Jumpa saudara islam di Viet Nam
Gambar isteri saya (tengah), dikiri Arfah (dari Singapore) dan kanan emak Asraf/Arafah
Saya dan isteri sengaja pergi Vietnam untuk tengok dan jejak kaki disana, tak ada tujuan tertentu, kita belum pernah kesana. Tapi kita dengar ramai orang malaysia suka pergi kesana dan ada yang beli belah kerana pakaian dll murah harganya, malah ada yang berniaga. Dimana2 saya pergi pemandu pelancung dibanyak negara berkata orang malaysia suka 'shopping'.
Kita ni sudah diambang senja, bila melawat sesuatu negara bukan bertujuan membeli belah , tapi hendak kenal penduduk dan budayanya termasuk ugama. Kita pergi sendiri tanpa guna ejen pelancungan, booking flight dan hotel sendiri. Jadi bila sampai kehotel kena tanya kpd tour agency dan dapatkan maklumat. Tapi kita tidak ikut mereka, pada hari esoknya kita sewa satu kereta dengan pemandunya untuk 'city tour' selama 8 jam dengan harga USD 60, ok lah kita bolih guna utk pergi kemana2 untuk tempoh waktu tersebut.
Salah satu tempat kita kunjungi ialah Museum Ho Chi Min yang mempamerkan kisah riwayat hidup pejuang pembebasan tersebut. Selama ini kita dipesongkan fahaman olih media barat yang Ho CM ini orang jahat, tapi sebenarnya dia pejuang pembebasan yang berjuang melepaskan negaranya dari cengkaman Perancis dan USA. Ho CH banyak menjelajah ke banyak negara, tidak kurang dari 12 dan bolih bertutur 4 atau lebih bahasa termasuk perancis dan inggeris. Demi berjuang untuk negara ia hidup membujang hingga akhir hayatnya (72 tahun) pada 1969.
Lepas city tour kita terus ke restaurant islam 'Samsudin' dan makan disitu. Kebetulan disitu kita berjumpa dengan pasangan suami isteri dari Singapura ( Azman dan Arpah) dan mereka bersama seorang ustaz dari vietnam (negara asalnya Cambodia, keturunan campa , memang dari keturuanan islam) beranama Arafath , gelarannya 'Asraf', beliau pernah belajar diMalaysia , malah pernah jadi peserta program imam muda anjuran Astro.
Gambar atas - Saya , Azman, isteri saya Maimunah dan isteri Azman, Arpah makan direstoran islam
Gambar atas - Asraf dan saya
Pada hari Asraf bawa kita ke Cu Chi tunnel tempat perjuangan viet cong menentang tentera amerika.Jauh juga tempatnya dari bandar Saigon perjalanan naik kereta 2 jam lebih, penat juga. Kita lihat dan lalui setengah dari terowong2 yang luas tapi tidak masuk terowong yang sempit dan gelap.
Asraf ajak kita peri kekampungnya dan kita sempat sembahyang zuhur dan asar dijamak dan qasar dimasjid kampong tersebut. Kita dibawa kerumahnya dan berjumpa emaknya, yang kelihatan amat muda walaupun umor melebihi 40 tahun, pada mulanya saya sangka kakaknya ( lihat gambar diatas). Sewa rumah mahal dan ramai penduduk islam tergulung dalam berpendapatan rendah. Tapi mereka hidup riang dan gembira.
Lepas itu kita dibawa kesatu kedai kain dan baju kurung yang bernama 'Basiroh' yang dipunyai olih ustazah Basiroh Ali, orang campa dari Cambodia tapi fasih bahasa melayu. Kedainya dipenuhi baju2 kurung dan jubah untuk wanita, ada sedikit baju melayu untuk lelaki. Ramai orang malaysia datang untuk beli dan ada setengah untuk berniaga kecilan. Kita beli sikit untuk kenangan. Sungguh maju perniagaannya dan kita doakan beliau berjaya.
Comments
Post a Comment