Memantapkan hala tujuan
Bila sudah hampir menjangkau umur 69 tahun dan keperluan diri untuk dunia telah hampir selaesai, saya cuba tumpakan lebih masa untuk persiapan kehidupan akhirat. Namun masih terpikir untuk membantu anak2 memantapkan kerjaya serta perniagaan mereka. Justeru saya telah mengambil langkah memilih bidang kesihatan dan pergigian sebagai teras.perniagaan. Inilah bidang yang kita mengetahui dengan dekat serta faham selok belok perniagaan.
Saya telah sediakan untuk mereka tapak atau foundation untuk mereka mengembangkan apa yang telah mulakan. Dari zero pengalaman niaga sekurang2nya saya telah berjaya mempunyai bangunan untuk perkhimatan pakar.
Saya dapati sukar untuk anak saya mengikuti jejak langkah saya walaupun dua orang anak lelaki saya telah berjaya jadi doktor pakar tetapi dalam bidang lain iaitu surgery bukan bidang saya iaitu obstetrik dan ginekologi.
Jadi sukar juga untuk saya ' pass the baton ' kepada anak saya kerana berlainan bidang kepakaran. Sekarang mereka agak kesal juga dan berkata alangkah baiknya jika dulu pileh sama bidang kepakaran saperti ayah mereka, mudah untuk mereka ambil alih perniagaan yang sudah dimantapkan olih ayah mereka. Tidak guna menyesal sekarang.
Jika dizinkan Allah umor panjang dan sihat badan, insyaallah saya akan terus berkhimat hingga umor 75 tahun. Ilmu , kemahiran dan kepakaran saya masih diperlukan masyarakat.
Lebih lama berpengalaman semakin meningkat kebijaksanaan(wisdom) iaitu sesuatu ciri yang tidak bolih diajarkan kepada murid. Ada dikalangan mereka yang menjadi angkuh dengan status mereka sebaik sahaja lulus menjadi doktor pakar. Gulungan ini suka memperlekehkan doktor2 lain kononnya mereka lebih bijak. Dalam amalan merawat pesakit2 saya memang jauhkan dari memberi komen atau kritik keatas diktor lain walaupun dihasut olih pesakit untuk berbuat demikian.
Mendidek dan mensihati pesakit2 dan masyarakat tentang kesihatan adalah tugas terpenting bagi saya khususnya dalam bidang pemakanan dan caragaya hidup sihat. Bukan mudah untuk mengubah amalan dan tabiat seseorang walauoun mereka tahu dan faham tentang risiko terhadap kesihatan mereka.
Sekarang saya kebih menumpukan kepada khasiat pemakanan yang berzat sebagai kaedah merawat dan mencegah penyakit.
Assalamu'alaikum Dr. & selamat berpuasa. Saya berumur 53 tahun. Sekarang saya rasa kulit lengan saya 'kendur' dan tak berisi. Adakah keadaan ini normal pada usia sebegini atau disebab oleh masalah makanan atau pun kurang senaman membina otot?
ReplyDelete