FORMULA KEJAYAAN
4
MASHA ALLAH SAYA TERGOLONG DALAM 10% TERATAS DARI SELURUH RAKYAT MALAYSIA. ALHAMDULILLAH. SEMOGA HIDUP SAYA TERUS DIBERKATI ALLAH SWT. AAMIN.
1. REZEKI ALLAH LUAS.
Rezeki adalah kurniaan Allah kepada hamba2Nya yang sentiasa bermohon dengan doa dan berusaha serta bertawakkal kepadaNya. Kejayaan saya sebenarnya adalah kejayaan ibu bapa saya kerana merekalah yang mendidek, mengasuh,
membimbing dan mendoakan saya. Manusia merancang Allah perkenankan.
2. FORMULA KEJAYAAN.
Saya cuba menganalisa segala faktor2 yang telah menyumbangkan terhadap pencapaian saya setakat ini.
Bukan bertujuan berbangga, menunjuk2 atau riak. Tapi kita ambil sebagai iktibar dan pendorong cita2 bagi orang2 muda zaman sekarang.
" Kalau nak bantu orang , jangan beri ikan, ajar dia memancing ikan"
3. CITA2, IMPIAN DAN VISI.
Saya memang sering memandang jauh dengan cita2 dan impian. Kadang2 berangan2 saperti mat jenin. Bercita2 nak jadi kaya , jadi jutawan, sihat badan dan umor panjang, mempunyai keluarga dan keturunan yang berjaya dunia dan akhirat
.
Mempunyai cita2 dan visi jauh sangat penting bagi setiap manusia yang inginkan kejayaan. Malangnya kebanyakkan dari anak2 kita khususnya para remaja tiada arah tujuan hidup. Munkin ini salah satu sebab utama ramai remaja tergelincir kedalam gejala dadah, jenayah, mat rempit, pengangguran, gejala seksual dll.
3. SASARAN (GOALS) JANGKA PENDEK DAN JAUH.
Saya sering mengkaji dan mengulang2 saasaran2 dalam 5 bidang hidup. Saya gelar 5K.
3.1 KERJAYA
3.2 KEWANGAN
3.3 KESIHATAN
3.4 KELUARGA
3.5 KEUGAMAAN
Cuba kita tuliskan 10 sasaran2 yang kita idamkan dalam kelima2 bidang. Tuliskan sasaran2 itu seolah2 kita telah capai.
Dari 10 sasaran kenal pasti mana satu yang sangat2 penting yang akan mengubah kehidupan kita kepada kejayaan.
Selepas itu kita rancang pelan tindakan , ambil langkah2 sewajar dan tugas2 untuk capai sasaran tersebut.
Selepas itu kita rancang pelan tindakan , ambil langkah2 sewajar dan tugas2 untuk capai sasaran tersebut.
Kita mesti jelas arah tujuan hidup kita bukan setakat ikut arus saja.
Saya percaya ramai yang punya sasaran utama ialah jadi kaya, jadi jutawan. Kalau begitu jom kita tumpukan segala usaha, tindakan dan tugas2 untuk capai cita2 idaman.
4. TABIAT MECATIT DALAM BUKU NOTA. Memang telah jadi tabiat saya mencatitkan dalam buku nota kecil saya, yang saya bawa kemana2. Saya catitkan apa saja yang timbul, cita2 saya, pelan tindakan dan tugas2 harian serta pencapaian.
Malah suatu ketika dulu diperingkat awal saya buka klinik persendirian, saya catitkan dengan terperinci setiap perbelanjaan dan pendapatan.
Saya lihat dikalangan rakyat jepun dan korea tabiat mencatit dalam buku nota telah membawa mereka kemercu kejayaan.
Sebenarnya tabiat membuat nota telah saya amalkan sejak sekolah dan diuniversity
5. PILEH KERJA YANG KITA MINATI DAN ADA BAKAT.
Pileh satu bidang yang kita minati. Bakat anak2 bolih dikesan dalam umor remaja. Bimbing mereka.
Kita mesti cinta dan passionate terhadap pekerjaan kita. Jika tidak cari kerja lain.
Walau pun pada mulanya saya tidak begitu mengetahui dengan mendalam tugas2 doktor, namun kelamaan saya dapat kesan bakat saya dalam pembedahan dan minat saya dalam bidang kesuburan.
6. JADI USAHAWAN DAN KERJA SENDIRI (SELF EMPLOYED)
Ini adalah sasaran terbaik , tapi perlu perancangan rapi dan tindakan2 berkesan dalam jangka panjang. Perlu tingkatan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang dipileh, kumpul dana modal ketika kerja dengan majikan dan bijak mengurus masa.
Mulakan sebagai hobi dulu, kemudian jadikan bisnes dan seterusnya jadi perusahan sendiri.
Penting buat pemasaran.
Saya buat keputasan terpenting dalam tahun 1989 untuk berhenti dari kerja kerajaan setelah 19 tahun bertugas dan telah capai pangkat jusa (superscale C). Saya kehilangan pencen dan lain2 benefits demi untuk jadi self employed.
Bila sudah mula bisnes sendiri, saya kawal dengan ketat segala jenis perbelanjaan dan catitkan dengan terperinci aliran kewangan.
Saya downgrade caragaya hidup, guna kereta lama, kawal wang dan keutamaan ditumpukan kepada perbelanjaan yang berkaitan dengan bisnes.
Alhamdulillah segala usaha saya diberkati Allah dan sekarang saya telah capai financial freedom.
7. TERUS BERUSAHA CAPAI KECEMERLANGAN.
Untuk mencapai kecemerlangan, kita perlu sentiasa;
Tingkatkan ilmu terus menerus,
Tingkatkan KEMAHIRAN (skills), berlatih, berlatih dan terus berlatih. " Practice makes Perfect"
Prestasi dan etika kerja terbaik,
Bagi perniagaan , perkhimatan pelanggan terbaik.
Pengurusan masa dan kewangan yang bijak.
Buka minda, mohon ilham, bina minda jadi kreatik dan innovatif.
Sentiasa positif dalam pemikiran, percakapan, tabiat dan perwatakkan.
Alhamdulillah saya capai tahap 10 % teratas dalam bidang kepakaran saya.
8. KERJA LEBIH MASA DAN BIJAK BERKERJA.
Orang2 yang berjaya dalam perusahaan, perniagaan dan profesyen masing2, memang berkerja keras dan lebih masa. Mereka yang kerja 40 jam seminggu akan dapat setakat untuk sara hidup. Orang melayu lebih selesa kerja dengan kerajaan dari pukul 8.30 hingga 4.30 petang.
Mereka yang berjaya , berkerja lebih dari 60 jam seminggu. Peniaga2 berkerja sehingga pukul 10 - 12 malam, 7 hari seminggu.
Ada kala saya kerja lebih 80 jam seminggu maklumlah jadi pakar bidan saya kena sambut bayi tanpa mengira waktu.
Orang berjaya adalah workaholik. Ada yang balik kerumah pun masih sibuk buat kerja dirumah. Dalam peringkat permulaan sesuatu bisnes memang perlu banyak pengorbanan.
Ada kala saya kerja lebih 80 jam seminggu maklumlah jadi pakar bidan saya kena sambut bayi tanpa mengira waktu.
Orang berjaya adalah workaholik. Ada yang balik kerumah pun masih sibuk buat kerja dirumah. Dalam peringkat permulaan sesuatu bisnes memang perlu banyak pengorbanan.
9. TUNTUT ILMU SEUMOR HIDUP.
Pendidekan formal beri kita peluang dapat perkerjaan untuk sara hidup.
Pendidekan sendiri berterusan untuk bina diri akan melonjakkan anda kemuncak kejayaan.
Walau pun sudah capai umor 72 tahun, saya masih terus berlajar. Tetapi Cara berlajar agak berlainan sedikit. Dulu banyak baca buku, tapi sekarang banyak guna smart phone.
Bila2 ada kelapangan masa, saya akan buka Wikipedia, YouTube Dan lain2 untuk baca, dengar atau lihat program2 yang ada kaitan dengan project saya. Internet digunakan dengan betul bolih jadi saperti university.
Bila anda telah pastikan sasaran, sudah buat pelan tindakan, baca lah buku yang relevant dalam bidang kerja anda.
Bila pandu kereta mainkan audio program dan dengar.
Tiada jalan pintas untuk berilmu dan berkemahiran.
10. PENGURUSAN MASA BERKESAN.
Masa iti emas. Jangan bazirkan masa. Guna sepenuhnya untuk sesuatu yang menfaat dan membina diri.
Susun jadual harian dengan teratur. Perancangan tugas2 dan tindakan perlu dibuat malam sebelumnya. Sinaraikan semuanya dalam buku nota harian. Program mingguan, bulanan dan setahun perlu dicatit dalam diary.
Jangan buang masa berpoya2, lepak, bual kosong melalui talipon, terlalu ghairah dengan whatsapp, facebook dan lain2 social media. Jangan tonton tv sampai larut malam.
Tidur awal dan bangun awal pagi. Saya tidur jam 10 malam dan bangun pukul 5 pagi untuk solat tahajud dan solat subuh dimasjid.
Beri masa lapang 60 minit satu hari untuk baca buku dan quran.
11. PENGURUSAN WANG YANG BIJAK.
Matalamat kita ialah untuk mecapai 'financial freedom' bila kita bersara kelak dan pelaburan kita terus membei pulangan ' passive income'. Mereka yang berkerja kerajaan bergantung kepada wang pencen untuk sara hidup.
Simpan 10% dari wang gaji dalam Tabung Haji dan ASB. Kunci tabungan ini untuk masa depan atau bila2 masa kita perlu, saperti mulakan bisnes.
Saya sendiri menabung sejak mula kerja diTabung Haji, Bank Rakyat dan ASB. Alhamdulillah ketiga2 jadi sumber passive income saya.
Pengurusan wang yang bijak bukan bergantung kepada banyaknya pendapatan bulanan tetapi bagaimana kita kawal perbelanjaan.
Berbelanja untuk benda yang perlu bukan untuk benda yang kita mahu.
Ada perbedaan antara keperluan dan kemahuan.
Rancang dan sinaraikan benda2 yang nak dibeli.
Jangan beli mengikut nafsu " impulsive buying" atau sebab ada diskaun atau sale.
Gunakan wang tunai untuk membeli. Elakkan guna credit card. Credit card ada peranan tapi mesti selesai sebelum habis tempuh sebulan.
Kawal hutang, bank loan, mortgage dll. Gunakan untuk beli asset yang berpotensi meningkat nilai.
12. BINA ASSET.
Asset terpenting ialah ilmu dan kemahiran yang bolih diniagakan. Ia memberi pulangan yang terus menerus.
Bila ada kemampuan beli hartanah yang strajik dan bolih beri pulangan yang lumayan. Dalam jangka panjang hartanah akan meningkat nilai.
Saya praktikan perkara tersebut. Bila 3 orang anak saya berlajar di UK saya beli satu rumah diCambridge. Setelah selesai pelajaran mereka saya jual rumah dengan harga kenaikkan 4 kali ganda.
Saya lihat kaum cina dikampung saya dan kampung2 jiran, dengan senyap2 telah membeli tanah2 kampung untuk bina kilang dan lain2 perniagaan.
13. PEMASARAN DAN KHIDMAT PELANGGAN TERBAIK.
Ramai orang melayu yang punya kemahiran dalam berbagai bidang, tetapi mereka sangat lemah dalam cara pemasaran dan urusniaga. Munkin budaya bisnes belum meresap dalam darah daging kita saperti pada kaum cina.
Pelajari cara2 pemasaran yang berkesan dari mereka yang telah berjaya, dari buku atau pergi berkursus.
Strateji pemasaran bagi perkhidmatan klinik pakar saya termasuk;
1. Kemuculan saya dimedia, RTM, TV3
2. Penulisan makallah dalam majallah dan akhbar2 tempatan. Menulis buku.
3. Website, Blogspot, Facebook yang saya kendali sendiri
4. Memberi ceramah2 dalam berbagai kursus dan seminar.
5. Rujukan dari customer yang berpuas hati dengan khidmat kepakaran saya. Cara ini sangat berkesan sekali. Seorang pelanggang yang puas hati bolih bawa 10 pelanggan lain. Dan sebaliknya pun betul.
Kita perlu fahami saikologi pelanggan dan beri layanan terbaik.
Terkini saya dapati facebook sangat berkesan bagi pemasaran kerana bilangan pengikut2 saya telah melebihi 400 ribu orang. Alhamdulillah. Saya telah berjaya mencipta brand atas nama saya sendiri. Pelanggan2 saya menaruh kepercayaan kepada saya. Namun saya sentiasa memohon pertolongan dan bertawakkal kepada Allah SWT.
14. BUKA MINDA. UBAH SIKAP DAN TABIAT.
Setelah kita menetapkan sasaran dan arah tujuan hidup kita dalam tempoh 1, 5, 10 tahun dari sekarang, kita perlu
Kuatkan azam
Tekat dan bersungguh2
Berdisiplin diri dan patut melaksanakan segala tugas2 yang dirancang mengikut jadual.
Yakin kepada jati diri yang kita akan mencapai kejayaan.
Katakan " saya bolih buat"
Jangan tangguh " buat sekarang"
" Saya bolih berjaya"
Kata2 tersebut diulang2 sehingga ia masuk kedalam ' subconscious mind'
Sentiasa berfikiran positive dan optimis.
Senyum dan ceria selalu. Ucap salam kepada sesiapa kita bertembung.
Bersalaman bila bertemu.
Jadikan tabiat memberi, sedekah, hadiah, makanan atau doa.
Kita perlu ubah tabiat menuju kearah yang baik dan positif.
Gugurkan semua tabiat buruk.
Comments
Post a Comment