Saya merindui Makkah

Kami berempat iaitu saya, isteri dan anak2, Imtiaz dan Arief baru pulang untuk mengerjakan umrah diawal ramadan, tetapi sejurus sampai kerumah saya dan isteri sudah mula berbincang bila lagi hendak pergi keMakkah. Alhamdulillah kita diberi Allah SWT perasaan demikian kerana saya khuatir tidak berpeluang lagi kesana olih sesuatu sebab yang Allah sahaja mengetahui. Saya tahu ada juga insan kerdil yang baru sahaja balik haji atau umrah mengatakan ' never again' dan ada pula yang amat takut hendak mengerjakan haji walaupun telah mampu dari semua sudut. Kami sering berdoa ketika tawaf keliling kaabah dan melambai2 mereka ini untuk kesana saperti yang dilakukan olih Nabi Ibrahim dijabal Kobis.









Dihadapan kaabah, banyak doa saya pinta kepada Yang Maha Esa, Maha Berkuasa dan Maha Pemurah untuk diri, keluarga, saudara mara dan rakan2. Saya juga banyak berdoa untuk pesakit2 saya, rakan2  pengujung facebook, blog dan website saya khusus untuk kesihatan dan mendapat zuriatan toiba.

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.