Diari Pak Bidan

Khamis 12 hb june 2014


Saperti biasa hari bermula dengan sessi bedah dihospital Pantai Bangsar. Saya telah ikuti rutin ini selama 25 tahun dan insha Allah akan terus berkhidmat .
Kali ini saya akan lakukan 5 pembedahan laparoscopy untuk meyelesaikan berbagai masalah penyakit dalam peranakan. Kes pertama ada endimetriosis stage 1 dalam saluran falopian melekat pada ovary. Sudah diperbetulkan.
Penyakit endometriosis dan PCOS merupakan penyakit utama yang menghalang kesuburan wanita. Pembedahan laparoscopy merupakan salah satu option bagi merawat kes2 tersebut. Pesakit2 perlu mengubah tabiat dan caragaya hidup khususnya mengawal pemakanan, rehat yang cukup dan amalan exercise sekurang2nya 30 minit setiap hari.
Alhamdulillah kesemua 5 kes bedah laparoscopy telah selesai dengan selamat pada pukul 12.30 ptg.
Mula 2.30 ptg nanti saya perlu periksa 15 pesakit yang telah buat temu janji.
Beberapa pesakit mengalami edaran haid yang  berpanjangan dan tidak menentu dan bimbang tidak dapat puasa serta menfaatkan ramadan sepenuhnya. Saya beri mereka makan pil norculut 2 biji waktu sahur dan 2 biji ketika buka dari awal ramadan hingga akhir. Insha Allah dapat puasa penuh sepanjang ramadan.

Sesi bedah ' day surgery '

Rabu 11 hb june 2014
Setiap hari rabu saya melakukan pembedahan di pusat day surgery. Biasanya setiap sessi saya bedah 4 pesakit. Hari ini salah seorang yang buat booking tiba2 tarik diri tanpa notis - ini satu amalan yang tidak baik. Jika hendak tangguh atau cancel sebaiknya beritahu  kita 2 minggu sebelumnya untuk kita gantikan orang lain yang ramai menunggu.
Dengan takdir Allah seorang pesakit datang mohon bedah serta merta kerana tidak tahan menahan sakit dalam rahim setiap kali dia haid. Umor 48 tahun dan telah punya 3 orang anak , kesemuanya lahir secara bedah cesarean dan terakhir cesar diikat saluran falopian.
Saya kesan melalui scan rahimnya bengkan macam 3 bulan hamil , penyakit adenomyosis. Alhamdulillah saya telah lakukan bedah buang tumbuhan tersebut.
Seorang pesakit ada tumbuhan fibroid besar ukuran 10 x 10 cm. Saya lakukan bedah myomectomy untuk buang fibroids.
Pesakit ketiga ada ovarian cyst ( endometriosis) ukuran 4 x 3 cm. Saya bedah melalui laparoscope.
Pesakit ke4 ada PCOSdan saya buat laparoscopic drilling melalui laparoscope.
Jul. 8, 2014

Hari minggu berkebun

Sabtu 14 hb june 2014.
Berkebun merupakan exercise yang sesuai untuk saya. Saya tak main golf. Disekitar kawasan rumah saya taman berbagai herba, sayur2 dan pokok buah2 terutamanya buah susu atau markisa yang mana buahnya banyak mengandungi khasiat dan vitamin C.
Saya juga tanam pisang, betik, kelapa, mangga dan tebu. Saya kupas kulit tebu untuk kuatkan gigi saya dan juz tebu memang sedap.
Pokok manggis saya sudah hampir 20 tahun umurnya, tapi mandul tidak pernah berbuah. Juga 2 batang pokok mangga sudah bertahun2 juga tidak berbuah. Sudah tabur baja buah tapi tidak berkesan munkin ramai yang punya idea macam mana nak paksa pokok2 saya berbuah. Kalau manusia mandul saya ada idea dan kaedah merawat. Tapi pokok2 mandul saya perlu minta tolong para doktor2 pakar pokok. Harap beri sumbang idea.
  • Daun sireh banyak guna

  • Bela ikan talapia. Ikan makan daun2 mulberry, markisa daun ubi kangkong bayam dd

  • Taman herba

  • Buah susu atau markisa

  • Laman

  • Buah ajaib. Bila dimakan lepas itu semua buah2 masam jadi manis.

Jul. 5, 2014

 

Sabtu 21 hb june 2014
Setelah beberapa bulan berkerja dengan kesibukkan dan kepadatan masa, saya rasa lega sedikit dapat berehat serta bermain2 dengan cucu2. Seminggu ini saya dan isteri akan bersama2 meraih kebahagian dan kegembiraan sambil memperkukuh ikhwah dan silaturrahim dengan kawan2 diPerth.
Penting bagi kita semua untuk mengiratkan dan memperkukuh silaturrahim dengan ahli2 keluarga dan umat islam dimana saja berada. Dunia sekarang tanpa sempadan dan umat islam telah bercambah dimerata pelusuk dunia. Untuk dapat makanan halal pun mudah berbanding tahun2 tujuh puluhan dulu ketika saya buat postgraduate di UK dulu. Syukur kepada Allah kerana membiakkan umat islam dan memudahkan segala urusan kita.
Anak bungsu saya Safia telah bernikah dengan jejaka australia Tony dan kini punya dua orang anak, Zara dan Noah. Saya dan isteri sentiasa berdoa agar anak2 dan keturunan kami kuat iman dan taqwa serta mendirikan solat. Kami punya tanggung jawab untuk mentarbiah menantu kami kerana dia seorang mualaf.
Berat juga beban ini dan disamping berdoa kepada Allah kita perlu ambil langkah untuk mendekatkan menantu saya dengan islam. Kadang2 saya mohon kawan2 islam diPerth untuk membantu saya. Sangat penting bagi menantu saya untuk mendapat hidayah dan motivasi mempelajari serta menghayati islam. Bila kami berkunjung kesini saya ajak beliau solat dan berpuasa bersama. Semoga Allah terus sayangkan beliau dan diberi petunjuk kejalan yang lurus dan diredhaiNya. Aamin.

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

YAYASAN JABAL NUR