Cermin dan muhasabah diri


(Saya tulis diMakkah diantara waktu solat 30 jan hingga 5 feb 2016 )

Saya suka bercuti diluar negara bagi tujuan menziarahi anak2 dan cucu2, mengerjakan umrah atau melacung ketempat2 bersejarah dan berunsur islam.
Saya berpeluang bermuhasabah diri dan menilai isyu2 diri, keluarga, saudara mara, rakan2, pekerjaan, ekonomi dan negara saperti pandangan burung (bird's eye view).

1.Muhasabah diri.  
Bila dirumah dengan kesibukan kerja dan urusan rumah tangga pemikiran saya macam buntu.
Ketika cuti saya dapat melihat dengan lebih jelas kedalam diri saya. 
Adakah cukup bekalan saya untuk hidup berkekalan diakhirat? Saya sedar telah banyak buat dosa dimasa lepas ; saya banyakkan istigfar. Dosa kita kepada Allah walau macam mana besar, berat dan bertimbun2 banyaknya , Allah maha pengampun dan penyayang. 

Yang saya sangat takut ialah dosa kita kepada manusia lain dan ada diantara mereka kita tidak kenali. Munkin kita telah mengumpat, memfitnah, menipu, berhutang dan melakukan berbagai2 kesalahan dan kemunkaran tanpa saya sedari.
Kepada siapa saya nak mohon maaf. Takut dipadang mahsyar nanti pahala2 kita akan diberikan kepada mereka dan kita jadi muflis. Nauzubillah...

2. Maksimakan amal ibadah

Saya cuba tambah dan maksimakan amal ibadah.
Sempurnakan solatku , perlu solat fardhu berjamaah dimsajid ; sekarang hanya solat isha dan subuh sahaja. Perlu lebih lagi solat2 sunat tahajud dan duha.

Puasaku, banyak juga tertinggal puasa ramadan; perlu ganti/qodo' serta tambah puasa sunat setakat yang saya mampu.


Zakat dan sedekahku, 

Saya rasa belum sempurna pembayaran zakat pendapatan dan perniagaan saya. Insha Allah saya akan tingkatkan bidang ini.

Haji dan umrah, Alhamdulillah rukun islam yang ini telah saya sempurnakan. Semoga diterima sebagai haji dan umrah mabrur dan mohon dikurniakan Allah al jannatun naim. 

Saya akan teruskan ibadah umrah bila ada peluang secara 'free and easy' yang saya dapati amat sesuai bagi kami berdua.

Amal jariah, Saya akan terus menyumbangkan harta, tenaga, ilmu dan kepakaran kepada masjid, madarasah, pusat2 ank yatim dan orang tua.

Saya juga ada mewakafkan tanah untuk masjid. Munkin strateji ini akan saya cuba perluaskan.

Buat dan menyeru kebaikkan.

Menyeru dengan menujukkan teladan yang baik. Saya perlu lakukan selaras dengan percakapan saya. Terlalu banyak cara untuk dapat pahala. Senyum dan cakap2 yang meriangkan hati orang lain adalah sedekah. Memberi nasihat kearah kebaikkan. Menolong orang2 sakit, dhaif, cacat dan tua dengan tenaga kita.

3. Menfaatkan ilmu pengetahuan.

Selama 46 tahun saya jadi doktor dan telah mengompol ilmu pengetahuan, kemahiran, kepakaran serta hikmah (wisdom) yang bolih saya kongsikan dan sampaikan kepada mereka yang memerlukan.
Saya cuba menfaatkan ilmu agar jadi bekalan diakhirat kelak. Selain menulis makalah2, buku, siaran radio dan tv, saya banyak menulis dalam website, blog dan facebook. 
Saya masih berusaha untuk sentiasa mengemas kinikan untuk menfaat khususnya kaum wanita.

4. Pekerjaan, kerjaya dan profesyen. 

Saya sudah sampai penghujung kerjaya saya sebagai doktor pakar. Malah sudah 2 tahun saya hentikan tugas sebagai pakar bidan.
Saya sekarang menumpukan dalam bidang kesuburan dan gyne sahaja.
Mencari pengganti agar sukar kerana tiada seorang anak yang sama bidang kepakaran dengan saya. 
Walau demikian tumpuan saya melatih staf yang ada sekarang untuk jadi mahir dan cekap.
Selagi Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan tubuh badan saya akan terus beri khidmat.

Saya cuba jadikan kerja sekarang sebagai ibadah dan untuk sumber rezeki bagi staff.


5. Anak2 , cucu2 dan keluarga

Syukur alhamdulillah dikurniakan Allah 5 orang anak dan 11 orang cucu ( 12 tidak lama lagi).
Mereka masing2 sudah berdikari dan sibuk dengan tanggung jawab masing2. Harapan saya mereka mendidek dan membesarkan anak2 mereka dengan pencapaian yg kebih baik dari saya.
Memberi anak2 terlalu banyak kemewahan membimbangkan saya (comfort zone).
Harapan saya juga mereka sedar akan tanggung jawab keatas kita yang semakin meningkat umor ( saya 71 tahun, isteri 71 tahun bulan april ).
Saya sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan kejayaan mereka dunia akhirat.
Alhamdulillah ahli2 keluarga daripada adik saya dan usteri kelihatan berjaya dalam bidang masing2. 
Tiada keluarga yang perfect, tentulah terdapat sedikit masalah tetapi tidak menggugat silaturrahim sehingga berpecah belah. Kita masih bersatu dan tolong menolong antara satu sama lain.
Kita berhubung melalui kumpulan watapp dan sentiasa menyebarkan berita sesama kita.

6. Wasiat dan hibah.

Sampai waktunya untuk membuat wasiat dan hibbah khususnya keatas harta waris yang akan kami tinggalkan. 
Kami anggap perkara ini perlu tindakan segera sebelum saya pindah kealam baqa'.
Banyak cerita2 konflik, pergaduhan serta permusuhan antara adik beradik akibat dari pembahagian harta waris.
Dilema jika ditukar nama sekarang , ada ibu bapa yang tua diusir dari rumah sendiri.
Dilema bagi saya anak2 tidak minat hartanah dikampung muar johor.

7. Rakan2 dan teman

Memang ramai rakan2 sekampung, sekolah, maktab tentera diraja, universiti malaya, rakan2 sekerja dihospital2 kerajaan, fakulti perubatan ukm dan sekarang hospital pantai bangsar.
Juga rakan2 baru yang kita temui ketika melancung, umrah dan lain2 lawatan.
Tetapi kebanyakkan jadi kenalan sahaja. Sahabat yang betul2 rapat hanya beberapa orang sahaja, ertinya teman yang sama2 ketawa dan menangis.
Dizaman kemewahan dimana kebanyakkan orang2 punyai 'financial independence' pergantungan kepada kawan semakin berkurangan. Tapi jangan terlalu asingkan diri ' no mam is an island'
Terus berusaha untuk 'reach out' kepada kawan2 khususnya teman2 lama yang sebaya umor dengan kita.
Ambil peluang minum kopi atau sarapan bersama. Ini bolih menghilangkan stress dan beri tenaga baru. 
Berkawan setakat untuk interaksi sosial saja. Jauhkan perojek2 perniagaan khususnya jika melibatkan modal kewangan atau cagaran.

8. Masa depan bangsa dan ugama

Saya akui pendidekan, pengalaman dan pendedahan kemerata dunia telah banyak menyumbangkan kepada kejayaan saya sekarang.
Saya berkerja keras dengan disiplin dan pengurusan masa yang berkesan. 
Tapi saya juga akui banyak kelemahan dalam diri saya.
Saya belajar dan terus belajar tanpa jemu2, tapi sumber utama ialah internet kerana ia sesuai dengan masa dan caragaya hidup saya.
Saya nak pesan kepada bangsaku tingkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang yang anda sukai dan gembira membuatnya.
Kalau nak ceburi dalam bidang perniagaan biarlah mula dari bawah dan cara kecil2an. Tapi punya cita2 tinggi dan visi yang jauh. Berusaha keras,  simpan wang dan terus simpan untuk besarkan niaga hingga jadi gergasi.

Tiada jalan pintas untuk berjaya dan kaya. Saya bimbang dengan situasi politik dinegara kita sekarang kerana ia bolih beri kesan buruk dan negatif kepada pemikiran, sikap dan budaya generasi akan datang. Kita hanya bolih berdoa saja, kita ada kuasa untuk mengubah kepada yang baik dan diredai Allah.


9. Kemana arah saya seterusnya?

Berkorban tenaga dan harta kejalan yang diredhai Allah SWT.
Membimbing generasi muda.
Terus beri khidmat kepakaran.
Mendidek dalam bidang kesihatan wanita.
Menjadi contoh dan ikutan kepada generasi muda melalui teladan dan akhlak yang baik.
Memberi perangsang dan galakkan kepada generasi muda untuk menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.