Posts

Showing posts from February, 2016

Hikmah umrah 2016

Image
Syukur alhamdulillah selesai umrah 2016 dan selamat pulang kerumah jam 2.30 pm hari selasa 9 hb feb. 2016. Saya memang selesa dengan umrah yang saya atur sendiri secara ' free and easy '. Alhamdulillah semua berjalan dengan teratur dan dipermudahkan Allah SWT. 1. Semoga dikurnia umrah mabrur.  Segala amalan dengan niat kerana Allah ( lillahitaala ) dan  dengan hati ikhlas serta tawaduk, insha Allah akan diterima dan diberi ganjaran setumpal. Saya redha apa yang Allah kurniakan. Semoga yang terbaik dan dikurnia syurga jannatun naim. 2. Bertemu kawan2 baru dan lama. Umrah kali ini telah menghasilkan penemuan rakan2 baru dan lama. Alhamdulillah dapat mengeratkan silaturrahim.               Mawi dan isteri           Dr Rozman, orthopedics at DSH.       Abu Talib dan keluarga.        Kusman Yandi dari Jakarta.             ...

Sempena 46 tahun pernikahan.

Image
Alhamdulillah hari ini 6 hb. feb 2016 genaplah 46 tahun saya dan isteri, Maimunah Ismail bernikah. Saya masih ingat hari itu hari cuti raya cina. Setiap kali hari raya cina kunjung tiba, kenangan kami terus menuju kearah pernikahan kita berdua. Ketika itu belum berkerja lagi, kenalah pinjam duit dari bapak untuk beli cincin, rantai, dan bayar mas kahwin. Alhamdulillah diberkati Allah. Gambar ini kita ambil pada 6 hb. february tahun 1970 selepas upacara akad nikah dimuar, johor. Upcara majlis perkahwinan mengikut adat dilangsungkan pada bulan december 1970. Gambar persandingan . Pengapit2 Mayah dan Alon. Arwah abah dan emak mertua pun seronok bersanding. Saya belum habis pengajian kursus kedoktoran bagi ijazah MBBS. Saya ditahun akhir dan saya dapat ijazah pada bulan april tahun1970. Isteri saya sudah graduate pada tahun 1968 dengan ijazah BA honours. Selepas berkerja setahun beliau ambil kursus Diploma of Education. Gambar diatas bersama2 bapak dan emak saya s...

Cermin dan muhasabah diri

Image
( Saya tulis diMakkah diantara waktu solat 30 jan hingga 5 feb 2016 ) Saya suka bercuti diluar negara bagi tujuan menziarahi anak2 dan cucu2, mengerjakan umrah atau melacung ketempat2 bersejarah dan berunsur islam. Saya berpeluang bermuhasabah diri dan menilai isyu2 diri, keluarga, saudara mara, rakan2, pekerjaan, ekonomi dan negara saperti pandangan burung (bird's eye view). 1.Muhasabah diri.   Bila dirumah dengan kesibukan kerja dan urusan rumah tangga pemikiran saya macam buntu. Ketika cuti saya dapat melihat dengan lebih jelas kedalam diri saya.  Adakah cukup bekalan saya untuk hidup berkekalan diakhirat? Saya sedar telah banyak buat dosa dimasa lepas ; saya banyakkan istigfar . Dosa kita kepada Allah walau macam mana besar, berat dan bertimbun2 banyaknya , Allah maha pengampun dan penyayang.  Yang saya sangat takut ialah dosa kita kepada manusia lain dan ada diantara mereka kita tidak kenali. Munkin kita telah mengumpat, memfitnah, menipu, berhutang d...