Cara2 awet muda


Setiap hari kita berdoa kepada Allah mohon dikuatkan iman, murahkan rezeki, dipanjangkan umor dan sehat badan. Walaupun umor kita telah ditetapkan olih Allah SWT namun dengan berkat doa dan usaha bertungkus lumus , insha Allah doa kita akan dimakbulkan.

Pada asasnya usaha untuk awet muda ialah tindakan meningkatkan kesihatan disamping mencegah berbagai gejala yang mengancam kesihatan.
Tentukan fungsi organ2 terpenting iaitu jantung, otak, paru2, hati dan buah pinggang dalam kaedaan terbaik. Tiada penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, tidak gemok dan tiada tekanan mental dan emosi yang berlebihan serta tidak terkawal.

1. Makan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. Nisbah 55% karbohaidret, 30% perotin dan 15% lemak.
Diantara makanan2 yang baik untuk kesihatan otak dan jantung ialah, buah avarcado, buah, air dan minyak kelapa, extra virgin olive oil, buah berries terutama blue berries, sayur2 broccoli, bayam, cendawan, tomatoes, carrot.

2. Jangan makan berlebihan khususnya karbohaidret dan gula kerana ia akan menyebabkan penyakit diabetes, darah tinggi, penyakit jantung dan lain2.
Jauhkan kegemokkan/ obesity.

3. Jauhkan makanan2 yang diperoses, diawet dan mengandungi terlalu banyak perisa dan gula - fast dan junk food.

4. Makan lebih buah2 dan sayur2. Amalkan minum juz buah2 segar dan tanpa gula. Buah2 betik limau nenas jambu mangga dll.
Banyakkan makan daun salad dengan tomato timun dicampur dressing minyak zaitun.

5. Amalkan makan ulam - ulam raja kacang botor penggaga dll.

6. Sayur2 sawi, bayam, pucuk paku cekor manis. Kobis, broccoli, cauliflour, cendawan.

7. Lebihkan makan ikan yang berminyak, salmon, terubuk, makerel, tuna dan tenggiri :  kurangkan daging lembu, kambing atau ayam.
Amalkan makan 2 biji telor sebaiknya rebus setengah masak untuk sarapan. Choline dalam telor adalah untuk otak dan jantung.
Kurangkan masakkan bergoreng, biasakan masak secara steaming, rebus atau grill.

8. Makan beras perang (brown rice), roti multigrain dan bijiran oats dan jagung.

9. Makan kacang2 - peanuts, badam, gajus dll serta kismis korma biji2 labu sebagai sampingan.

10. Minum kopi 1-2 kali sehari, minum teh hijau, air suam dengan lemon campur madu dan cuka apel campur madu Dan air suam. Minum air mineral lebih 4 liter sehari.

Sarapan yang sempurna dan mengenyangkan. Makan tengah hari sederhana. Makan makan sedikit dan sebelum magrib. Mulakan makan dengan buah2 dan juz supaya dapat kawal makan karbohaidret.

11. Tabiat baik. Tidor awal dan bangun awal. Saya tidur sebelum pukul 10 malam dan bangun pukul 5 pagi , solat tahajud dan witir dan solat subuh dimasjid.
Kurangkan tonton TV atau video.
Jauhkan merokok dan jangan sentuh langsung minuman arak.

12. Tenangkan fikiran dan tangkis stress sangat penting kerana stress adalah punca bagi berbagai penyakit.
Amalkan solat, bersedekah, baca quran, berzikir dan berselawat terus menerus. Jadikan ia sebagai budaya dan caragaya hidup. Cuba hafal 5 ayat sehari sebagai langkah kuatkan memori dan fungsi otak.

13. Exercise 30 minit sehari dengan jogging, berbasikal, berjalan kaki, tredmill dll. Ambil masa 5 minit buat 'deep breathing ' dimana2 sambil duduk atau berdiri sedut nafas panjang2 melalui hidung dan lepaskan nafas melalui mulut.
Main golf, bersukan , berkebun, cuci kereta atau rumah asalkan mengeluarkan peluh sebagai langkah menguatkan otot2, sendi , jantung dan organ2 penting.
Mereka yang mampu bayar yuran keahlian pergi gym buat exercise 2 - 3 kali seminggu.

14. Makan vitamin2 dan logam2 setiap hari sebaiknya waktu sarapan pagi. Multivitamin A B C D E K . Logam2 penting adalah kalsium, iron, potassium, zinc , folic acid. Banyak jenama dalam pasaran dan hampir kesemua mengandungi vitamin2
Diklinik saya cadangkan 'Proviton" untuk lelaki dan 'Obimin' untuk perempuan.

Amalkan makan vit C satu gram, Vitamin E 400 IU , Fish Oil omega 3 - 1000 hingga 2000 gm dan Kalsium +  vit D  400 -600 gm setiap hari. Vitamin C dan E adalah antioxidant . Omega3 penting untuk fungsi otak.
Suntikan Vit C dos tinggi bolih merawat setengah penyakit saperti kanser, awet muda dan kecantikan kulit.

15. Antioxidants adalah penting untuk mencegah ketuaan dengan membasmikan 'free radicals' yang merosakkan sel2 tubuh dan sumber2nya adalah dari buah2 dan sayur. Buah2 yang berwarna dan biji2 labu, habbatus sauda, biji anggur mengandungi banyak antioxidant. Dewasa ini terdapat banyak supplement2 yang mengandungi antioxidant dalam pasaran.
Saya sendiri memakan supplement NuRev, NuFocus, Q10 dan berkala makan spirulina dan green tea tablets.

16. Stem sel. Diandaikan saperti biji2 yang baru bercambah dengan bilangan berbillion2 disuntikan kedalam tubuh seseorang untuk menggantikan sel2 organ penting saperti otak, jantung, hati , paru2, buah pinggang dan lain2.
Sumber2 stem sel adalah dari tubuh sendiri atau dari haiwan2 saperi arnab dan biri2 yang dibiak dalam 'close colony' sebanyak beberapa benerasi.
Rawatan begini mahal harganya antara RM 30 - 60 Ribu. Klinik kita ada berkerja sama  dengan satu kumpulan dari Switzerland untuk memberi rawatan tersebut.

17. Bedah plastic. Berbagai jenis bedah plastik bolih dilakukan untuk tujuan awet muda. Tapi ini sering kali hanya untuk memperbaikki rupa paras sahaja.

18. Caragaya hidup atau lifestyle yang sederhana , makan yang seimbang dan berzat, jiwa yang tenang dan sentiasa ceria, tidak terperangkap dalam perlumbaan 'rat race', sering bersyukur dan berpuas hati, tidak mudah marah atau menyaikiti orang lain, tidak dendam dan berleter merupakan faktor2 penting untuk awet muda.

Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian Dr.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

    Rerama hijau
    Stevia
    Halia bara
    Lempoyang
    Turi
    Ulam raja
    Sambung nyawa
    Tenggek burung
    Tebengau
    Belalai gajah
    Turi
    Pokok2 buah
    DAN BANYAK LAGI

    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )

    Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
    hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0123106846 -Faizal @
    0122440099 -Azizi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar