Dunia bercelaru ankara perosak





Banyak kali Allah SWT mengulang dalam Al Quran tentang kerusakkan dunia akibat perbuatan manusia perosak. Ugama telah dirosakkan dari semua penjuru , umat berpecah belah, masing2 berebut kuasa dan harta dengan tamak , hukum ugama dan etika dilanyak dan tidak dihomati lagi, alam sekitar tercemar dengan berbagai2 toksin yang kita hidu setiap hari, terbaru ancaman radioaktif. Gunung ganang dan hutan rimba digondolkan, dataran laut disedut semua cecair hitam/minyak akibatnta gempa bumi disana sini. Manusia berbunuhan untuk merebut kuasa , amalan salah guna kuasa  untuk kepentingan diri dan menganyai , menzalimi serta menindas orang lain amat berluasa.

Mana tempat yang selamat dan nyaman untuk kita hidup untuk menyembah dan beribadat kepada Pencipta kita Allah SWT ? Dimana2 kita berada kita kena 'bombard' bertalu2 dengan berbagai kemunkaran samada melalui media electronik, TV , radio, internet . dijalan raya, pasaraya tidak kira diman sahaja ada perkara2 yang merosakkan iman kita. Saya pernah dengar ada satu hadis Rasulullah yang bermaksud, akhir zaman kelak sukar untuk seseorang beribadah dengan khusuk ditempat kediamannya. Munkin kita kena pergi jauh keluar bandar, kehutan atau kegua.

Banyak campur aduk antara yang benar/hak dengan yang batil. Perkara haram dan munkar digambarkan sebagai tidak berdosa melakukannya. Berzina dan bersekedudukan digambarkan olih media barat sebagai perkara biasa. Riba sukar dikawal kerana kita ikut sistem kewangan yahudi. Penagih dadah semakin membiak sehingga mengancam keselmatan orang ramai. Peragut, perompak dan penyamun semankin mengila2 dan bermaharaja lela.

Terpenting sekali kita kena jaga diri kita dan keluarga kita dari api neraka. Masalahnya ramai yang tidak mampu jaga diri sendiri pun kerana enggan mengisi dada dengan ilmu dan melatih tangan dengan kemahiran, malas belajar , malas berusaha dan berkerja. Bina minda dan terus bergerak kehadapan.

Mari kita berhijrah kepada kebaikkan, amar maaruf nahi munkar.

1. Ubah minda atau pemikiran kita . Hilangkan subsidy mentality. Basmi angan2 hendak cepat kaya.
Berfikir secara kreatif , cetuskan innovasi, fikir kedepan dan positif.
Berfikir untuk membina sesuatu - bisnes, perusahaan, kilang, institusi dan lain2.
Berkerja dan berusaha untuk mecapai kepuasan dan keceriaan.

2. Basmi sikap menunjuk2, riak, sombong, bangga diri dan melaram.
Terbaik bersikap tawaduk, rendah diri, ikut resmi padi - semakin tunduk semakin berisi, jangan ikut resmi lalang - menjalar keatas tetapi kosong.

3. Bila diberi tugas dan tanggung jawab , laksanakan dengan amanah, telus, lapang dada dan accountable.
Budayakan amalan mencatit segala pendapatan dan perbelanjaan. Dan ambil masa untuk mengkaji dan memperbetul.

4. Laksana segala tugas secara profesional. Tingkatkan ilmu dan kemahiran kita setiap masa. Pelajari terus menerus. Jangan segan bertanya.
Jangan tangguh (procrastinate) kerja.

5. Perlu ingat hidup didunia ini sementara. Setiap kesalahan dan kemunkaran pasti ada hukumannya. Kita terlepas hukuman didunia, hukuman lebih berat , dahsyat dan berkekalan menanti kita diakhirat.
Jadikan destinasi kita syorga al jannah yang berkekalan untuk kita.


Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

YAYASAN JABAL NUR

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.