Tingkatan kemahiran



Bila saya imbas kembali hidup saya, terkenang peristiwa umor kanak2 iaitu ketka saya cuba tolong bapa saya menoreh pokok getah. Bapak dan emak saya memang penoreh getah dan itulah sumber rezeki mereka. Saya tidak pernah menoreh manakala kedua abang2 saya pandai menoreh getah.

Praktik selama 5 tahun
Untuk mendapat sesuatu kemahiran saperti menoreh getah atau membaiki basikal rosak perlu latihan dan tunjuk ajar. Sebaiknya dilakukan sejak umor kecil lagi.
Begitu juga untuk saya jadi pakar bedah sakitpuan yang cekap dan mahir , peroses pembelajaran dan latihan praktikal telah mengabil masa puluhan tahun. Semua bidang pembuatan saperti pembina rumah, tukang ukir, mekanik baikki kereta dan lain2 memerlukan tempoh latihan apprentice tidak kurang 5 tahun. Semakin lama dan lebih banyak pembuatannya, hasilnya lebih baik dan bermutu tinggi.
Saya agak terkilan juga tidak mempelajari banyak lagi bidang kemahiran yang berkaitan dengan maintainence rumah dan kereta.

Buat sendiri DIY
Banyak ilmu dan kemahiran perlu kita semua pelajari untuk kehidupan yang selesa dan bahagia.
Kalaulah saya dulu belajar sedikit kemahiran tentang baikpulih paip air, alat2 letrik, pertukangan kayu, kerja2 menyimin dan pasang batu bata, munkin sekarang bolih amalkan sedikit DIY disekitar rumah saya sebagai hobi dan pengisi waktu lapang. Kemahiran DIY sangat relevan dalam kaedaan sekitaran hidup sekarang. Kos upah untuk kerja2 tersebut semakin melambung tinggi dan menjadikan ramai yang tidak mampu.

Saya menyeru anak2 saya dan rakan2 semua pelajarilah dan tingkatkan kemahiran dalam semua bidang yang diminati.
Saya lihat dinegara2 maju rakyat mereka terus menerus memperbaikki tahap hidup mereka dengan mempelajari suatu kemahiran hidup sehingga mereka betul2 cekap dan cemerlang. Bila ada kemahiran dalam bidang DIY insha Allah kita bolih pasarkan kebolihan dan kemahiran untuk menambah rezeki.
Orang2 muda kita bolih digembeling tenaga mereka untuk membina kemahiran DIY. Munkin cara ini kita bolih mencegah remaja kita dari terjerumus kedalam perangkap dadah dan mat rempit.

Dalam bidang kepakaran saya setelah bertahun2 saya mengamalkannya barulah kerja2 pembedahan menjadi lebih kemas dan hasilnya lebih memberangsangkan.
Untuk lebih baik penghasilan kerja, saya perlu mengecilkan bidang kepakaran. Saya telah hentikan khidmat menyambut kelahiran bayi untuk menumpukan dalam bidang kesuburan dan ginekoloji sahaja.

1. Tanamkan minat dan passionate dalam apa sahaja usaha yang kita lakukan. Bila kita suka dan gembira dengan suatu kerja prestasi kita akan cemerlang. Kita akan melakukan apa sahaja untuk meningkatkan hasil kerja atau tugas.

2. Pileh suatu bidang yang kita minati dan cari ilmu pengetahuan dari pelbagai sumber - buku, syarahan, seminar, majallah atau internet. Saya sendiri guna sepenuhnya internet untuk meningkatkan ilmu saya. Jangan berhenti belajar kalau bolih sehingga akhir hayat kita.

3. Buat latihan praktikal dan amalkan berulang2. Sesuatu kemahiran akan dapat ditingkatkan dengan mengulang2 praktiknya. Hakikat ini telah terbokti dengan ahli2 sukan, penyanyi, pembina bangunan, tukang kayu dan lain2.

4. Peruntukkan masa 30 hingga 60 minit setiap hari untuk meningkat ilmu dengan membaca atau melakukan praktikal. Kurangkan masa untuk menonton talivesyen atau main elektronik games.
Jangan tangguh (procrastinate) buat segera dan cuba bereskan sesuatu tugas dalam masa yang dikhaskan.

5. Sentiasa bersabar dan tabah dengan berbagai cabaran dan rintangan. Teruskan usaha walau menempuhi berbagai halangan.
Saya sudah 45 tahun jadi doktor dan 39 tahun sebagai doktor pakar bidan dan kesihatan wanita. Setiap hari saya pelajari ilmu dan kemahiran baru dalam bidang kepakaran saya. Tidak semua pengalaman saya manis ; banyak juga yang pahit dan menyedihkan. Tetapi terus berazam untuk membaikki diri saya.
Semakin berumor saya (70+ tahun) menambah ilmu dan kemahiran. Terpenting lagi saya dapat menambah ilmu hikmah atau wisdom . Wisdom inilah yang bolih membezakan seseorang pakar dengan yang lain dan lebih muda lagi.

6. Tawaduk atau rendah dari walau pun orang menyanjung kebolihan dan kepakaran yang terulung kita. Ramai yang jadi sombong dan bermegah diri bila sudah jadi pandai dan berkemahiran tinggi. Dan suka memperkecil serta memperlekeh orang lain.

7. Mula sesuatu bidang sebagai hobi dan cari segala muklumat tentangnya dari internet. Hobi saya sekarang ialah berkebun/ gardening dengan menfaatkan tanah sekangkang kera dibelakang rumah untuk perojek urban farming. Insha Allah nanti saya ceritakan tentang hal ini dalam ruangan akan datang.
Lihat hasil2 dari laman rumah saya.






Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

YAYASAN JABAL NUR