Seronok buka puasa diMakkah dan Medinah

Selain buat ibadah umrah dibulan ramadan yang mana pahalanya saperti buat haji, satu keseronokan yang kita alami ialah berbuka puasa diMakkah dan Medinah. Kita berempat iaitu saya, isteri dan dua anak lelaki telah pergi umrah mulai 28hb july hingga 7hb ogos. Sempat puasa 3 hari diMakkah dan 4 hari diMedinah. Suasana berbuka memang  meriah, orang2 kaya arab banyak yang bersedekah untuk membiayai makanan untuk berbuka puasa. Masjid penuh dan kawasan luar masjih jadi sapert kawasan perkelahan terbesar.







DiMakkah kita berbuka dikawasan luar dan berserta ratusan ribu manusia dari seluruh pelusuk dunia. Memang seronok, kita bawa kurma dan air saja setakat untuk buka puasa, tapi jiran kita satu keluarga arab menyediakan berbagai juadah dan mereka berkongsi makan dengan kita, sungguh murah hati mereka.Sabenarnya kita akan berbuka dihotel dengan berbagai makanan yang dihidangkan sabagai buffet, tapi kita tidak tergamak menolak pelawaan mereka. Kita pun makan bersama mereka. Lazat sungguh, maklumlah perut pun sangat lapar, semua rasa sedap.




Dalam masjid Medinah makanan untuk berbuka terdiri dari keroma, air zam2. kahwa(sejenis minuman arab yg berasa rempah), roti dan yoghat yang dicampur rempah khas. Anak saya Imtiaz memang suka benar makan roti dengan yoghat berempah, habis licin dimakan , lepas itu bila balik kehotel yang menyediakan berbagai juadah dalam buffet dia sudah tidak terdaya nak makan.
Pemergian umrah dan ziarah kali ini unik sedikit, kita aturkan persendirian melalui internet online booking tanpa melalui ajen pelancungan saperti yang lepas. Kita book tiket penerbangan dan hotel2 diMakkah dan Medina melalui internet dan saya dapati kaedah ini jauh lebih murah dari biasa. mulanya kita ragu juga samada pak arab akan iktiraf voucher2 hotel kita , tapi bila kita check in , tak ada masalah langsung. Malah disatu hotel diMedinah , ikut booking tiada makanan disajikan , tapi bila kita 'check in' iftar atau makan berbuka  disajikan selama 4 hari kita disana, wah seronoklah kita... makan free.
Pengangkutan teksi kita atur sendiri iaitu dari Jeddah keMakkah, dari Makkah keMedinah dan dari Medinah keJeddah airport. Malah aturan ini lebih menyenangkan kita dan lebih pantas perjalanan.

Comments

  1. Alhamdulillah..seronok dengar cerita cik amid....InsyaAllah....semoga suatu hari cita-cita kita sekeluarga menjejakkan kaki ke bumi Makkah tercapai....kita nak ikut jejak cik amid..mula dari kesusahan yang nampaknya dah berakhir...doakan ya...

    ReplyDelete
  2. Dr., teruskan menulis, moga catatan pengalaman & nasihat Dr., dapat dijadikan panduan kepada kami diluar sana.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...nampak meriah Ramadhan d Mekah & Medinah...bile ler, turn kita orang agaknya....Insya Allah!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar