Saya sungguh terharu dengan kepercayaan
Saya sungguh terharu dengan kepercayaan seorang pesakit terhadap kemampuan saya merawat beliau secara pembedahan. Bukan senang untuk membuat keputusan untuk menjalani sesuatu pembedahan, lagi2 saperti pesakit ini yang telah menjalani 3 kali pembedahan sebelum ini. Sekali untuk kehamilan luar rahim (dalam saluran fallopian) yang memerlukan saluran itu dipotong dan dibuang.
Pembedahan kedua disebabkan tumbuhan cyst pada ovary yang terpintal (twisted ovarian cyst) dan ovary tersebut juga telah dipotong dan dibuang. Kedua2 pembedahan itu dilakukan ditempat lain dan bukan saya yang melakukan. Pembedahan ketiga saya lakukan disebabkan kehamilan pada saluran fallopian yang satu lagi. Dalam pembedahan itu saya selamatkan saluran, hanya setakat buang kandungan 'ectopic' sahaja untuk beri peluang dia hamil lagi.
Memang betul dia hamil lagi tetapi juga dalam saluran yang sama. Kali ini ia masuk hospital lain dan doktor disana hendak bedah tetapi kemunkinan saluran itu bersama ovary tinggal satu sahaja akan dipotong dan dibuang. Pesakit itu terus jumpa saya untuk dapatkan pandangan saya. Setelah mencuba rawatan alternatif dan masih gagal, saya cadangkan bedah kali keempat untuk buang kandungan ectopic yang kian membesar tetapi belum pecah. Olih kerana salah sebuah hospital swasta jadi panel dan beliau bolih dibedah disana dengan percuma saya pun merujuk beliau kesana, sedangkan diklinik saya beliau kena bayar RM 6K.
Akhirnya belaiu masih mahu saya lakukan pembedahan tersebut walaupun beliau perlu berhutang dari saudara mara untuk membayar. Alhamdulillah, pembedahan telah selamat dilakukan dengan ovary dan sebahagian saluran fallopian saya repair. Semoga Allah SWT kurniakan zuriat. Amin
CUSTOMER SATISFACTION
Subahanallah kuat nya semangat pesakit tuan nie..semoga dikurniakan zuriat oleh NYA,berkat kesabaran selepas 6 tahun menanti..saya sudah pun di kurniakan zuriat..
ReplyDeletewahh seronoknya lara..hati.. Alhamdulillah moga Allah memberi nikmat yang sama pada kami
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete