Jasa orang tua sentiasa dikenang
Mak Yam (84 tahun) dan Mak Wa Yah (92 tahun) - gambar pada 2 hb July 2011 . Mak Yam yang membela dan membesarkan saya. Mak Wa Yah telah membela dua anak saya Imtiaz dan Lily Suraya ketika saya melanjutkan ijazak kepakaran di England pada tahun 1974 -76.
Ini Mak Wa Yah sedang layan Lily ketika isteri saya sedang sakit dan dimasukkan dihospital Southampton
Mak Wa Yah bersama kita bercuti di Wales 1975
SMILE
Kita semua perlu perlindungan untuk keselamatan hidup. Sebaik2 perlindung ialah Allah SWT. Kita berdoa setiap hari dalam setiap solat, memohon Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang semoga kuat iman , sihat badan dan murah rezeki.
Setiap sesuatu yang kita pinta mestilah disertai dengan usaha, berkerja membantung tulang dan menggunakan otak yang telah dipenuhi dengan ilmu pengetahuan dan kedua tangan yang telah dilatihi dengan kemahiran.
Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dari keluarga tani yang asalnya dibelenggu kemiskinan telah mencapai kejayaan hidup yang lumayan. Tanpa berkat doa dan bimbingan kedua orang tua saya, siapalah saya. Sering saya memikirkan dan berasa sedih kerana tidak dapat mebayar balik jasa orang tua saya, hanya setakat doa sahaja. Sekarang tinggal sahaja ibu tiriku, Mak Yam yang telah tua (84tahun) dan uzor untuk saya berbakti. Saya cuba seberapa daya untuk membelanya tapi saya masih rasa jasa saya kepadanya belum sama dengan jasanya membela dan membesarkan saya. Tapi ramai anak2 sekarang yang tidak berfikiran begitu.
Banyak cerita2 yang saya dengar apabila ibu bapa meninggal dunia dengan meninggalkan harta, mulalah anak2 bertelengkah tentang harta waris. Akibatnya anak2 berpecah belah. Saya fikir cukuplah ibu bapa telah mendidek dan membimbing anak2 untuk mencapai suatu tahap kehidupan dan jika ingin jadi lebih tinggi lagi, mereka patut berusaha keras dengan kedua tangan sendiri.
Pada dasarnya anak2 perlu keluar dari kongkongan 'comfort zone' , keluarlah dari tempurong, janganlah jadi saperti katak. Orang2 melayu khasnya perlu bebaskan diri dari keadaan ini. Tempurong yang melindungi kita sekian lama ini telah menjadikan kita teringgal jauh kebelakang berbanding dengan kaum2 lain. Buka minda kita , capai kelangit kalau bolih. 'No man is an island'. Kita mesti panjangkan dan luaskan hubungan dengan orang lain dan baiki semua teknik2 berkommunikasi dengan orang lain, itulah asas marketting. Kemahiran berkommunikasi yang berkesan perlu dipelajari dan dimalkan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.
di syarikat tempat saya bekerja , terlalu ramai yang ingin pulang bekerja berdekatan ibu bapa mereka ...ternyata mereka yang telah ditugaskan berjauhan dari ibubapa tidak dapat melupakan comfort zone mereka
ReplyDelete