2013 genaplah umor saya 68 tahun. Saya sangat2 bersyukur kepada Allah SWT atas segala kurnian rahmat berkat dan nikmat hidup selama ini. Semoga ditahun2 akan datang Allah akan terus memberi saya kesihatan dan tenaga, keimanan ketqwaan serta rezekai yang halal. Ameen.
Perjuangan hidup belum selesai, masih banyak isyu belum dibereskan, masih banyak cita2belum tercapai. Insyaallah saya akan terus berusaha untuk mencapai cita2 murni saya.Saya perlu lebih pintar mengurus masa dan segala sumber yang saya ada untuk lebih produktif dan efektif. Saya sedang belajar menggunakan alat dan media elektronik secara optima dan sejak saya gunakan samsung note atas nasihat seorang pesakit saya , kesannya memang sangat baik.Walau pun telah berumor saya tidaklah ketinggalan zaman sangat, hampir2 upto date. Anak2 saya yang amat savy dalam hal2 elekronik banyak membantu saya.
Satu cita2 besar yang masih belum tercapai ialah menerbitkan buku2 tentang ilmu kepakaran saya. Seorang Penulis Nozaliana sedang dan akan terus membantu saya hingga berjaya Insyaallah. Hanya saya perlu lebih meluangkan masa bersama beliau. Saya tidak bolih serah tugas keseluruhannya kepada penulis kerana buku pun ada 'nyawa' yang dicetuskan olih penulis sendiri.Segala emosi dan perasaan kita dapat dirasai olih pembaca.

Comments

  1. Cant wait for your book to be published prof.. Good luck & happy birthday! Wishing u good health, happiness & success for this life & after. Only Allah SWT can repay all your help, kindness & contribution to our society.. in syaa allah..

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir doktor..sy mengikuti tulisan doktor sejak doktor bertugas di LPKN..dan menulis di majalah TIMANG (kalau x silap saya..)..sukanya sy membaca nasihat2 tentang baby..dan kini dgn usia saya 49 masih lg mengikuti tulisan doktor. Teringat saya pd seorang kawan saya tahun 1987 Almarhumah Safiah yg ketika itu pengidap thalassemia dan sedang mgandung anak pertama, dimarahi oleh doktor hospital yg merawatnya & minta dia gugurkan kandungannya, lantas dia menulis surat kpd doktor bercerita masalahnya. Lalu doktor terus buat temujanji dgn kawan sy..dan doktor nasihatkan dia utk teruskan kandungannya..kini anak dia dah berusia 25 tahun..
    kpd doktor..moga ALLAH berikan kesihatan yg baik agar terus dpt memberikn nasihat & bercrita ttg pegalaman doktor.. :-)

    ReplyDelete
  3. Dr Hamid: Saya harap saya sempat berjumpa doktor suatu hari nanti.

    Sal Hamid: Terharunya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Bina tenaga dan stamina untuk kerja