Saya percaya dinar/dirham penyelamat kita



Pagi ini saya berpeluang untuk hadir ke majlis penerangan dan muamalat dalam matawang dinar dan dirham yang dianjurkan setiap pagi sabtu didewan masjid saidina omar alkhatab, bukit damansara, KL.mulai pukul 11 pagi sampai zuhur. Memang sangat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mengtahui tentang matawang emas dan perak (dinar dan dirham) dari sudut sejarah dan bagaimana mata wang kertas mulai mengambill alih peranan.

Memang betul kita ini tertipu olih pihak2 tertentu kerana percaya sepenuhnya nilai wang kertas. Lepas itu ada wang plastik dan elektronik yang diniagakan atas angin tanpa kita merasai atau memegang bendanya.

Saya sungguh tertarik kerana pada khir sessi penerangan kita bolih beli barangan yang dijual disitu dengan menggunakan dinar dan dirham. Saya beli madu dari Yemen dengan harga 4 dirham dan satu kotak homecooked scone dengan harga satu dirham.

Klinik saya diPlaza Damansara, Bukit Damansara memang sedia menerima bayaran dengan dinar/dirham. Saya bercadang untuk menyimpan sedikit dinar dirham untuk masa depan, manalah tahu kalau ada berlaku kekacauan  atau perang dan wang kertas kita tidak berapa laku lagi, sekurang2 kita ada back up dengan dinar/dirham. 

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.