Posts

Showing posts from March, 2011

Hari jumaat penuh barkah

 Hari jumaat penghulu segala hari Malam jumaat baca quran surah AlKahfi Baca alftihah, ayat qursi, 3 qul , tahlil dan doa untuk roh2 ibu bapa dan saudara Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.” Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh Astaghfirullahalladzim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.”   Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, “Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.” Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, “Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat

Satu pengalaman pahit

Saya tidak sangka satu tujuan murni hendak tolong kawan dalam niaga, dalam hati sebenarnya hendak tolong bumiputera bekecimpung dalam dunia perniagaan. Ini berlaku lebih sepuloh tahun lepas; saya namakan kawan ini sebagai SS dan syarikatnya TT. Saya anggap SS seorang entrepreneur yang berwibawa, malah sejak dia diuniversity lagi dia sudah buka satu pusat jagaan dan didekan kanak2 dan perniagaannya berjaya, Ketika dia jumpa saya untuk berkenalan dan mohon bantuan teknikal , saya masih lagi Ketua Pengarah LPPKN. Dia impressive dan bersemangat.kita beri bantuan teknikal kerana ketika itu LPPKN juga sedang memperkembangkan konsep child development yang saya namakan 'Timang' Satelah habis kontrak saya dengan LPPKN, saya mulakan 'private specialist practice' diPlaza Damansara, Bukit Damansara mulai bulan february 1989. Alhamdulillah berkat tekun kerja , bisnes saya lumayan dan saya mampu membiayai anak2 saya belajar diluar negara dengan belanja sendiri. Apabila kita dilihat

Dunia bercelaru ankara perosak

Image
Banyak kali Allah SWT mengulang dalam Al Quran tentang kerusakkan dunia akibat perbuatan manusia perosak. Ugama telah dirosakkan dari semua penjuru , umat berpecah belah, masing2 berebut kuasa dan harta dengan tamak , hukum ugama dan etika dilanyak dan tidak dihomati lagi, alam sekitar tercemar dengan berbagai2 toksin yang kita hidu setiap hari, terbaru ancaman radioaktif. Gunung ganang dan hutan rimba digondolkan, dataran laut disedut semua cecair hitam/minyak akibatnta gempa bumi disana sini. Manusia berbunuhan untuk merebut kuasa , amalan salah guna kuasa  untuk kepentingan diri dan menganyai , menzalimi serta menindas orang lain amat berluasa. Mana tempat yang selamat dan nyaman untuk kita hidup untuk menyembah dan beribadat kepada Pencipta kita Allah SWT ? Dimana2 kita berada kita kena 'bombard' bertalu2 dengan berbagai kemunkaran samada melalui media electronik, TV , radio, internet . dijalan raya, pasaraya tidak kira diman sahaja ada perkara2 yang merosakkan

Amalan awal pagi

Image
Jadikan satu tabiat dan amalan hidup untuk bangun pagi sebelum tiba waktu subuh untuk mengerjakan solat tahajud, membaca quran dan berzikir. Pahalanya amat besar dan Allah SWT akan mengampunkan dosa2 kita, mengurniakan rahmat yang tidak terkira banyaknya untuk hari itu, dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Banguan awal pagi bukan suatu perbuatan yang mudah, ia perlu azam yang kuat, kesungguhan dan ketabahan. Tetapi tabiat atau budaya ini bolih disemai dan dilatih sejak dari kecil lagi. Memang jadi ia sudah sebati dengan saya, iaitu bangun pada pukul lima pagi, tapi saya tidur awal pada malam hari, pada pukul 10 - 10.30 malam. Menonton televesyen bukanlah satu minat fanatik saya. Hanya setakat menonton berita dunia dan drama purba korea pada hari minggu. Saya tidak minat  langsung kepada drama2 tempatan. maaflah kalau ada yang merasa tersinggung.

Jangan mengaibkan orang

Wahai anak2ku dan rakan2 sekelian , ingatlah islam menyeru dan menuntut kita buat kebaikkan. Buatlah amal maarof tanpa batas, insyaallah balasan dan ganjaran dari Allah SWT amatlah banyak didunia dan akhirat. Jangan sekali2 buat munkar kerana segala kemunkaran adalah dorongan dan bisikan iblis. Sesungguhnya iblis itu musuh kamu yang nyata. Mengaibkan orang lain adalah satu dosa besar, semakin ia disebarkan, semakin besar dosa orang yang melakukannya. Dosa itu akan berganda2 dan balasan diakhirat amatlah berat, tidak mampu kita menanggungnya. Siksaan diakhirat tidak ada kesudahannya. Kita hidup didunia hanya sekelip mata berbanding dialam akhirat. Janganlah kita terlibat dalam perbuatan mengaibkan orang lain, malah bersubahat dengan pembuat fitnah pun akan membakar kita . begitu hebat bahangnya. Jauhilah dari mereka yang terlibat dengan penyebaran fitnah yang amat mengaibkan. 'Jagalah diri kita dan ahli keluarga kita dari bakaran api neraka' - itulah maksud satu ayat dalam