Mengurus masa dan sumber
Saya rasa 24 jam sehari semakin jadi pendek dan terlalu cepat berlalu. Tahun baru telah bermula dan saya rasa dengan sekelip mata sudah habis setengah bulan. Mengapa kita rasa begini sedangkan waktu sesaat pun tidak berubah. Kita terlalu disibukkan dengan berbagai2 aktiviti. Soalnya adakah semua aktiviti2 itu memberi menfaaat atau sia2. Tonton TV Satu aktiviti yang banyak buang masa ialah menonton television yang saya cuba elakkan hanya untuk dengar berita dan setengah program agama . Sering saya tonton waktu makan iaitu ketika sarapan makan tengah hari atau malam. Dengan cara ini saya tidak buang masa. Tidur malam Saya tidor awal biasanya sebelum pukul 10 malam tetapi jika saya terlalu keletihan saya tidor pada jam 9.30 malam. Saya bangun awal pada pukul 5 pagi untuk buat solat tahajud dan witir dan lepas itu pergi masjid untuk solat subuh. Sebelum tidur saya amalkan baca beberapa ayat quran seraya cuba memahami makna sekali, disamping saya cuba mempelajari sedikit perkata...