KAWALSTRESS
AWET SIHAT. KAWAL STRESS Setelah lama saya bertugas sebagai doktor dan telah merawat berbagai jenis penyakit, saya dapat merumuskan bahawa stress, (tekanan mental, emosi dan fizika)l merupakan penyebab dan pencetus utama bagi berbagai jenis penyakit, termasuk penyakit2 yang menyebabkan kematian mengejut, iaitu serangan jantung dan angin akhmar ( stroke ). Stress juga jadi punca sukar hamil dan mudah gugur. Saya ingin berkongsi cara2 saya tangani stress 1. TAWAKKAL. Saya sentiasa berdoa kpd Allah agar terus dikurniakan kesihatan kekuatan tubuh. Saya tawakkal kpd Allah sambil berusaha menangi stress. Saya redha dengan ketentuan Allah. 2. REDHA. Apabila ditimpa musibah, saya anggap sebagai ujian Allah keatas keimanan saya. Kita datang dari Allah dan akhirnya akan kembali kepadaNya. Saya cuba sabar dan melakukan solat serta mohon pertolongan Allah. 3. SABAR. Apabila kehilangan duit sebab ditipu, dicuri, diperas ugut, atau tercicir sebab lalai, saya cuba tahan sedih dan ma...