Jangan salah guna kuasa



Pergolakkan yang sedang berlaku diTimor tengah khususnya dinegara2 arab yang pemerintahnya terdiri dari orang islam yang telah dan akan mengorbankan banyak nyawa yang sebahagian besar dikalangan orang2 yang tidak berdosa sepatutnya memberi iktibar kepada kita semua dimalayasia yang kita cintai. Tetapi sifat tamak kuasa dan harta serta bongkak dan sombong diri terutama dikalangan pemimpin dan orang2 disekitarnya akan menjerumuskan negara kearah kehancuran. Saya sangat khuatir wabak ini akan merebak kenegara kita.

Marilah kita bersatu menuju satu jalan yang diredai Allah SWT, tidak mengira apa bangsa dan agama. Pemerintahan yang adil dan seksama dan berjiwa rakyat menjadi teras perjuangan. Basmikan semua perbuatan untuk cepat kaya. Jangan amalkan 'cakap tak serupa bikin' Allah SWT sangat marah terhadap gulungan ini (surah AsSaf)

Updated 6 may 2015

Tabung Haji dan 1MDB

Pergolakkan dan percakaran politik yang sedang berlaku dinegara kita malaysia akan merugikan orang melayu khususnya dan islam keseluruhannya.

1. Pemimpin2 politik, pentadbiran , perniagaan, masyarakat dan kaum serta pemimpin2 keluarga dan agama perlu berlaku adil dan seksama dalam melaksana segala urusan. Jangan pentingkan diri dan jangan salah guna kuasa serta rasuah.

2. Kehancuran umat islam sudah jelas kelihatan dengan tindakan bertalu2 media barat menghina dan memburukkan islam. Disebalik serangan2 tersebut adalah tangan2 yang terselindung bangsa angkuh yahudi.

3. Hanya satu senjata sahaja yang bolih menangkis serangan bertalu2 dan ganas pihak kristian dan yahudi terhadap islam iaitu IMAN DAN TAQWA sahaja. Kembalilah kepada quran dan sunnah saperti yang dipesan Rasulullah dalam khutbah wida' baginda di jabal rahmah makkah.

4. Carilah jalan2 penyelesaian yang bolih menyatukan kita bukan jalan2 yang memecah belahkan umat islam dan bangsa melayu. Jangan terlalu rakus terhadap kuasa dan tamak haloba terhadap harta.





Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.