Satu pengalaman pahit

Saya tidak sangka satu tujuan murni hendak tolong kawan dalam niaga, dalam hati sebenarnya hendak tolong bumiputera bekecimpung dalam dunia perniagaan. Ini berlaku lebih sepuloh tahun lepas; saya namakan kawan ini sebagai SS dan syarikatnya TT. Saya anggap SS seorang entrepreneur yang berwibawa, malah sejak dia diuniversity lagi dia sudah buka satu pusat jagaan dan didekan kanak2 dan perniagaannya berjaya, Ketika dia jumpa saya untuk berkenalan dan mohon bantuan teknikal , saya masih lagi Ketua Pengarah LPPKN. Dia impressive dan bersemangat.kita beri bantuan teknikal kerana ketika itu LPPKN juga sedang memperkembangkan konsep child development yang saya namakan 'Timang'

Satelah habis kontrak saya dengan LPPKN, saya mulakan 'private specialist practice' diPlaza Damansara, Bukit Damansara mulai bulan february 1989. Alhamdulillah berkat tekun kerja , bisnes saya lumayan dan saya mampu membiayai anak2 saya belajar diluar negara dengan belanja sendiri. Apabila kita dilihat olih orang lain agak selesa sedikit, mula lah datang orang berduyun2 , yang hendak berhutang , ada yang hendak pinjam duit untuk melabur diASB, masha Allah, ada yang kata tersepit dengan berbagai situasi dan perlu wang untuk selesai masalah, sampai sekarang, ramai masih berhutang dengan saya , kesemuanya bernilai tidak kurang RM500 ribu, banyak yang tidak mahu bayar, berdolah dalih dengan berbagai alasan ,tapi tidak mengapa, saya harapkan diakhirat nanti Allah akan memberi ganjaran yang lebih baik.

Balik kepada cerita SS, lama juga tidak mengunjungi saya, munkin dia pun sibuk dengan syakitat guamannya dan bisnes lain termasuk hartanah. Satu hari, tak silap dalam  12 tahun lepas dia datng keklinik saya dan mengajak saya melabur disyarikat membuat parts untuk penghawa dingin; nama syarikat TT, SS tubuhkan syarikat ini bersama lima orang rakan dan mendapat sokongan dari PUNB. SS minta saya melabur RM 250K, saya ini sangat mentah atau naive dalam bidang bisnes dan percaya dengan SS , jadi terpengaruh dan terus melabur. Saya bukan tahu sangat selok belok koperat, jadi pak turut, fikirkan syarikat ini bolih tumbuh dan membesar saprti lain2 syarikat yang dikendalikan olih bangsa asing.

Syarikat TT mengambil hutang untuk jalankan bisnes, saya pun turut tanda tangan saperti 6 orang pemilik saham yang lain. Urusan bisnes semua diuruskan mereka. Rupanya syarikat ini mempunyai banyak persamaan dengan syarikat2 bumiputera yang lain dari segi kecekapan pengurusan kewangan dan perniagaan. Saya tidak pernah melihat akaun tahunan yang untung , sentiasa rugi. Sapatutnya saya sudah mohon keluar bila petanda2 tersebut telah kelihatan , tapi sebab kejahilan saya sendiri, saya terus ikut hangut.

Tiap kali syarikat tidak cukup duit , untuk bayar gaji dan EPF , saya kena keluar duit. saya anggar saya kena bayar lebih RM 100K untuk mengatasi kepincangan urusniaga syarikat TT . Lepas itu, syarikat terpaksa gulung tikar dengan hutang lebih RM 2 juta. Nila aset dari kilang dan peralatan hanya dapat dijual dengan nilai RM1.7 juta  sahaja, masih ada lagi RM500K hutang, sapatutnya dibahagikan antara 7 orang pemegang saham untuk dibayar kepada institusi kewangan. Tiba2 ke6 orang pemegang saham isytihar mereka muflis/bankrupt untuk elak bayar hutang. Muflis didunia munkin tidak ada kesan pada diri, tetapi kalau muflis diakhirat, Allah sahaja yang tahu akibatnya. Saya berlindung dengan Allah dari jadi muflis.

Saya terpegun, saya tidak bolih ikut jejak mereka, implikasi seorang yang muflis amat buruk sekali. Saya tepaksa tanggung hutang seorang diri, mujurlah institusi kewangan tersebut beri diskaun RM 100K, jadi saya kena selesai RM400K dalam jangka tempoh 6 bulan. Allahu akbar, Dia yang Maha Kuasa , yang menetukan segala2. Saya redha dengan cobaan ini, Allah Maha mengetahui hikmah disebalik insiden ini. Saya berlidung kepada Allah dan mohon kekuatan dan kemampuan untuk membayar hutang yang dimulakan olih segelintir orang.

Comments

  1. As salam Prof, saya terpanggil utk beri komen di sini, sebab saya dan company saya juga pernah berada dlm situasi Prof, ditipu dalam bisnes. Kerja sudah selesai dibuat tapi baki bayaran kpd kami sebanyak 35k masih lagi tidak dibayar dan ia menyebabkan bisnes kami hampir gulung tikar. Pelbagai tindakan sudah diambil termasuk tapi dia menghilangkan diri. Kami mmg berdoa hanya Allah shj yang akan membalas perbuatan dia pd kami. Sehingga hari ini, ia jadi iktibar kerana kami masih lagi gagah untuk membina perniagaan kami dan jadi contoh kpd anak melayu yang lain. Kalau rajin, Prof boleh layari web kami di www.javareka.blogspot.com. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.