Mengurus diri sebagai warga mas



Tidak lama lagi umor saya 68 tahun. Syukor Alhamdulillah kerana dikurniakan umor , kesihatan , keimanan serta kebahgian hidup serta rezeki yang mencurah2. Bila sudah melebihi umor 60 tahun , kita dikatogerikan sebagai 'warga mas'. Berbagai masalah sering timbul saperti penyakit2 chronic - kencing manis, darah tinggi, penyakit jantong, stroke atau angin akhmar, penyakit kanser dll.
Bila sudah lanjut umor saya merasai anggota saya khususnys otot dan ligament jadi lemah, lutut kanan saya ditimpa arthritis dan leher  saya dilanda cervical spondylosis, akibatnya sakit leher dan sukar nak pusingkan leher. Ramai warga mas yang sering mengalami 'jatuh' menyebabkan patah tulang atau maut kerana  cedera kepala.Emak saya yang berumor 86 tahun memang tidak bolih stabil bils berdiri dan berjalan dan saya amat bimbang jika ia jatuh. Dia guna tongkat untuk bantu dan juga kerusi roda jika perlu jalan jauh.
Dalam umor lanjut emosi mudah terganggu menyebabkan kemurungan kesedihan kesepian dan kadang mudah lupa kerana memory terganggu.

Ramai warga mas yang dhaif dan lemah yang perlu bantuan bukan sahaja dari segi material, malah lebih penting ialah bantuan dan sokongan dalam bentuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk mengurus diri agar dapat menghabisksan sisa hidup dengan selesa dan berkualiti.

Teras Program

1. Membentuk dan melaksana program untuk mengajar dan membimbing warga mas yang mengidap penyakit2 chronic supaya dapat mengurus diri agar rawatan doktor menjadi lebih berkesan dan dengan itu dapat menikmati tahap kesihatan yang lebih baik.
2. Membentuk program bagi mecegah warga mas jatuh yang bolih menyebabkan kecerdaan atau kematian melalui pemulihan dan memperkukuh anggota dan otot2.
3. Membentuk program untuk menstabilkan emosi dan menguatkan iman serta meningkatkan  keceriaan warga mas.

Comments

Popular posts from this blog

My Biodata / CV/ Curriculum Vitae

Pesanan kepada anak2 dan cucu2.

Masa depan doktor2 lebih mencabar