WASIAT KEPADA ANAK2
Assalamualaikum.
Bismilallahi Rahmani Rahim, Alhamdulillah, saya telah menikmati kehidupan dengan sepenohnya. Rahmat, nikmat dan rezeki Allah telah begitu banyak diberikan kepada saya sehingga lafaz dan amalan syukur dan ibadah tidak dapat menandinginya. Dalam masa hayat saya cuba mengabdikan diri kepada Allah, walau demikian masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan ibadah saya. Oleh itu semoga selepas peninggalan saya, ilmu pengetahuan, anak2 dan harta yang saya tinggalkan akan terus dapat dimanfaatkan sepenohnya.
Semasa hidup saya berusaha sedaya upaya untuk memberi kebahagian dan kesejahteraan kepada semua ahli keluarga dan juga saudara mara. Walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan, Mon dan anak2 patut bersyukur kepada Allah yang telah banyak mengurniakan rezeki kepada kita. Alhamdulillah, anak2 telah banyak mendapat pendidekan tentang ilnu dunia dan sedikit tentang ilmu akhirat. Kepada anak2 teruskanlah usaha untuk mencari ilmu akhirat dan sentiasa perbaikilah amal ibadah sehingga akhir hayat. Jangan lupa berdoa untuk ayahmu yang telah pergi.
Kepada Mon, jagalah anak2 dan keturunan kita baik2. Kekalkan silaturrahim dikalangan keluarga. Dekatilah kaum keluarga saya serta juga saudara Mon sendiri. Tolonglah dan bantulah mereka yang memerlukan. Insha Allah harta sepininggalan saya lebih dari mencukupi keperluan Mon dan anak2. Jagalah baik2 dan buat banyak2 jariah dan belanjakan harta untuk kebajikan
Kepada anak2 pesanan abah; sembahlah Allah, buat amal maarof dan juahkan kemunkaran. Tingkatan ilmu akhirat, baca Alquran setiap hari walau satu ayat pun , fahami Alquaran dan hadis secara mendalam dan amalkanlah agar kamu menjadi orang2 yang beriman dan bertaqwa. Tingkatan ilmu dunia sehingga menjadi pakar dalam apa2 bidang sekali pun. Jangan suka buang masa dengan berpoya2 dan lepak. Gunakan masa untuk aktibiti2 yang berfaedah.
Dalam hidup saya cuba untuk membina satu institusi perkhimatan yang berteraskan kesihatan. Justeru saya telah menubuhkan Klinik Dr Hamid Arshat diPlaza Damansara. Kelinik ini dari urusniaga adalah dikelolakan oleh satu sharikat keluarga kita iaitu 'Hamid Arshat sdn bhd'. Selain dari kelinik ini sharikat juga mempunyai beberapa harta iaitu rumah kedai dua tingkat diMuar dan rumah kedai 6 tingkat diBangsar Utama KL. Hanya rumah kedai Bangsar Utama sahaja yang berhutang dengan bank dan dijangka selesai pembayarannya pada akhir tahun 2012.
Harta peninggalan simati sering menjadi bahan pertingkelahan dan pergadohan antara saudara mara dan anak2. Seandainya abah sudah meninggal janganlah perkara ini berlaku. Gunakanlah kebijaksanaan, bukan hasutan nafsu untuk menyelesaikan sesuatu masalah khususnya berkaitan dengan pembahagian harta pusaka.
Abah minta kalau boleh kelinik diperbesarkan sehingga ketahap hospital. Setiap anak dan menantu boleh memainkan peranan penting untuk mencapai tujuan ini. Sharikat keluarga Hamid Arshat terus dimajukan dan diperkembangkan kalau boleh sehingga menjadi satu sharikat gergasi. Tapi apabila telah berjaya jangan tamak dan menjadi bakhil , sentiasa berderma dan membuat amal jariah.
Oleh kerana abah mulakan sharikat ini dengan tujuan memberi perkhidmatan kesihatan, eloklah segala usaha pembesaran syarikat adalah berkaitan dengan aktibiti2 kesihatan dan perubatan saperti phamarcy dan alat2 perubatan. Setiap cadangan perniagaan perlulah satu kajian teliti tentang feasibility dan viability. Jangan tergopoh gapah membuat sesuatu keputusan. Berbincang dan bermusyuarah dan dapatkan persetujuan majoriti sebelum melaksanakan sesuatu projek.
Sebenarnya harta peninggalan abah adalah banyak dan lebih dari mencukupi untuk semua anak2. Jika ia digunakan dengan bijak harta ini akan terus berkembang dan keturunan kita akan menikmati kemakmuran hidup. Abah berharap kebahgian dan kesejahteraan hihup berkeluarga dikekalkan dengan cara bermuafakat dan bersefahaman . Gunakakanlah prinsip berkompromi atau ‘ give and take' untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau konflik dalam keluarga. Jangan sekali berpecah atau tidak bertegur sapa. Balik kepada ajaran Quran dan Hadis jika menemui jalan buntu.
Perkara yang amat mecabar abah ialah mendidek dn membesarkan anak2, khususnys anak2 perempuan. Pada suatu ketika abah sungguh hampa dan kecewa dengan sikap, perangai dan akhlak anak2 perempuan abah. Anak2 seolah2 tidak menghargai segala pengorbanan abah , anak2 hanya suka berseronok dan berpoya2 sahaja. Sebenarnya perkara yang paling manis sekali dalam menempuhi getiran hidup ialah apabila kita mencapai sesuatu kejayaan melalui usaha dan titek peluh kita sendiri. Hasilnya akan kita hargai dan sanjungi dengan lebih bererti lagi, berbanding dengan sesuatu yang kita dapati menerusi jalan yang tidak halal atau kita warisi atau dapati tanpa usaha dan titek peluh sendiri.
Kekayaan yang abah punyai sekarang adalah hasil usaha abah dan mak. Ketika kami kahwin dulu, kita tidak mempunyai apa2. Abah sentiasa bersyukur dan menghargai sumbangan dan pengorbaban ibubapa abah. Begitu juga mak berasa demikian terhadap ibubapanya. Kita sentiasa mengingati mereka dan setiap hari mendoakan agar Allah mengampuni dosa mereka, jauhkan dari siksa kubur dan masukkan mereka kedalam syorga.
Sentiasa taat kepada Allah dan Rasul serta ibu bapa dengan berbakti kepada mereka khususnya apabila mereka telah menjagkau umur tua. Sekurang2nya melihat wajah mereka pun mencukupi
Imtiaz sebagai anak tertua perlu menjadi peminpin serta pentadbir harta warisan untuk semua ahli keluarga . Berlaku adil dalam semua keadaan khususnya dalam agihan harta.
Comments
Post a Comment