Posts

Showing posts from July, 2011

Menfaatkan apa yang kita ada

Enjoy What You Have "Even the most mundane objects are things of wonder, if we stop to look at them, and the fact that we are alive is the biggest wonder of all." ~ David Fontana The address of your happiness is www.your.mind. The only source of happiness – and unhappiness – comes from inside yourself. Happiness is an attitude . You either make yourself miserable, or happy. Choose to be happy. It is easy! Don't envy what others have and enjoy what you have, enjoy every moment of your life.   Don't wait for outer circumstances to make you happy, be happy now and always . Learn to enjoy and enjoy learning . Keep smiling at your fate, and your fate will smile back at you. "Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored...

Menuntut Ilmu sepanjang hayat

Image
Dari boyan sampai keliang lahad itulah jangka hidup kita yang patut dipenuhi dengan ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia mahu pun akhirat. Hujung minggu pada 9 -10 July saya dan isteri  berpeluang menyertai tazkirah keluarga Rogayah Ngah/ Haji Abd Halim Don dirumah keluarga Dato Ngah di Tangkak Johor. Tidak jauh dari kampong saya di Muar. Untuk majlis ilmu ini pihak pengajur , Amiruddin B A Halim  menjemput seorang ustaz yang terkenal dikaca TV 9 dalam progran 'Tanyalah Ustaz', iaitu Ustaz Dr Abd Basit B Hj Abd Rahman dari Kelantan. Majlis tazkirah ini dihadiri olih anak2 , menantu2 dan cucu2 arwah Dato Ngah. Sambil menimba ilmu dari seorang ustaz, kita tidak  putus2 dijamu makan , sungguh mesra dan berkat rumah tersebut. Kebetulan buah durian sudah mula gugur, wah seronok kita makan durian dari baka yang baik2 - D24 , 101 etc. Kacang tanah rebus juga dihangkan, fresh dari kebun, sedap rasanya. Shafiee adik puan Rogayah ditugaskan menjaga kebun2 dan ternakan yang d...

Kalau hendak kaya

Image
Get Rich Slowly Kurangkan belanja . Kerja keras untuk tingkatkan pendapatan, simpan dan kurangkan belanja. Potong perbelanjaan yang tidak penting. Belanja untuk benda2 yang essential dalam kehidupan. Sering kita belanja ikut perasaan atau 'on impulse' . Kita  beli sesuatu barang kerana ia murah ketika ada 'sale' sedangkan hakikat sebenar kita tidak memerlukan barang itu. Inilah satu bahaya amalan buat 'window shopping' tanpa tujuan tertentu dan tidak ada sinarai barang2 penting yang perlu dibeli. Satu lagi bahaya besar ialah berbelanja menggunakan 'credit card'. Ini adalah satu kaedah hutang yang  bolih menjerat leher kita jika tidak dikawal. Bagi saya credit card hanyalah untuk memudahkan urus jual beli saya dan setiap bulan saya selesaikan semua hutang untuk bulan  sebelumnya. Pihak bank menberi kita bayaran minima yang perlu diselesaikan, tapi perlu di ingat baki hutang akan dikenakan faedah 1-2% sebulan (12 - 24% setahun). Mana ada bank yang be...

Saya sungguh terharu dengan kepercayaan

Image
Saya sungguh terharu dengan kepercayaan seorang pesakit terhadap kemampuan saya merawat beliau secara pembedahan. Bukan senang untuk membuat keputusan untuk menjalani sesuatu pembedahan, lagi2 saperti pesakit ini yang telah menjalani 3 kali pembedahan sebelum ini. Sekali untuk kehamilan luar rahim (dalam saluran fallopian) yang memerlukan saluran itu dipotong dan dibuang. Pembedahan kedua disebabkan tumbuhan cyst pada ovary yang terpintal (twisted ovarian cyst) dan ovary tersebut juga telah dipotong dan dibuang. Kedua2 pembedahan itu dilakukan ditempat lain dan bukan saya yang melakukan. Pembedahan ketiga saya lakukan disebabkan kehamilan pada saluran fallopian yang satu lagi. Dalam pembedahan itu saya selamatkan saluran,  hanya setakat buang kandungan 'ectopic' sahaja untuk beri peluang dia hamil lagi. Memang betul dia hamil lagi tetapi juga dalam saluran yang sama. Kali ini ia masuk hospital lain dan doktor disana  hendak bedah tetapi kemunkinan saluran itu bersama ova...

Jasa orang tua sentiasa dikenang

Image
Mak Yam (84 tahun)  dan Mak Wa Yah (92 tahun) - gambar pada 2 hb July 2011 . Mak Yam yang membela dan membesarkan saya. Mak Wa Yah telah membela dua anak saya Imtiaz dan Lily Suraya ketika saya melanjutkan ijazak kepakaran di England pada tahun 1974 -76. Ini Mak Wa Yah sedang layan Lily ketika isteri saya sedang sakit dan dimasukkan dihospital Southampton Mak Wa Yah bersama kita bercuti di Wales 1975                                                                  SMILE Kita semua perlu perlindungan untuk keselamatan hidup. Sebaik2 perlindung ialah Allah SWT. Kita berdoa setiap hari dalam setiap solat, memohon Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang semoga kuat iman , sihat badan dan murah rezeki. Setiap sesuatu yang kita pinta mestilah disertai dengan usaha, berkerja membantung tulang dan menggunakan ...