Pak Bidan dapat anak sulong.










Walaupun saban hari mengendalikan dan menyambut kelahiran bayi orang lain, bila kena isteri sendiri yang melahirkan gentar juga perasaan. Ketika itu 22 hb disember 1971 saya bertugas sebagai perubatan dihospital daerah Muar. Saya ditugaskan diunit perbidanan dan sakitpuan dibawah pengawasan pakar Dr Yong Wee Chin. Malam itu saya bertugas 'on call' tiba2 isteri saya panggil mengatatakan disakit perut , kandungannya sudah cukup bulan dan bolih lahir bila2 masa.

 Saya pun balik rumah, ketika itu kita belum mampu beli rumah sendiri. Bandar Muar kecil , tidak banyak kereta dijalan raya; dari hospital kerumah mertua dijalan Abdul Rahman tidak sampai 10 minit. Sampai rumah isteri sudah mengadu sakit setiap 2 hingga 3 minit sekali dan kuat sakitnya dan saya lihat darah campor lendir pun sudah keluar (show). Terus saya bawa kehospital dan masuk wad bersalin. Dr Yong sempat datang untuk menyambut kelahiran anak sulong saya.

Alhamdulillah anak sulong saya dilahirkan dengan selamat dan isteri saya pun dalam kaedaan yang memuaskan, sakit bersalin yang betul kuat hanya satu jam sahaja. Sekarang ini saya perhatikan wanita2 sukar bersalin, kalau anak sulong sakit berjam2 , sepuloh jam dan ada yang sampai 24 jam sakit dan memerlukan ubat penawar sakit yang kuat atau suntikan epidural untuk hilangkan rasa sakit sama sekali. Saya tidak tahu apa punca sebenar keadaan begini berlaku, munkin ramai yang kahwin lambat dan bila melahirkan anak pertama umor sudah melebihi 30 tahun dan munkin faktor ini menyebabkan fungsi otot rahim kurang efisien berbanding umor muda. Faktor2 lain saperti tekanan fizikal dan mental akibat wanita2 berkerja dan makanan2 moden khususnya yang diperoses dan diawet saperti 'fast dan junk foods' munkin juga memainkan peranan.
Alhamdulillah anak2 perempuan saya pun juga ikut  emak mereka , mudah bersalin. Munkin rongga ponggong mereka luas , mudah memuatkan kepala bayi waktu bersalin.

Sekarang anak sulong saya sekarang sudah hampir 42 tahun , berkerja sebagai pakar bedah disebuah hospital pakar swasta dan sudah punya 3 orang anak, kesemua lahir secara normal dan saya sendiri menyambut kelahiran ketiga2 cucu saya.

Comments

  1. kenangan paling indah apabila sy brpeluang bertemu dgn Datuk Dr pada usia sy 16th dan sekarang saya sudah masuk 41 th. Sampaikan salam sy buat isteri Datuk Dr...suatu ketika dulu dia adalah guru yg menjadi idola saya, seorang Penolong Kanan di SM Perempuan Air Panas, Setapak..kerana dialah sy brpeluang minum teh dan makan kuih di bilik mesyuarat Datuk Dr. wish I could meet her again...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sukar nak lupa kenangan manis walau pun sudanh bertahun lamanya. Nanti saya sampaikan mesej dan salam kpd isteri saya. Pertemuan bolih diatur, insha Allah.

      Delete
  2. Saya amat meminati nukilan ikhlas datuk dr..ada juga yg sy share di fb sbg ingatan dan panduan pd org lain..moga dr dilimpahi kesihatan dan kebahagiaan..sy punya cita spy hari tua sy juga spt dr..mampu berkhidmat utk memberi pd org lain..bercinta dgn suami spjg usia dan menghargai setiap detik bersama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar