Dana Pendidekan
6 hb April 2014. Alhamdulillah , Allah SWT telah mengurniakan saya dan isteri dengan 10 orang cucu. Bulan january 4 hb tahun 2015 , insya Allah jika panjang umor saya akan mencapai umor 70 tahun. Bila bertemu rakan2 sebaya salah satu topik penting dalam perbualan ialah tentang cucu2 ( berapa orang , berapa umor dan dimana cucu2 duduk). Budaya kita masih kuat ikatan kekeluargaan, alhamdulillah inilah satu nikmat Allah dan kita harap ia akan berterusan. Ramai datuk dan nenek2 yang terlibat dalam penjagaan cucu2 samaada sepenuh atau sebahagian masa. Datuk dan nenek kerana terlalu sayang cucu sering dikatakan 'spoil' cucu2. Olih kerana 5 orang anak2 kita masing2 hidup dirumah dengan anak2 mereka, kami balik kepada asal tinggal dirumah berdua sahaja. Walau demikian 3 orang anak kami dan cucu2 yang berada diKL sering mengunjungi dan makan bersama kami. Jesteru tidaklah begitu kesunyian. Kami buat kunjungan keamerika setahun sekali dan kePerth australia 2 kali setahun. Alha...