AZAM 2014



Saya percaya ramai diantara kita yang telah membuat azam baru bagi tahun 2014.
Saya juga tidak ketinggalan dan berazam untuk membaikki diri saya.

1. Meningkatkan keikhlasan dalam semua amal ibadah terhadap Allah SWT.
Ikhlas dan telus dalam semua urusan dengan semua gulungan manusia.

2. Membantu kepada mereka yang memerlukan dalam bentuk nasihat, bimbingan, kewangan dan tenaga sekadar kemampuan saya.

3. Menfaatkan ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran, pengalaman dan hikmah (wisdom) yang ada pada diri saya dengan menyebarkan dan berkongsi dengan orang lain.

4. Membuat amal jariah sebanyak yang saya mampu keatas rezeki yang Allah telah kurniakan kepada saya dan keluarga saya. Semoga mendapat keberkatan.
Berhemah ketika berbelanja tanpa pembaziran. Simpan seberapa banyak yang bolih.

5. Meningkatkan mutu khidmat kepakaran kepada pesakit2 dalam bidang kesuburan dan kesihatan wanita. Saya akan terus menimba ilmu dan tingkatkan kemahiran.
Mengadunkan perubatan moden, islam dan alternatif.

6. Meningkatkan silaturrahim dan merapatkan hubungan serta komunikasi dikalangan keluarga, saudara mara, rakan dan kawan serta semua manusia sejagat.
Akan cuba hubungi kawan2 lama disekolah, kolej RMC, Universiti Malaya dan UKM.

7. Membaikki akhlaq diri saya kearah taqwa, tawaduk, penyabar, dan pengampun. Lebihkan senyuman, bercakap lunak dan sentiasa berusaha memberi keceriaan kepada orang lain. Mudah berkawan tanpa mengira darjat.

8. Membaikki bacaan dan fahaman quran. Menambah surah2 hafalan. Semoga bolih jadi hafiz sebelum menghembuskan nafas terakhir.

9. Memantapkan caragaya hidup yang sederhana dan simple. Tidak menunjuk2 atau angkuh.


9. Mengurus masa dengan cekap tanpa disia2kan. Tidor awal pada pukul 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Guna masa selingan untuk baca quran dan menimba ilmu dari internet, smart phone amat berguna


10. Baikki mutu pemakanan kepada yang berkhasiat dan berzat untuk lebih sihat dan bertenaga. Lebihkan sayur2 ulam salad dan buah2. Kurangkan daging dan lebihkan ikan.
Teruskan supplements - multivitamins, vit E dan C, Nufocus, NuRev, Q10, fish oil, calcium, lipocarn.
Minum green /chinese tea.

11.Teruskan hobby gardening  sebagai exercise utama untuk saya. Waktu pagi sebelum kerja dan sedikit masa waktu petang dan pada hari2 hujung minggu saya berkebun. Banyak tumpukan menanam sayur2 dan herba.

12. Berusaha menubuhkan Yayasan Hj Arshat bertujuan menggalakan serta membimbing keturunan kita mencapai cemerlang dalam pelajaran dan berjaya dalam kehidupan.

13. Menggerakkan program dan aktibiti2 Yayasan Jabalnur agar tercapai tujuan dan visi Yayasan yang telah lama ditubuhkan.  Semoga dipermudahkan dan diberkati Allah SWT segala yang saya cita2kan.















Comments

  1. Terima kasih Dr atas perkongsian di blog dan FB yang dapat dijadikan 'model' kepada pembaca. Semoga azam 2014 Dr dimakbulkan Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. Azam yg sgt berguna untuk saya sendiri manfaatkan... Moga doct. dpt mencapai segala impian doct. di tahun ini... TQs kasih dgn perkongsian dr. doct.

    ReplyDelete
  3. Salam Dokte.Saya dan Mama adalah peminat setia Dokte.Saya bole tau ckit ttg Dokte dari Mama.Saya ada something nak tanye Dokte..Saya kini di sahkan pregnant 7 weeks.Saya nak tau betul ke saya pregnant 7 weeks.Sebab saya tak tau camne nak kira.Ni 1st baby.Saya last dtg period pada 4 Nov hingga 10 Nov 2013.Period bln Dis takde dtg la.Harap Dokte le bantu saya.From Ellis Klang Umur 31

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Umur kandungan dikira dalam minggu. Cukup bulan atau EDD ialah 40 minggu. Edd anda 11 hb ogos 2014.
      Sekarang hamil 8 minggu lebih.

      Delete
  4. Pastu saya nak tanye ckit lagi semasa pregnant bole ke kalau nak having sex dgn suami.Kandungan dah bape bln baru bole? Sebab sekarang saya mengalami alahan dlm bentuk gastrik + perut kembung + rase sengkak dan pedih perut + rase nak muntah tapi tak nak keluar.huhu Pastu susah nak tido di malam hari.Saya dah pegi klinik amik ubat.Dokte cakap dlm 2 weeks akan jumpe saya lagi.Kalau takde kurang nak kasi drip kat saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua itu gejala biasa awal kandungan. Akan pulih lepas 3 bulan hamil.
      Hubunga seks bolih tapi sebaiknya tidak bertindeh.

      Delete
  5. As Salam doktor. Saya pesakit doktor 13 tahun lepas. Atas usaha doktor & izin dari Allah, saya disahkan mengandung selepas 2 kali datang berjumpa doktor untuk rawatan 13 tahun yang lepas. Sekarang anak sulung dah berusia 12 tahun. Dan selepas itu tiada masalah untuk mengandung dimana saya dah ada lagi 4 orang dimana jumlah semua sekali 5 orang anak, walaupun dalam keadaan period datang 2 atau 3 kali setahun. Hanya Allah sahaja dapat membalas segala jasa baik doktor. Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak2 bersyukur dan segala pujian bagi Allah SWT

      Delete
  6. As salam doktor, azam doktor sgt bagus dan sy berharap segala azam itu dipermudahkan dan diberkati oleh Allah. Jadi, saya pun nk jadikan sebahagian azam doktor ni sbg rutin harian sy jgk,hehe..Untuk pengetahuan doktor, sy akan berjumpa doktor dlm masa terdekat ini (9 haribulan) utk pemeriksaan kesihatan kesuburan. Diharap doktor dapat menerima sy sbg pesakit doktor. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. As salam dr...
    semoga berada dalam kesihatn yang baik dan dapat mengerjakan umrah dengan tenang dan di anugerahkan Allah SWT umrah yg Mabrur...Saya nak bertanya sedikit dgn Dr. berkenaan Umrah 'free and Easy' yg telah Dr. lalui.. dengan ajen mana Dr. berurusan untuk dapatkan Visa Umrah dan berapa bayaranye.. Semasa sampai di Madinah mcm mana kita nak tau wakil muasasah kita... adakah wakil muasasah mmg akan tunggu kat airport Madinah... Saya teringin utk pergi kali kedua Umrah dengan cara Dr. tapi saya mmg x pandai cakap arab.. boleh jadi masaalah besar ke.. klu kita tak boleh berkomunikasi bahasa Arab... setelah Dr. lalui Umrah secara 'free and Easy'... harap Dr. boleh memberi Tip tip yg boleh saya jadikan panduan utk diri saya dan suami... Terima Kasih Dr... semoga segala ilmu yg di kongsi bersama beroleh keberkatan selamanye...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar