Risau dengan Riba'

Dalam Quran banyak kali disebut tentang makan riba itu satu dosa besar. Begitu besar kemunkaran riba saperti juga zina sehingga kita banyak kali diingatkan agar jangan mendekatinya. Bila saya imbas kembali segala jenis urusniaga, pelaburan dan simpanan wang dan harta yang saya jalankan, saya sekarang rasa risau sama  ada saya terlibat dalam riba' atau tidak.

Pasaran kewangan hari dihantui dengan riba' yang menggila dan kini sedang melihat akibatnya. Amerika berhutang begitu banyak dan masih menambah hutang , dan mereka terus mencetak wang kertas dengan sewenang2. Lepas itu wang2 kertas ini akan menuju kenegara2 membangun termasuk negara kita dan mereka membeli aset kita untuk menukar wang kertasnya yang sebenarnya tidak ada nilai. Kita perlu berwaspada dengan tipu helah mereka.

Lihat dan dengar berita terkini dinegara yahudi, sekarang ini mereka tidak putus berdemonstrasi melaungkan rintihan mereka tentang kenaikkan harga barang akibat inflasi. Ini semua kesan dari amalan riba' sedangkan yahudilah yang memulakan sistem perbankan dan yang mula mencetak wang kertas dan menukar wang dinar emas dan dirham perak pemerintahan islam diTurki kepada wang kertas. 


Tanam makanan sendiri, usahakan tanah dan menfaatkan bumi Allah
Harga makan akan naik melambung tidak lama lagi. Sila ikuti ulasan ini.

DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK - THE REAL MONEY 

DINAR AND DIRHAM - THE REAL MONEY

Mulai hari ini kita akan mula terima Dinar emas dan Dirham perak sebagai kaedah urusniaga diklinik saya. Saya percaya dan komited tentang masa depan dinar dan dirham sebagai matawang tulin, ini memang telah termaktub dalam Quran. Ada satu hadis (munkin sahih atau dhaif!) yg bermaksud 'akan tiba satu masa kelak ketika semua wang akan tak bernilai melainkan dinar emas dan dirham perak sahaja'

Setelah kian lama, saya dapati wang saya semakin jadi lemah dari sudut 'buying power' sedangkang emas dan perak semakin melambung naik harganya. Sebenarnya bukan emas dan perak yg naik harga tapi duit kertas kita semakin susut nilai. Sudahlah inflasi menggigit duit saya, harga barangan melambung dan Bank2 Pusat setiap Negara terus menerus mencetak wang dan ditaburkan dipasaran.

Mata wang kertas telah Berjaya menjadikan orang kaya menjadi lebih kaya , sedagnkan orang miskin menjadi Papa kedana.

Simpanlah sebahagian daripada harta anda , munkin dalam lingkongan 5-10% dari keseluruhan nilai harta anda dalam Dinar emas dan Dirham perak. Semoga diberkati Allah SWT


Tanam makanan sendiri, usahakan tanah dan menfaatkan bumi Allah
Harga makan akan naik melambung tidak lama lagi. Sila ikuti ulasan ini.

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.