Dana Pendidekan

6 hb April 2014.

Alhamdulillah , Allah SWT telah mengurniakan saya dan isteri dengan 10 orang cucu. Bulan january 4 hb tahun 2015 , insya Allah jika panjang umor saya akan mencapai umor 70 tahun.
Bila bertemu rakan2 sebaya salah satu topik penting dalam perbualan ialah tentang cucu2 ( berapa orang , berapa umor dan dimana cucu2 duduk).
Budaya kita masih kuat ikatan kekeluargaan, alhamdulillah inilah satu nikmat Allah dan kita harap ia akan berterusan.
Ramai datuk dan nenek2 yang terlibat dalam penjagaan cucu2 samaada sepenuh atau sebahagian masa.
Datuk dan nenek kerana terlalu sayang cucu sering dikatakan 'spoil' cucu2.
Olih kerana 5 orang anak2 kita masing2 hidup dirumah dengan anak2 mereka, kami balik kepada asal tinggal dirumah berdua sahaja.
Walau demikian 3 orang anak kami dan cucu2 yang berada diKL sering mengunjungi dan makan bersama kami. Jesteru tidaklah begitu kesunyian.
Kami buat kunjungan keamerika setahun sekali dan kePerth australia 2 kali setahun.
Alhamdulillah kami sangat bahagia dan sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat dan rahmat yang tidak terkira banyaknya.
Penjagan , pendidekkan serta pembangan minda dan akhlak adalah tanggung jawab ibu bapa. Datuk dan nenek bolih membantu dan beri nasihat untuk kebaikkan.

Pendidekan dan latihan kemahiran adalah pelaburan yang sangat2 besar faedahnya untuk pembangunan diri setiap insan. Kebanyakkan kita berasa bertuah dan terhutang budi dengan pihak berkuasa kerana telah memberi pendidekan kepada anak2 kita secara percuma.  Saya dan rakan2 sebaya hampir kesemuanya telah mendapat biasiswa untuk belajar diperingkat siswa dan siswazah lanjutan.

Diantara anak2 saya 5 orang hanya yang tua sekali mendapat biasiswa untuk belajar di univerity. Yang lain2 4 orang saya biaya sendiri kerana saya mampu berbuat demikian. Bila saya berhenti kerja dengan kerajaan dan buka perniagaan sendiri iaitu klinik pakar bidan dan sakitpuan, alhamdulillah pendapatan saya meningkat. Dengan berjimat cermat dan berhemah dengan perbelajaan saya dapat menabung dana untuk membiayai pendidekan anak2 saya.

Dewasa ini dana dari biasiswa semakin berkurangan dan kos pendidekan semakn meningkat, setiap ibu bapa perlu memikirkan untuk menabung demi untuk memberi pendidekan yang berkualiti kepada anak2 mereka. Saya sudah lepas tanggung jawab membiayai pendidekan dan menkahwinkan anak2. Alhamdulillah, Allah masih mengkurniakan saya rezeki yang luas dan halal dan ada juga cita2 untuk menubuhkan tabung untuk pendidekan generasi akan datang dari kalangan saudara mara dan mereka yang memerlukan. Semoga cita2 ini akan tercapai suatu hari kelak.




 Naufal anak sulong Imtiaz dan Suzana sekarang di tingkatan satu
 Norlisa, 4 tahun anak bongsu Imtiaz, terlalu manja dan disayangi.
 Naufal pada hari pertama masuk sekolah menegah.
 Hari jadi Natasha anak kedua Imtiaz tapi Norlisa yang seronok.
 Nadya anak Lily Suraya. Tahun ini periksa UPSR.
 Kamila cucu termuda baru 4 bulan anak Lily Suraya.
 Anak2 Ayesha dan Bekim 3 orang duduk di USA. Hamzah, Liyana dan Nur Aliyah
Nur Aliyah dengan senyumnya
 Hamzah Yusof 4 tahun
 Noah anak Safia dan Tony 10 bulan duduk diPerth Australia
Zara, tok wan Mon dan Noah.

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.