Masa depan doktor2 lebih mencabar


Alhamdulillah sudah 46 tahun saya bertugas sebagai doktor. Pada bulan april 1970 saya lulus peperiksaan akhir untuk ijazah kedoktoran MBBS dari universiti malaya. Dalam kelas saya 80 orang siswa tapi hanya 4 saya melayu. Saya dalam batch kedua dan yang pertama lebih kurang 65 siswa terdiri 8 melayu.
1. Situasi kekurangan doktor dinegara kita ketika itu amat runcing dan ramai doktor2 kontrak diambil bertugas dihospital2 dimerata pelusok tanah air.
Peluang pekerjaan amat banyak dan sentiasa menanti doktor2 tempatan. Saya terus bertugas sebagai doktor pelatih atau houseman sejurus lulus periksa dan belum resmi terima ijazah. Posting pertama pada tahun 1970 ialah dihospital besar melaka. Kita perlu kerja bertungkus lumus kerana setiap jabatan hanya punyai 2 houseman sahaja ( ada tiga jabatan iaitu perubatan , bedah dan perbidanan ). Ada kala saya perlu kerja berteusan selama 72 jam.
Pada masakini dihospital2 besar satu jabatan ada 30 doktor2 pelatih (houseman). Saya fikir ini situasi yang terlalu mewah tapi tidak menguntungkan semua pihak.
2. Puluhan ribu siswazah keluar dari universiti2 tempatan dan luar negara. Bilangan jawatan2 sebagai doktor pelatih dan pegawai perubatan terhad dan tidak bolih menampung keperluan siswazah2 baru. Ada yang sudah menanti lebih 6 bulan, malah ada lebih setahun menunggu posting. Munkin jika sanggup berkhidmat diluar bandar khususnya disabah dan sarawak tempuh menunggu dapat dipendekan.
3. Akibat menunggu terlalu lama ada yang hilang minat jadi doktor dan cari bidang lain untuk kerjaya dan pekerjaan. Ada yang menukar kepada bindang2 akedemik, perniagaan,  keusahawanan , penternakkan dan lain2.
4. Setakat mempunyai ijazah kedoktoran asas tidak mencukupi. Jika ingin berjaya dan mencapai kecemerlangan seorang doktor perlu dari pakar dalam sesuau bidang.

Comments

  1. Memang betul tu doc. Saya pun ada dengan camni. Ada tu pulak yang dah kerja kat luar negara. Contohnya: australia. Bila balik nak keje kat malaysia xlayan pulak, langsung mereka pulang semula kerja kat luar negara.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Bina tenaga dan stamina untuk kerja