Posts

Showing posts from April, 2011

Jangan salah guna kuasa

Pergolakkan yang sedang berlaku diTimor tengah khususnya dinegara2 arab yang pemerintahnya terdiri dari orang islam yang telah dan akan mengorbankan banyak nyawa yang sebahagian besar dikalangan orang2 yang tidak berdosa sepatutnya memberi iktibar kepada kita semua dimalayasia yang kita cintai. Tetapi sifat tamak kuasa dan harta serta bongkak dan sombong diri terutama dikalangan pemimpin dan orang2 disekitarnya akan menjerumuskan negara kearah kehancuran. Saya sangat khuatir wabak ini akan merebak kenegara kita. Marilah kita bersatu menuju satu jalan yang diredai Allah SWT, tidak mengira apa bangsa dan agama. Pemerintahan yang adil dan seksama dan berjiwa rakyat menjadi teras perjuangan. Basmikan semua perbuatan untuk cepat kaya. Jangan amalkan 'cakap tak serupa bikin' Allah SWT sangat marah terhadap gulungan ini (surah AsSaf) Updated 6 may 2015 Tabung Haji dan 1MDB Pergolakkan dan percakaran politik yang sedang berlaku dinegara kita malaysia akan merugikan orang mel...

Negara maju, minda, sikap dan perangai

Satu negara maju yang kita bolih ambil jadi  contoh ialah Jepun. Saya berpeluang melawat negara tersebut sebanyak 3 atau 4 kali, ada yang atas urusan resmi dan ada juga lawatan peribadi. Memang baik akhlak orang2 jepun; kalaulah mereka orang islam, sungguh baik dijadikan contoh untuk semua umat dunia. Kita masih  jauh ketinggalan, munkin taraf ekonomi setengah rakayat kita  sudah banyak meningkat saperti negara maju dan mereka hidup mewah, tapi sebahagian besar rakyat kita masih terkial2 hendak hidup. Ramai juga yang buat dua atau tiga pekerjaan untuk menampong sara hidup keluarga. Kita perlu mengubah banyak aspek pemikiran, sikap dan perangai kita jika  hendak mencapai ketahap negara  maju, bukan hanya dengan adanya bangunan2 yang tinggi mencakar langit. Perubahan sikap dan perangai perlu bermula dari ketua , sama ada diperingkat negara, masyarakat atau keluarga. Tetapi apa yang kita lihat sekarang kebanyakan peminpin2, politik, ketua2 jabatan atau syarikat ...