Mengurus masa dan sumber



Saya rasa 24 jam sehari semakin jadi pendek dan terlalu cepat berlalu. Tahun baru telah bermula dan saya rasa dengan sekelip mata sudah habis setengah bulan. Mengapa kita rasa begini sedangkan waktu sesaat pun tidak berubah. Kita terlalu disibukkan dengan berbagai2 aktiviti. Soalnya adakah semua aktiviti2 itu memberi menfaaat atau sia2.

Tonton TV
Satu aktiviti yang banyak buang masa ialah menonton television yang saya cuba elakkan hanya untuk dengar berita dan setengah program agama . Sering saya tonton waktu makan iaitu ketika sarapan makan tengah hari atau malam. Dengan cara ini saya tidak buang masa.

Tidur malam
Saya tidor awal biasanya sebelum pukul 10 malam tetapi jika saya terlalu keletihan saya tidor pada jam 9.30 malam. Saya bangun awal pada pukul 5 pagi untuk buat solat tahajud dan witir dan lepas itu pergi masjid untuk solat subuh.
Sebelum tidur saya amalkan baca beberapa ayat quran seraya cuba memahami makna sekali, disamping saya cuba mempelajari sedikit perkataan arab. Sebelum lelap mata saya baca alfatihah, ayat kursi dan tiga qul serta berzikir sebanyak2 hingga terlelap.
Saya cuba tidak tinggalkan amalan solat subuh berjemaah kerana pahalanya saperti solat sepanjang malam.

Sarapan pagi
Olih sebab kita hanya berdua sahaja saya bantu isteri saya siapkan sarapan pagi , masak air dan buat kopi, isteri goring  telor dengan mushroom, tomato dan brocolli serta baked beans. Saya lebih minat makan 2 biji telor separuh masak. Saya pentingkan sarapan yang sempurna dan berkhasiat untuk membekalkan tenaga agar saya dapat bertugas dengan lebih berkesan.
Selepas sarapan saya berkebu sekejap 30 - 40 minit sebelum memulakan kerja diklinik yang terketak dekat rumah saya, kira2 dalam 5 minit perjalanan.

Sesi pembedahan dihospital
Tetapi setiap pagi isnin dan khamis saya tidak berkebun kerana perlu pergi kehospital pantai bangsar untuk tugas pembedahan pesakit mulai jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dalam sesi pembedahan ini biasanya saya bedah 4 orang pesakit yang telah dijadualkan beberapa bulan sebelumnya.
Alhamdulillah setelah berkerja dihospital swasta ini selama 26 tahun rutin tugas harian telah mantap dan staf khususnya jururawat memahami caragaya kerja saya dan hakikat ini menghasilkan kerjasama yang terbaik untuk kebajikan pesakit2.
Saya juga menyambut kelahiran bayi dan ini satu tugas penuh masa 24 jam kerana kita tidak bolih pastikan bila bayi akan lahir. Sejak satu tahun lepas saya hentikan khidmat perbidanan untuk menumpukan kepada rawatan kesuburan dan sakitpuan sahaja.

Sesi klinik
Sebahagian besar waktu kerja saya tertumpu kepada mengendakikan sesi2 klinik untuk memeriksa dan merawat pesakit2 yang kini telah terlalu banyak bilangannya. Terbanyak sekali adalah pesakit2 yang mengalami masalah kemandulan yang kian meningkat akibat dari berbagai faktor saperti stress, gejala makanan tidak seimbang, keracunan, jangkitan kuman dan lain2.
Sinarai pesakit2 yang membuat temujanji telah meningkat dan giliran untuk tarikh temujanji baru sampai bulan oktober. Program kerja saya memang terlalu padat. Saya hadkan waktu kerja 5 hari sementara hari sabtu dan ahad saya tumpukan untuk berehat, berkebun, bersilaturrahim dan buat amal jariah.
Setiap hari rabu pagi saya melakukan pembedahan kecil saperti D&C , laparoscopy dan lain2 diklinik saya . Kemudahan dan peralatan bedah dan bius serta 4 katil bilek tidur tersedia untuk tujuan 'day surgery'.

Tanggung jawab
Tanggung jawab seorang doktor amat berat - terhadap Allah yang sentiasa mengawasi keikhlasan hati saya; kepada pesakit dan keluarga yang sentiasa mengharapkan hasil rawatan yang terbaik seolah2 mengharap miracle ; kepada undang2 kerajaan dan majlis perubatan yang sentiasa mengawasi perilaku saya dan menentukan saya patuhi etika amalan perubatan.

Garis panduan dan panduan untuk pengamal perubatan semakin bertambah dan lebih ketat. Berbagai yuran dikenakan. Dan terbaru GST yang menambah beban pesakit2 dan juga pengurus klinik kerana kita perlu mengambil kakitangan baru untuk mengumpul dan mencatit semua bayaran gst dan seterusnya mengurus bayaran kepada kastam.
Walau demikian kita terpaksa patuhi undang2.
Saya lihat doktor2 baru yang ingin memulakan khidmat klinik swasta akan menempuhi perlaksanaan yang lebih mencabar.

Hari minggu dan waktu rehat
Hujung minggu saya mengambil peluang untuk berehat, menampung kurang tidor, berkebun, balik kampung , berkunjung untuk meningkatkan silaturrahim , menghadiri majlis perkahwinan dan sebagainya.

Jangan tangguh.
Ikut hati manusia memang suka menangguh sesuatu tugas. Itulah bisikan syaitan. Latih diri untuk patuhi jadual , disiplinkan diri, lawan hasutan. Laksanakan tugas seberapa yang mampu. Lebih baik bereskan tugas yang telah dirancang.


Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar