Bila umur sudah 67 tahun



 Empat January tahun ini genaplah umur saya 67 tahun. Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dengan segala rahmat, nikmat dan keberkatan hidup sihat sejahtera dan keimanan.
Allah telah mengurniakan saya 5 orang  anak dan 7 orang cucu. Gambar diatas cucu yang termuda, umurnya 8 bulan. Keluarga adalah sumber kebahagian hidup diduniia, namun kita tidak bolih terlalu bermegah kerana itu semua adalah untuk sementara sahaja , yang kekal adalah kejayaan dan kebahagian diakhirat nanti.

Inilah tempoh terrakhir untuk saya bersedia menemui Pencipta saya dan dihisab segala amalan saya nanti. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan tawfikNya kepada saya sehingga akhir hayat saya. Saya mohon hidup dan mati dalam iman dan dipermudahkan sakratul maut. Amin.

Alhamdulillah tanggung jawab saya mendidek dan menkahwinkan kesemua 5 orang anak telah selesai dan masing2 perlu memikul tanggung jawab keatas keluarga mereka dan saya dan isteri menjadi penasihat untuk mereka.

Saya sentiasa berdoa agar anak2 dan cucu2 sentiasa dilindungi Allah, dikurnia ilmu , keimanan dan ketaqwaan. Saya hanya dapat memberi bimbingan melalui tauladan.

Banyak lagi misi hidup saya yang belum selesai terutamanya menerbitkan buku2 tentang ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran saya, pengalaman dalam bidang pengurusan dan banyak lagi pengalaman dan kemahiran yang saya ingin dokumentasikan untuk tatapan generasi akan datang. Semoga cita2 saya akan tercapai sebelum menghembuskan nafas terakhir kelak.


Ramai juga yang tertanya2 bila saya akan bersara? Memang kalau nak ikut hati, hari ini saya ingin bersara terus dan menghabiskan masa pergi masjid, belajar ugama, berdakwah dan seterusnya pergi melancung kesana sini saperti ramai kawan2 lain buat. Tetapi bila saya terbaca kisah seorang doktor jepun yang berumur 95 tahun dan masih aktif berkerja penuh masa, beri ceramah, beri nasihat kepada pesakit dan buat counselling motivasi, saya rasa terpanggil untuk terus memberi perkhidmatan pakar; berbanding doktor jepun itu saya masih muda lagi .Saya percaya semakin lanjut umur kita semakin berpengalaman dan lebih mahir serta lebih bijaksana. Sayang kalau kita sia2kan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran kita.

Bila sudah melebihi umur 60an tahun saya sudah capai apa yang dipanggil 'financial independence' iaitu satu kedudukan kewangan yang mencukupi untuk menyara hidup sampai akhir hayat saya, dengan izin Allah. Ini telah saya capai berkat dari usaha mengurus kewangan secara berdisiplin tanpa pembaziran sehingga ia bolih mengeluarkan hasil yang berterusan, saperti kita beramal solih terus menerus waktu muda dan bila sudah tua dan tidak bermaya lagi, ganjaran dari amal soleh terdahulu masih berterusan diberikan olih AllahSWT (petikan dari surah At Tiin). Saya cuba mengajar anak2 saya tentang kaedah pengurusan ini.

Saya perlu meningkatkan amalan jariah sebagai bekalan dihari akhirat nanti. Selagi saya tidak belanjakan harta saya kejalan Allah SWT, harta itu bukan milik saya lagi, ia jadi harta waris sepeninggalan saya nanti. Banyak kes2 konflik antara ahli keluarga akibat dari harta waris, naauzubillahi min zaalik. Amal jariah bukan sahaja berkaitan harta dan wang ringgit, banyak lagi perkara2 bolih dijadikan amal jariah. Saya sedang berusaha untuk mencapai kearah tersebut.

Comments

  1. Salam Dato,
    Benar Dato, kita beramal sebanyak mungkin selagi boleh, sayang kemahiran ilmu Dato kalau tidak diteruskan kerja Dato ini. Ramai yang memerlukan Dato. Dato membantu wanita2 mendapatkan cahaya mata, memberi nasihat utk orang hidup sihat sejahtera ,agar mereka hidup bahagia gembira dalam beribadah kepada Allah. Insya Allah menjadi sedekah yang sangat tinggi nilainya di sisi Allah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar