Posts

Showing posts from September, 2011

Saya percaya dinar/dirham penyelamat kita

Pagi ini saya berpeluang untuk hadir ke majlis penerangan dan muamalat dalam matawang dinar dan dirham yang dianjurkan setiap pagi sabtu didewan masjid saidina omar alkhatab, bukit damansara, KL.mulai pukul 11 pagi sampai zuhur. Memang sangat bermanfaat bagi sesiapa yang ingin mengtahui tentang matawang emas dan perak (dinar dan dirham) dari sudut sejarah dan bagaimana mata wang kertas mulai mengambill alih peranan. Memang betul kita ini tertipu olih pihak2 tertentu kerana percaya sepenuhnya nilai wang kertas. Lepas itu ada wang plastik dan elektronik yang diniagakan atas angin tanpa kita merasai atau memegang bendanya. Saya sungguh tertarik kerana pada khir sessi penerangan kita bolih beli barangan yang dijual disitu dengan menggunakan dinar dan dirham. Saya beli madu dari Yemen dengan harga 4 dirham dan satu kotak homecooked scone dengan harga satu dirham. Klinik saya diPlaza Damansara, Bukit Damansara memang sedia menerima bayaran dengan dinar/dirham. Saya bercadang untuk me...

Kaya tapi rendah diri

Image
Unta pun bolih jadi kawan. Baru2 ini saya bersembang bual dengan kawan lama saya, berbangsa cina dikedai kopi mamak dekat rumah saya diBukit Damansara, sambil minum teh tarik. Disitulah kita sering jumpa kawan2 walaupun kita duduk dalam satu kampung. Seronok juga berbual kerana dia sekarang sudah jadi kaya raya tapi akhlaknya sangat baik, rendah diri dan caragaya hidup yang amat simple dan low profile. Betul macam resmi padi bukan saperti lalang. Mulanya kawan saya itu seorang guru biasa dan duduk di rumah teres tetapi disamping itu ia mula bergiat dalam perniagaan hartanah, jual beli rumah secara kecil2an. Sebelum ini memang sering juga jumpa dia dikedai kopi sekitar Bukit Damansara. Yang menakjubkan saya setiap kali saya jumpa dia, status ekonominya melonjak, dari rumah teres ia pindah kerumah semiD dan seterusnya banglow - ini 20 tahun dulu. Masya Allah alangkah baiknya jika dia itu seorang islam. Walau pun bertugas sebagai guru dia terus mempelajari serta menceburi tentang se...