AMAL JARIAH







Amal jariah penting untuk akhirat. Bolih saya katakan keperluan hidup didunia hampir kesemuanya tercapai. Saya perlu persediaan yang lebih mantap untuk kehidupan yang kekal diakhirat nanti.
Meninggalkan harta pesaka yang banyak bolih jadi satu masalah kerana pewaris2 sering tidak bolih kata sepakat dalam hal pembahgian harta warisan.

Baru2 ini saya berpeluang membaca tentang kisah seorang billionaire arab yang terkenal Sulaiman Al Rajhi , pengasaa bank islam saudi arabia.
Nilai kekayaannya hampir USD 9 billion. Beliau sudah bahagikan 2/3 dari hartanya .kepada anak2 dan waris dan 1/3 beliau wakafkan. Secara peribadi beliau sudah tidak punya harta sekarang berumor 85 tahun. Namun beliau masih aktif dengan aktibiti2 wakaf .

Terbaru saya difahamkan billionaire agong amerika Warren Buffet telah menghadiahkan USD 37 billion kepada Bill Gates Foundation yang mana teras programnya ialah pendidekan dan kesihatan. Saya percaya mereka aktif dalam aktiviti dakwah kristian. Bill Gates sendiri telah mendermakan 90% dari kekayaannya yang bernilai ber billion dollar kepada Foundation nya.

Walau harta sedikit berbanding dengan Sulaiman Rajhi, Bill Gates dan Warren Buffet ,saya teringin buat kerja2 amal jariah sekadar yang saya mampu.

Beberapa tahun dulu saya mengikuti program korban diKemboja anjuran Perkim Bukit Damansara dibawah penyelian tuan Hj Hanif dan disertai beberapa orang qariah. Kita dibawa kekawasan2 cerok , daif dan miskin didaerah kampong cham.

Pengalaman itu sungguh menghayat hati. Perkim ada beberapa projek membina dan membaiki masjid2 dan sekolah2 ugama islam. Ramai dermawan malaysia turut membiayai projek2 tersebut. Saya juga tidak ketinggalan untuk menyumbang.

Ramai dikalangan kita mudah berkata untuk beri sumbangan untuk berbagai tujuan murni saperti bina masjid atau sekolah , tetapi bila hendak keluar duit memang rasa berat sekali munkin sebab godaan syaitan.

Saya tidak sangkal perasaan ini juga menggannu saya. Tetapi kita perlu melawannya. Sebenarnya harta kita dalam simpanan  bukan kepunyaan kita, ia harta waris kerana jika kita mati ia menjadi kepunyaan ahli2 waris. Yang kita punya dan diambil kira diakhirat ialah yang sudah kita belanjakan termasuk yang kita sedekahkan.

Apabila umor saya semakin meningkat dan maut bolih menimpa bila2 masa, saya cuba ubah caragaya hidup saya dengan tujuan utama untuk bertemu Allah SWT. Keperluan fizikal saya dari segi perumahan, kereta , pakaian dan makanan telah cukup disempurnakan. Untuk anak2 juga telah saya beri rumah untuk semua 5 orang anak. Sekarang saya lebih bersedia untuk buat lebih banyak lagi amal jariah dengan harta tenaga dan jiwa raga saperti yang diseru berulang2 kali dalam quran.

Saluran utama yang saya gunakan ialah Yayasan Jabal Nur yang mana saya jadi Pengerusi. Saya telah merangka 2 program kemasyarakatan untuk bina ummah iaitu;
1. Program " SAMPAIKAN"
2. Program " PENJAGA"

Disamping itu saya akan terus menyalurkan bantuan kepada intitusi, badan2 sukarela, dan individu2 yang dhaif miskin dan yang memerlukan.

 Dengan Mufti Kemboja da Hj Hanif Perkim
 Lembu untuk korban
 Lembu tumbang dan diikat
 Lembu disembelih
 Kanak2 islam Kemboja
 Hj Hanif,Hamid dan imam Idris
Masjid diPhenom Pheng



Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar