Posts

Showing posts from August, 2011

WASIAT KEPADA ANAK2

Assalamualaikum . Wasiat kepada isteri dan anak2. Bismilallahi Rahmani Rahim, Alhamdulillah, saya telah menikmati kehidupan dengan sepenohnya. Rahmat, nikmat dan rezeki Allah telah begitu banyak diberikan kepada saya sehingga lafaz dan amalan syukur dan ibadah tidak dapat menandinginya. Dalam masa hayat saya cuba mengabdikan diri kepada Allah, walau demikian masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan ibadah saya. Oleh itu semoga selepas peninggalan saya, ilmu pengetahuan, anak2 dan harta yang saya tinggalkan akan terus dapat dimanfaatkan sepenohnya. Semasa hidup saya berusaha sedaya upaya untuk memberi kebahagian dan kesejahteraan kepada semua ahli keluarga dan juga saudara mara. Walaupun terdapat banyak kekurangan dan kelemahan, Mon dan anak2 patut bersyukur kepada Allah yang telah banyak mengurniakan rezeki kepada kita. Alhamdulillah, anak2 telah banyak mendapat pendidekan tentang ilnu dunia dan sedikit tentang ilmu akhirat. Kepada anak2 teruskanlah us...

Saya merindui Makkah

Image
Kami berempat iaitu saya, isteri dan anak2, Imtiaz dan Arief baru pulang untuk mengerjakan umrah diawal ramadan, tetapi sejurus sampai kerumah saya dan isteri sudah mula berbincang bila lagi hendak pergi keMakkah. Alhamdulillah kita diberi Allah SWT perasaan demikian kerana saya khuatir tidak berpeluang lagi kesana olih sesuatu sebab yang Allah sahaja mengetahui. Saya tahu ada juga insan kerdil yang baru sahaja balik haji atau umrah mengatakan ' never again' dan ada pula yang amat takut hendak mengerjakan haji walaupun telah mampu dari semua sudut. Kami sering berdoa ketika tawaf keliling kaabah dan melambai2 mereka ini untuk kesana saperti yang dilakukan olih Nabi Ibrahim dijabal Kobis. Dihadapan kaabah, banyak doa saya pinta kepada Yang Maha Esa, Maha Berkuasa dan Maha Pemurah untuk diri, keluarga, saudara mara dan rakan2. Saya juga banyak berdoa untuk pesakit2 saya, rakan2  pengujung facebook, blog dan website saya khusus untuk kesihatan dan mendapat zuriatan toiba...

Risau dengan Riba'

Image
Dalam Quran banyak kali disebut tentang makan riba itu satu dosa besar. Begitu besar kemunkaran riba saperti juga zina sehingga kita banyak kali diingatkan agar jangan mendekatinya. Bila saya imbas kembali segala jenis urusniaga, pelaburan dan simpanan wang dan harta yang saya jalankan, saya sekarang rasa risau sama  ada saya terlibat dalam riba' atau tidak. Pasaran kewangan hari dihantui dengan riba' yang menggila dan kini sedang melihat akibatnya. Amerika berhutang begitu banyak dan masih menambah hutang , dan mereka terus mencetak wang kertas dengan sewenang2. Lepas itu wang2 kertas ini akan menuju kenegara2 membangun termasuk negara kita dan mereka membeli aset kita untuk menukar wang kertasnya yang sebenarnya tidak ada nilai. Kita perlu berwaspada dengan tipu helah mereka. Lihat dan dengar berita terkini dinegara yahudi, sekarang ini mereka tidak putus berdemonstrasi melaungkan rintihan mereka tentang kenaikkan harga barang akibat inflasi. Ini semua kesan dari amalan r...

Seronok buka puasa diMakkah dan Medinah

Image
Selain buat ibadah umrah dibulan ramadan yang mana pahalanya saperti buat haji, satu keseronokan yang kita alami ialah berbuka puasa diMakkah dan Medinah. Kita berempat iaitu saya, isteri dan dua anak lelaki telah pergi umrah mulai 28hb july hingga 7hb ogos. Sempat puasa 3 hari diMakkah dan 4 hari diMedinah. Suasana berbuka memang  meriah, orang2 kaya arab banyak yang bersedekah untuk membiayai makanan untuk berbuka puasa. Masjid penuh dan kawasan luar masjih jadi sapert kawasan perkelahan terbesar. DiMakkah kita berbuka dikawasan luar dan berserta ratusan ribu manusia dari seluruh pelusuk dunia. Memang seronok, kita bawa kurma dan air saja setakat untuk buka puasa, tapi jiran kita satu keluarga arab menyediakan berbagai juadah dan mereka berkongsi makan dengan kita, sungguh murah hati mereka.Sabenarnya kita akan berbuka dihotel dengan berbagai makanan yang dihidangkan sabagai buffet, tapi kita tidak tergamak menolak pelawaan mereka. Kita pun makan bersama mereka. Lazat sun...