Tingkatkan ingatan/memory
Tun Dr Mahathir dalam umor 90+ masih tajam otaknya dan baik ingatannya. Apakah rahsianya? Dengan meningkat umor seseorang fungsi tugas organ2 penting dalam tubuh badan kita saperti jantung, hati paru2, buah pinggang dan lain2 semakin merosot. Begitu halnya otak kita; malah dalam quran juga disebut fenomenon ini beberapa kali. Bila tua seseorang jadi nyanyuk dan mudah lupa serta merosot sangat ingatannya. Kejadian penyakit alzheimer dan dementia meningkat ketahap 20 % dalam umor 70 an tahun keatas. Cuba kita lihat gelagat Tun Dr Mahathir yang hampir 90 tahun tetapi masih sangat tajam otaknya dan baik ingatannya. Apakah rahsia nya? Caragaya hidup. Berbagai faktor sekitaran saperti racun, bahan kimia, pencemaran udara, stress, pemakanan tidak seimbang dan lain2 merosakkan sel2 dan fungsi otak kita. Tetapi ada cara atau 'alat2' untuk kita meningkatkan percambahan dan pertumbuhan sel2 otak menerusi peroses 'neurogenesis' khususnya bahagian otak bernama hippo...